Monday, February 28, 2011

Belajar Kerana Allah



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
( Hadith riwayat Bukhari dan Muslim )

Hadis pertama dalam hadis 40 ini saya bawakan untuk mengisi jiwa dan memperingatkan diri yang kini baru saja memulakan semester baru. Ya, sekolah baru saja bermula! Semoga kita sama-sama dapat menginatkan diri kembali tujuan kita hidup supaya segala apa yang kita lakukan tidaklah sia-sia.

Teringat satu peristiwa ketika saya mula-mula menjejakkan kaki ke bumi Auckland. Ketika kakak-kakak mempertemukan semua pelajar-pelajar baru untuk sesi suai kenal.

“ Adik, apa harapan adik bila dah datang Auckland nie? “

Emm, lama jugak termenung nak fikir jawapan paling bernas.

“ Untuk dapat result cemerlang. Balik dengan segulung ijazah untuk banggakan mak dan abah “

Dan pada masa tu inilah jawapan yang saya beri. Rasa macam dah mantap ayat nie. Jawapan yang paling tepat mungkin. Haha.

Di saat ini bila muhasabah diri balik, sungguh ceteknya pemikiran saya. Impian hidup hanya berhenti setakat itu memperoleh result cemerlang. Lepas tu? Habislah. Dan inilah dia impian jangka pendek yang sifatnya hanya sementara. Adakah kita yakin bahawa kita semua masih lagi diberi peluang untuk bernafas di bumiNya hingga kita tamat pengajian? Sekiranya kita dipanggil di pertengahan jalan, sungguh impian itu tidak akan terlaksana. Dan alangkah rugi diri ini kerana tidak menyediakan apa-apa bekal sepanjang perjalanan hidup untuk dihadapkan di mahkamahNya.

Hadis pertama ini mengupas peri pentingnya niat dalam kehidupan seharian kita. ‘compass setting’ semula niat kita. Untuk apa kita belajar? Untuk apa diri ini berpenat lelah menghadiri kelas dan tutorial? Untuk apa diri ini menghabiskan masa di lab membuat experiment selama 6 jam dalam seminggu? ( khas untuk budak physicsmacam saya ) Untuk apa? Dan untuk apa? Adakah hanya kerana kita nak dapat keputusan cemerlang? Menjadi kebanggaan keluarga? Menjadi kebanggaan sponsor? Menjadi kebanggaan dalam kalangan rakan-rakan? Atau kita punya matlamat yang lebih besar?

Belajar adalah ibadah.

Setiap apa yang kita lakukan jika disertakan niat keranaNya semata-mata, insya’Allah akan diganjarkan pahala di sisiNya. Harus ada niat belajar demi mencari keredaanNya. Belajar demi menjadi seorang yang cemerlang di mata masyarakat untuk menyampaikan agama islam. Belajar demi menjadi murabbi (pendidik) yang dapat mendidik anak muridnya ke jalan yang benar. Bukan hanya belajar kerana segulung ijazah semata-mata.

Sebagai seorang individu yang ditarbiyah harus punya impian yang lebih besar dan besar. Impian untuk mengembalikan kegemilangan islam ke muka bumi. Impian untuk menyeru manusia supaya kembali semula ke jalan hidup yang sebenar. Dan sempena bermulanya persekolahan saya pada esok hari, moga diri diberi kekuatan dan semangat baru. Menuntut ilmu demi mencari keredhaanNya. Perlu belajar bersungguh-sungguh kerana kita punya satu visi yang harus dilaksanakan. Memperoleh keputusan cemerlang sebagai satu wadah menjadi ‘seseorang’ untuk menyampaikan kebenaran dan menyentuh jiwa-jiwa mereka di luar sana. Insya’Allah~


Ayuh perbaharui niat. Belajar kerana Allah. Moga pengembaraan menimba ilmu ini sentiasa dalam keredhaanNya.. ^_^





Sunday, February 27, 2011

UKHWAH FILLAH bukan sekadar ungkapan.



Dialah saudaramu,

Kemana ia melangkah,

Sanggupkah matamu memandangnya?

Sedang matanya tak mampu menatapmu?

