Friday, December 21, 2012

Cabaran Seorang AKHAWAT


Dengan Nama Allah Ar Rahman Ar RAhim...
......
......
(Disclaimer : Post ni ana copy n paste. Moga bermanfaat buat akhawat di luar sana! iA.)
Mentarbiah akhawwat memang ada kelainannya berbanding dengan ikhwah. Alhamdulillah, aku diberi izin oleh Allah untuk terlibat dalam mendidik kedua-dua gen ini. Walaupun silibus perbincangannya sama, tapi pengkhususan tetap berbeza. Akhawwat akan menjadi isteri kepada seorang ‘pejuang’ yang bukan sahaja memimpin keluarga, bahkan menjadi pemimpin massa. Pastinya tugas mereka seberat ummahatul mukminin dalam memotivasi suami agar terus kukuh dan agresif dalam perjuangan. Kerja sebenarnya kelak adalah menjadi sekolah baru dalam rumahtangga yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan. Mereka bertanggungjawab memastikan kesinambungan perjuangan ini berterusan. Ini tidak menafikan peranan mereka di luar rumah dalam mendidik puteri-puteri sejenisnya.
Kata Hasan al-Banna: “Islam berpandangan wanita mempunyai tugas yang sesuai dengan semulajadi mereka iaitu di rumah dan bersama anak-anak. Sebagai anak gadis dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga di masa depan. Sebagai isteri dia perlu memberikan seluruh tumpuannya kepada rumah dan suaminya. Sebagai ibu dia perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya. Dia perlu memberi tumpuan kepada rumahnya. Dia adalah surirumah dan pengurus rumahtangga. Apakah dengan segala urusan rumahtangga ini wanita ada masa lapang untuk melakukan perkara-perkara lain…?” (Risalah Wanita Islam)
Akhawwat, walaupun terkenal amat berminat dengan program-program tarbiah, tapi cabaran yang perlu mereka hadapi untuk terus istiqamah juga sangat hebat. Tatkala serangan musuh banyak tertumpu kepada mereka, potensi untuk gugur sangat tinggi. Lihat saja cara berpakaian dan gaya hidup wanita masa kini. Tidak mustahil memikat hati mereka yang memang sukakan keindahan dan kecantikan.
Lantaran itulah Rasulullah SAW memotivasi umatnya agar berbuat baik dengan anak-anak perempuan dan memberi penghormatan yang tinggi kepada mereka. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, maka ia bersabar dengan kesusahan, kesedihan dan kegembiraan mereka, Allah akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya atas (syafaat) anak-anak perempuannya.” Berkata seorang lelaki: “Kalau dua orang sahaja wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Ataupun dua orang”. Maka berkata lagi lelaki itu: “Kalau seorang wahai Rasulullah?” Jawab Rasulullah: “Walau pun seorang”. (Riwayat Imam Ahmad. Musnad Imam Ahmad. Jil. 17 Hal. 113 No. 8071)
Cabaran kedua yang akan mereka hadapi ialah apabila berumahtangga. Tatkala semakin ramai lelaki yang hilang kelayakannya untuk memimpin rumahtangga, peluang untuk mendapatkan yang terbaik menjadi satu masalah besar. Mencari orang yang memahami apa yang ia faham, meyakini apa yang ia yakini dan memperjuangkan apa yang ia perjuangkan bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ia perlu berusaha mendapatkannya. Ini kerana, suaminya kelak akan banyak menentukan halatuju perjuangannya. Suami itu pemimpin keluarga. Suami ketua yang membentuk budaya rumahtangga. Isteri kebiasaannya akan terikut-ikut dengan sikap dan cara suami. Mungkin di peringkat awal wujud unsur bertolak ansur, tapi bila perkahwinan semakin panjang, pengaruh suami pastinya lebih dominan.
Akhawwat perlu berusaha mencari calon suami dalam komuniti fikrahnya sebelum menyerahkan jodohnya pada ketentuan takdir.
Kesilapan besar dalam mentarbiah akhawwat apabila tumpuan sekadar diberikan pada pembentukan peribadi dan membiarkan ia terkial-kial menentukan halatuju perjuangannya dalam rumahtangga. Sedangkan rumahtangga adalah medan sebenar mereka. Bahkan marhalah kedua dalam perjuangan mengembalikan ketuanan Islam di atas mukabumi (Ustaziatul Alam). Kecualilah kita deletekan sahaja peranan rumahtangga dalam agenda perubahan (manhaj tagyir) yang disepakati bersama.
Cabaran ketiga yang sering memfuturkan akhawwat ialah kerjayanya. Pastinya ia ingin menjadi pekerja yang terbaik di pejabat dan surirumah terbaik di rumah. Dua posisi dan tugasan yang sangat memenatkan. Ini akhirnya menyebabkan akhawwat hilang pedoman dalam menentukan priority. Ramai yang tidak sedar bahawa ia telah futur lantaran berpegang pada prinsip semua itu adalah ‘ibadah juga’. Tapi ia terlupa peranan sebenarnya dalam menyuntik kefahaman perjuangan pada akan-anak dan mewariskan kefahaman tersebut dalam diri mereka. Waktu ini kewujudan ‘suami mithali’ yang terus memberinya kekuatan, suntikan semangat dan meringankan bebannya ketika di rumah.
Lantaran itulah dalam mentarbiah ikhwah, murabbi perlu memberi fikrah yang sama kepada lelaki. Memahamkan tugas dan peranannya setelah berumahtangga, di samping tanggungjawab terhadap ummahnya. Keseimbangan pentarbiahan kedua-dua gen ini akan menentukan bentuk, warna dan corak rumahtangga yang mereka bina.
Mudah-mudahan kedua-dua gen yang sempurna pentarbiahan ini mampu disatukan dalam rumahtangga dakwah. Rumahtangga yang fikrah, kefahaman, halatuju hidup dan perjuangan adalah sama. Mudah-mudahan rumahtangga itu mampu menjadi bahtera dalam lautan perjuangan yang kukuh kesatuan ahli-ahlinya dan sama arah kompasnya. Kalaupun ada cabaran bukanlah pada perkara pokok (fikrah, objektif dan manhaj) tapi pada perkara cabang… ini kerana tidak akan ada rumahtangga yang langsung tidak ada masalah.
Mungkin impian ini terlalu ideal, tapi itulah tabiat dakwah ini. Itulah objektif sebenar pentarbiahan individu seperti kata Hasan al-Banna: “Pengislahan individu ini sudah tentu membawa kesan kepada keluarga kerana sebuah keluarga dibina oleh sekumpulan individu. Apabila lelaki dan wanita yang merupakan struktur asas sebuah keluarga menjadi baik, mereka berdua akan mampu membina sebuah keluarga contoh yang selari dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam”.

