Monday, January 31, 2011

Selamatkan mereka Ya Allah.

Sekadar perkongsian ringkas daripada saya hari ini.

Di saat ini saya masih tertanya-tanya apa yang sebenarnya sedang berlaku di bumi anbiya Mesir ini. Setiap hari setiap ketika news feeds dalam fb sentiasa ter update tentang situasi sahabat-sahabat Malaysia di Mesir. Saya sendiri masih tidak pasti apa yang menyebabkan rusuhan ini boleh berlaku.

Namun, setakat kefahaman saya kerajaan di bawah pimpinan Presiden Husni Mubarak yang telah berkuasa lebih 30 tahun ini tidak menjadikan Islam sebagai asas pemerintahan dan bersikap zalim terhadap rakyat hingga menyebabkan rakyat Mesir kini bangkit berjuang menuntut keadilan.

Semoga kita sama-sama dapat mendoakan keselamatan, kesejahteraan serta kemudahan buat sahabat-sahabat Malaysia yang berada di sana. Semoga Allah sentiasa memayungi mereka dengan rahmat dan sentiasa memberikan perlindungan buat mereka.

Buat rakyat Mesir yang sedang berjuang menuntut keadilan, semoga perjuangan dan kebangkitan ini menjadi satu era perubahan buat rakyat yang inginkan kemerdekaan.

Sedikit perkongsian gambar-gambar situasi rakyat Mesir .

Wallahu’allam.

3 comments:

Bintu HasaN said...

marilah kita mendoakn pelajar-pelajar Malaysia di sana ;p

~ AlFaqeerah Ila Rabbi ~ said...

Assalamu'alaikum wbt..

Insya'ALLAH kita sama2 mendoakan semua umat islam di Mesir tika ini, Moga mereka dalam lindunganNya ALLAH sentiasa..ameen

~SEORANG HAMBA~ said...

i'Allah, moga Allah sntiasa melindungi mereka..
kita doakn y trbaik buat mereka. :)