Saudaramu hidup laksana sejarah

Berjalan beriringan mengikuti langkahmu,

Tanpa bahasa yang dapat menyapa,

Jika bumi menghimpitnya,

Hanya dirimu tempat mengadu,

Engkau memupus duka nestapa yang ia derita,

Engkau memikul beban yang ia tanggungannya,

Jadilah engkau sebaik-baik sahabat buatnya.

Mencintai sesama mukmin dan mengikat tali ukhuwah merupaan suatu perbuatan yang amat mulia dan penting. Allah SWT menyatakan persaudaraan sebagai sifat kaum mukminin dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud,

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (Al Hujuraat : 10)

Ukhwah merupakan prioritis utama dalam membangunkan asas kekuatan setiap muslim. Ikatan persaudaraan sesama muslim merupakan model persaudaraan yang paling berharga dan hubungan mulia yang terbentuk sesama manusia, persaudaraan sesama mukmin lebih unggul dari hubungan persaudaraan dengan saudara kandung sendiri, kerana IKATAN AQIDAH yang sesungguhnya lebih kukuh dari ikatan keturunan.

Namun, seiring perjalanan waktu, tali ukhuwah yang telah terjalin terkadang mampu mengendur, bahkan putus. Seorang sahabat itu hanya seorang manusia, dan kita juga hanya manusia yang terkadang seringkali tersalah dalam mengorak langkah. Moga perkongsian virus-virus ukhwah ini dapat membuka mata kita bersama dalam memperkukuh ukhwah fillah.

1) Tamak akan kenikmatan dunia (20:131)

“Seseorang di antara kamu tidak beriman dengan sempurna kecuali setelah mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya.” (hadis Nabi)

2) Lalai menjalankan ibadah dan melanggar tuntutan agama

“Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”(hadis Nabi)

3) Tidak santun dalam berbicara

“Sesungguhnya orang yang paling dibenci Allah adalah orang yang sangat keras kepala dan selalu membantah.” (hadis nabi)

4) Sikap acuh(59:9)

…rindu, kedekatan, dan kehangatan perasaan adalah ibarat bahan bakar yang menyalakan ukhuwah abadi, menambah gelora semangat, dan meringankan segala beban yang ditanggung….aku hairan, mengapa selalu merindukan mereka
menanyakan keadaannya kepada setiap orang yang ku temui
padahal mereka di sini bersamaku
mataku mencari mereka ke sana kemari
padahal mereka ada di dekat pelupuknya
hatiku bergejolak merindukan mereka
padahal mereka ada di antara tulang rusukku

sekalipun wajahku tak dapat menatapmu lagi
namun cinta dan ukhuwah tidak akan pernah sirna
aku tidak akan berhenti memujimu
dari kejauhan, bersama untaian doa
jiwaku akan selalu merindukanmu
bersua bersama penuh ketulusan dan cinta

jiwaku adalah jiwaku,jiwaku adalah jiwanya
hasratnya adalah hasratku, hasratku adalah hasratnya

5) Mengadakan perbicaraan rahsia (58:10)

“Jika kamu bertiga, maka janganlah dua di antara kamu membuat perbicaraan rahsia tanpa melibatkan yg lain, kerana perbuatan itu dapat membuatnya sedih.”(hadis Nabi)

6) Keras kepala, enggan menerima nasihat dan saran

“Cukuplah seseorang dinyatakan buruk, jika ia mengejek saudaranya sesama Muslim.”( hadis Nabi)

7) Sering membantah, berbeza sikap dan hobi, bersikap sombong dan kasar

“ruh ruh itu bagaikan bala tentera, jika mereka saling kenal, maka akan bersatu. Namun jika tidak saling kenal, maka akan berselisih.” (hadis Nabi)

9) Sering menegur, tidak toleran, cenderung negative thinking, enggan memaafkan

terimalah sahabatmu dengan segala kekurangannya
sebagaimana kebaikan mesti diterima walau kecil wujudnya
terimalah sahabatmu kerana jika ia menyakiti
lain kali ia membahagiakansiapa mencari sahabat tanpa cacat, nescaya sepanjang hidupnya tidak mendapat sahabat

“seorang suami yang Mukmin tidak akan memarahi isterinya yang Mukminah, apabila ia tidak suka terhadap sebagian perangai isterinya, maka ia akan menyukai perangainya yang lain.”(hadis Nabi)

jika tak menegur bererti tiada cinta
cinta tetap bertahan selama ada teguran*

banyak yang tinggal jauh namun ia dekat dihati
banyak orang yang tinggal berdekatan namun hatimu tak mampu menyukai
apalah erti jauh dan dekat melainkan hanya permasalahan nurani