Buat puteri-puteriku, abi doakan moga kalian terus thabat di atas jalan yang lurus. Dipertemukan ‘rijal’ yang rujulahnya mampu memimpin rumahtangga kalian dan sekelilingnya dengan fikrahnya. 
Allahumma Amin...Allahumma Amin...Allahumma Amin...
oleh : Ustaz Sarip Adul

Tuesday, September 11, 2012

Kerana TARBIYAH Ini Sifatnya MENGUBAH.


Apa bezanya tarbiyah kita ini dengan ceramah?
Kenapa perlu susah-susah berusrah? Tak cukup ke pergi mesjid, dengar ceramah?
Tak pun dengar je halaqah dan usrah di TV9, tak boleh ke?
Kenapa kena pergi program, dauroh, mukhayyam, jaulah, rehlah, mabit segala?
Kenapa???
Kenapa bersusah-susah?


(senyum) :)

Lihat surah al-balad ayat 4.
Allah menciptakan manusia, hakikatnya dalam sentiasa dalam keadaan susah payah.
Kalau dia tidak bersusah untuk perkara kebaikan, maka dia tetap akan bersusah tetapi untuk keburukan..perkara-perkara yang bathil.

Maka, oh..biar saja aku bersusah-susah untuk perkara baik ini kan?
Moga-moga pahala dan kebaikannya juga untuk kamu yang sentiasa di hati ini.
Terima kasih kerana memahami
Dan sentiasa mendukungku
Ku mengharap restumu dan doa agar aku terus bersusah-susah begini.

Kerana aku kerap kali memikirkan
Karya apakah yang layaknya dipersembahkan buat Tuhan
Dan aku mengharapkan andai tamat tempohku berada di bumi
Aku bisa pulang menghadap Ilahi
Dengan senyuman di wajahmu
Kerana anakmu ialah seorang pejuang.

Lalu andainya masih ada yang bertanya,
Apa istimewanya tarbiyah yang didukung ini?
Mahu saja aku berkata begini
Kerana tarbiyah ini
Sifatnya mengubah!

Aku yang dahulu begitu dan begitu
Kini begini dan begini
Ah, bagaimana itu?
Aku begini kerana tarbiyah ini
Hadiah indah titipan Ilahi
Agar aku bisa bertemu dengan-Nya kelak
Dalam keadaan suci dan terpuji.

Kerana tarbiyah ini sifatnya mengubah
Maka aku di sini pada hari ini
Bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam
Dan betapa indahnya perubahan ini
Kerana didorong atas rasa cinta
Mahu mempersembahkan diri terbaik buat Pencipta


Bukan atas paksaan
Bukan ikut-ikutan
Bukan perasan-perasan.