10) Mudah percaya terhadap orang yang-orang yang mengadu domba dan memendam dengki

"…orang2 yang dipertemukan oleh Allah dalam sebuah jalinan ukhuwah harus yakin bahawa satu sama lainnya saling mencintai dengan penuh ketulusan yang muncul dari nurani yang paling dalam. Hubungan yang telus seperti itu tidak mungkin dapat tersentuh oleh tangan tangan dengki, apalagi sampai dapat dihancurkan…" (8:63)

11) Membuka rahsia

"…jadikanlah semua yang anda ketahui tentang dirinya sebagai amanat yang tidak boleh dibuka kecuali jika ia mengizinkan…"

12) Mengikuti prasangka (49:12)

" Orang Mukmin selalu mencari alasan agar boleh memaafkan, sementara orang munafik selalu mencari cari kesalahan. "

13) Mencampuri masalah peribadi

“Diantara tanda kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan hal-hal yang tidak berguna baginya.” (hadis Nabi)

14) Egois, sombong, tidak empati…

“Siapa yang mencukupi keperluan saudaranya, nescaya Allah mencukupi keperluannya. Siapa yang menolong seorang Mukmin dari suatu kesusahan, nescaya Allah akan menolongnya dari salah satu kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat.” (hadis Nabi)

Setiap sahabat selalu dekat dikala senang
namun sahabat sejati adalah yang tetap menemani
ketika penderitaan menimpa.

15) Menutup diri, berlebihan, membebani, dan menghitung hitung kebaikannya kepadamu

carilah sahabat yang akan kau beri ketulusan dan hak hak ukhuwah, bukannya yang kau harapkan menerima sesuatu darinya.

16) Enggan mengungkapkan perasaan cinta.

“jika seseorang mencintai saudaranya, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”(hadis Nabi)

17) Melupakannya kerana sibuk mengurusi orang lain dan kurang setia

orang yang tidak boleh membuktikan cintanya kepada sahabat lama tidak akan mampu membangun cinta dengan sahabat baru.

18) Suka menonjolkan kelebihan peribadi,…

jika seorang daie mendermakan dakwahnya hanya untuk Allah semata, bukan untuk kepentingan peribadi, masalah2 biasa tidak akan berubah menjadi problema besar atau malapetaka.

19) Mengingkari janji dan kesepakatan tanpa alasan yang kuat

“Tanda tanda munafik ada tiga; jika berkata ia berdusta, jika berjanji ia mengingkari, dan jika dipercaya, ia berkhianat.”(hadis Nabi)

20) Selalu menceritakan perkara yang membangkitkan kesedihannya dan suka menyampaikan berita yang membuatnya resah.

21) Terlalu cinta

“Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.” (hadis Nabi)


Dapatkah kita rasa kemanisan dari ukhwah? Tepuk dada tanyalah iman.

Apa khabar sahabat seusrah kita ?

Apa khabar sahabat seperjuangan kita ?

Sejauh mana kita 'ambil peduli' mereka ?

Adakah kita terlalu disibukkan dengan urusan kita ?

Hingga tanpa kita sedari,

Sahabat kita sedang terkontang-kanting imannya ?

Sedang lelah bertarung futur ?

Sejauh mana dilaungkan UKHWAHFILLAH?

Dia-lah (Allah) yang memperkuat dirimu dengan pertolongan- Nya dan dengan orang-orang
Mukmin. Dan Dia Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang Mukmin).
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu
tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati
mereka"

(al-Anfal [8]: 62-63).

Moga kita bersama dapat mengikhlaskanlah hati untuk ukhwah ini, kerana SATU MATLAMAT kita bersama itu yang jelas dan mengharap redha dan kasih sayang ALLAH. Insya'Allah.


Source :

Buku virus-virus ukhwah oleh Abu 'Ashim Hisham



Tuesday, February 22, 2011

Sabar!


~Kesabaran kaedah terbaik menyebarkan islam~

Post ini saya ambil hasil tulisan Dr Danial Zainal Abidin. Moga ia dapat menjadi iktibar buat kita bersama Insya'Allah.

JIKA kita sayang dengan sesuatu kita akan mengejarnya. Demikian juga dengan agama. Jika kita sayang dengan agama, kita akan memeliharanya. Kita letak di tempat yang paling baik, disimpan secara berhati-hati dan sudah pasti kita mahu orang lain merasai juga kebaikan itu.

Alangkah indahnya andai kata kita jatuh hati dengan Islam. Alangkah indahnya jika kita kasih dengan Islam, sebab andai kata kasih dengan Islam, kita kasih dengan satu cara hidup yang akan menjadikan kita Insyaallah cemerlang, gemilang dan terbilang. Antara tanda kita kasih dengan agama ialah hendak sebarkan agama ini supaya orang lain mengenali Islam.

Jika mempunyai rakan yang bukan Islam kita mahu mereka mengenali Islam.

Demikian juga jika kita mempunyai sanak saudara yang mungkin membenci Islam ataupun tidak menyenangi apabila bercakap mengenai Islam kepadanya. Kita mahu satu hari nanti dia mempunyai pandangan sebaliknya daripada apa yang dimiliki pada hari ini. Diharapkan suatu hari nanti dia akan jatuh cinta dengan Islam.

Jiwa seperti ini akan ada pada jiwa insan yang kasih pada Islam.

Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang sahabat, Jundub bin Janadah. Beliau lebih dikenali dengan nama Abu Zar. Dilahir dan dibesarkan di kalangan kelompok yang dikenali sebagai Bani Ghifar.

Bani Ghifar sangat digeruni kerana mereka adalah perompak yang kejam lagi ganas. Abu Zar lahir di kalangan kaum berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak terpengaruh sedikit pun dengan cara hidup kaumnya. Ini adalah peribadi yang hebat jati dirinya. Hidup di kalangan perompak tetapi tidak menjadi perompak. Bolehkah kita menjadi seperti itu?

Suatu hari, Abu Zar bermusafir seorang diri menuju ke Makkah. Setibanya di Makkah, beliau bertemu dengan nabi lalu memeluk Islam. Mengikut sesetengah laporan, Abu Zar adalah orang kelima dari kalangan sahabat yang memeluk islam ketika itu.

Selepas memeluk Islam Abu Zar, kembali semula ke Bani Ghifar dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada kaumnya dan mengislamkan mereka.

Abu Zar bertindak demikian kerana dia kasih agama itu dan beliau mahu berkongsi ideologi Islam dengan Bani Ghifar.

Beliau menyedari mereka adalah perompak yang kejam dan ganas tetapi beliau mengharapkan permata berlian yang bernama Islam akan menukar mereka ke arah sebaliknya.
Justeru Abu Zar kembali ke Bani Ghifar. Akhirnya selepas bertahun-tahun beliau berusaha menyampaikan dakwah, mengajak kepada makruf dan mencegah mereka dari kemungkaran terutama sebagai perompak, akhirnya seluruh Bani Ghifar memeluk Islam dan diikuti lagi dengan satu kabilah yang adalah jiran kepada Bani Ghifar iaitu Bani Aslam.

Abu Zar membawa semua mereka dari Bani Ghifar dan Bani Aslam pergi ke Madinah kerana umat Islam ketika itu sudah berhijrah dari Makkah ke Madinah. Lantas semua mereka dibawa Abu Zar untuk pergi bertemu nabi di Madinah.

Ketika nabi bertemu mereka, nabi tersenyum dan amat gembira. Baginda SAW bersabda "Bani Ghifar semoga diampuni Allah, Bani Aslam semoga mendapat kesejahteraan daripada Allah".

Begitulah kegigihan Abu Zar menyampaikan dakwah kepada kaumnya. Orang yang mencintai Islam pasti hendak berdakwah sebab maksud dakwah ialah kita hendak orang lain mengenali kecantikan Islam.

Abu Zar bersikap demikian kerana beliau meyakini Islam adalah permata bernilai dan permata agung yang bernama Islam ini perlu diperkenalkan kepada orang lain. Inilah yang hendak kita contohi.

Tidak kira siapa kita sama ada seorang profesor, doktor, jurutera, pendidik, jika kita beragama Islam dan mencintainya, pertamanya perlulah beribadah dan beramal dengan Islam

Keduanya, jangan biarkan Islam terkurung begitu saja. Sebarkan keindahan agama ini kepada orang lain seperti dilakukan oleh Abu Zar sehingga akhirnya, perompak yang ganas dan bengis memeluk Islam di kalangan Bani Ghifar dan Bani Aslam.