Tentunya,
Aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini
Dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat
Walau tidak terbalas kurniaan Ilahi yang Maha Hebat
Tapi cukup menjadi tanda mensyukuri atas segala nikmat.


Oh Tuhan.
Biar aku terus tsabat
Berada dalam nikmat ini
Dan menunjukkan kesyukuranku
Dengan terus bersusah-susah untuk umat.


Umat yang tenat,
Nah, aku bawakan tarbiyah sebagai ubat...
Kerana tarbiyah, sifatnya mengubah!
Moga ia bisa mengubah
Segala sakit menjadi nikmat
Segala derita menjadi cinta
Segala sengsara menjadi bahagia.


Ayuh,
Ambil ubat ini wahai umat...
Dan kita bakal bahagia kelak..
Pasti, dengan izin Allah! 






-Kakak yang sentiasa menyayangimu-




Mood : merindui murabbi.. :(


Tuesday, May 15, 2012

Kerana Aku Seorang DAIE


 “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Al Fushshilat: 33)


Bilamana diri ini mengaku 'aku adalah seorang daie',
Orang yang menyeru orang lain ke arah kebaikan,
Orang yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar,
Semestinya punya rasa berat!

Mampukah aku buat semua ini?
Mampukah aku melaksanakan apa yang dilaksanakan oleh rasulullah?
Mampukah aku menyambung perjuangan para sahabat?
Mampukah aku untuk terus istiqamah?
Mampukah aku?

…………….

Berat.
Berat.
Berat.

Memang beban dakwah ini bukan satu permainan,
Yang boleh diambil bila-bila, sesuka hati,
Kerana bila mana kita telah mengaku ingin bersama-sama di jalan dakwah ini,
Setiap hela nafas ini harus kerana Dia semata-mata,
Harus kerana dakwah ila Allah,
Harus kerana agamaNYa,

………………...

Berat,
Berat,
Dan berat,

Bilamana kita bukanlah orang yang paling layak untuk menasihati,
Bilamana kita bukanlah orang yang paling banyak amalnya,
Bilamana kita bukanlah orang yang mampu melaksanakan setiap kata-kata yang dilafazkan,
Bilamana kita bukanlah orang yang kuat di saat diuji dengan pelbagai ujian,
Tapi kita tetap perlu melaksanakannya,

Kerana kita yakin dan percaya,
Bukan dakwah yang perlukan kita,
Tapi kita yang paling paling perlukan dakwah,
Bukan Allah yang perlukan kita,
Tapi kitalah yang paling paling perlukan Allah,

Dan atas dasar keyakinan dan kepercayaan,
Jalan yang sudah dilalui ini ialah jalan yang terbaik,
Jalan yang paling dekat menuju syurgaNya,
Jalan yang paling dekat untuk mecapai cintaNya,

Dan di situlah wujudnya ketabahan,
Di situlah wujudnya keyakinan,
Di situlah wujudnya kekuatan,

Allahu Allah.

Allah tahu kita mampu,
Sebab itu Allah hadiahkan kita bermacam macam ujian dan mehnah,
Supaya kita terus kuat! Dan kuat! Dan kuat!
Dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang,
Kerana fitrah dakwah itu memang sifatnya susah dan payah.

Infiru khifafan wa tsiqalan!



Ya Allah,
Izinkan aku untuk terus bersama orang-orang yang menyeru kepadaMu,
Izinkan aku untuk terus istiqamah di jalanmu ini,
Kurniakan apa yang terbaik buat diri dan agamaku,
Walau bermacam ujian yang kau hadiahkan,
Tetapkan aku di jalan ini ya rabb,
Hingga ke akhir nafasku.
Allah…

Wednesday, February 8, 2012

Tarbiyah bukan untuk orang MANJA

Pencerahan bukan untuk orang manja




Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.

Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.

-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong

-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.


Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakahini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last2 minute.

Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.

Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.


Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.


Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.


Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,

Tanpa dakwah

Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.


Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.


Ana menghitung diri.

Terlalu kerap menuturkan.

“ana busy.. ana sibuk.. ana penat.. ana letih..”

Adakah ini petandanya ana terlalu manja?

Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.

“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

 
Kalau anda mahu lari dari tarbiyyah, larilah. Kalau anda mengelakkan diri dari tarbiyyah, elaklah seberapa lama yg anda mahu. Tetapi, ingat! Allah tidak semestinya memerlukan anda untuk menegakkan agama-Nya kembali, tetapi anda lah yang memerlukan rahmat-Nya sebagai kunci pintu syurga.

"Jika kamu menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu." (Muhammad; 7)




Source : http://muntalaq.wordpress.com/2008/11/