Thursday, February 17, 2011

L.A.N.G.I.T


" Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? "

( Al Mulk, 67 : 3 )

" Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan) "

(Surah Ar-Ra’d, 13 : 2)


Langit itu,

Di saat kita mendongak ke langit,

Adakah pada langit itu terdapat cacat dan celanya?

Adakah pada langit itu terdapat kekurangannya?

Adakah pada langit itu terdapat ketidak sempurnaannya?

Adakah pada langit itu terdapat sebarang tiang untuk menahannya?

Sungguh langit itu terlampau istimewa,

Langit itu terlalu sempurna,

Betapa agung ciptaanNya,

Mencipta alam yang tiada penghujungnya,

Sungguh kerdil diri ini jika dibandingkan dengan alam semesta,

Yang tak pernah sekalipun ingkar akan suruhanNya,

Yang tetap menjalankan tugas sesempurnanya,

Adakah diri ini termasuk dalam kalangan mereka yang berfikir?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhanmu, yang kamu hendak dustakan?


“Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

( Surah Ghaafir, 40: 57)


Pictures : During Auckland Anniversary Day at Auckland Harbour, New Zeaaland.
( 30 Jan '11 )


Yang Dicari

Yang dicari bukanlah putera raja,

Tapi seorang putera agama..

Yang diimpi biarlah tak punya rupa,

Asal sedap dipandang mata..

Yang dinilai bukan sempurna sifat jasmani,

Asal sihat rohani, sempurna hati..

Yang diharap bukan jihad pada semangat,

Asal perjuangannya ada matlamat..

Yang datang tak perlu rijal yang gemilang,

Kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam..

Yang dinanti bukan lamaran dengan permata,

Cukuplah akad dan janji setia..

Dan yang akan terjadi andai tak sama kehendak hati,

Tetap akan diredhai dengan ketetapan Ilahi,

Kerna aku yakin dan pasti suratan itu yang terbaik buatku.


Sunday, February 13, 2011

Salam Maulidur Rasul

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingat Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).”

(Surah al-Ahzab: ayat 21).

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikkan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W), wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

(Surah al-Ahzab: ayat 56).

Detik-detik akhir kewafatan kekasih Allah, baginda berdoa :

" Ya Allah, ringankan maut untukku dan umatku! Ya Allah, ringankan maut untukku dan umatku! "

Bagaimana hati KITA tidak bergetar merindui Baginda?

Bagaimana roh KITA tidak terkesan dgn Baginda?

Bagimana hati KITA lupa perintah agar mencintainya?

Bagaimana hati KITA tidak terikat dalam merindui Baginda?

Bagaimana hati KITA tidak bergetar apabila diperingatkan tentang Baginda?


SALAM MAULIDUR RASUL buat seluruh umat islam. Semoga segala contah dan tauladan yang baginda tunjukkan akan menjadi inspirasi dan ikutan buat kita. Moga kita bisa menjadi umat yang terbaik buat seorang rasul yang teramat amat menyayangi umatnya ini. Ayuh bersama-sama memperbanyakkan selawat sebagai tanda kecintaan dan kerinduan kita buat baginda.

:: V.A.L.E.N.T.I.N.E ::

Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

1. PRINSIP / DASAR

Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER

Valentine sudah sangat jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja.

Firman Allah swt : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”. ( Surah Al Baqarah ayat 120 ) "

Sebagai seorang muslim yang mengaku bahawa ‘ Sesungguhnya tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah’ seharusnya sedar akan analogi-analogi barat yang cuba membawa pemikiran-pemikiran barat untuk diserap ke dalam jiwa orang muslim. Matlamat mereka hanya satu, ingin memisahkan KITA dari cara hidup islam kita yang sebenar.

Seharusya harus ada rasa izzah (bangga) sebagai seorang yang bergelar mulim dan tidak menjadi seperti orang yang tidak mempunyai pegangan dan ikutan. Insya’Allah, semoga Allah terus memnadu hati dan jiwa kita untuk terus tetap di jalanNya. SAY NO TO VALENTINE! Wallahu’alam~


SOURCE : http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm