Irfan : Bro, weekend nie jumn pegi gig. Best woo, Hujan wat performance.
Ahmad : yeke? Boleh-boleh! Nak gerak pukul berape bro? Lagi awal lagi bagus dapat tempat depan sekali. Baru puas.
Irfan : Orait, beres! Tak sabar aku!
.............................................................
Satu dialog yang sesungguhnya rekaan semata-mata. Tapi inilah hakikat. Hakikat masyarakat kita, hakikat umat kita, yang masih lagi dibayangi keindahan-keindahan dunia yang palsu. Sebenarnya, hari ini merupakan giliran saya membuat pengisian selepas solat maghrib berjemaah. Lepas membelek-belek buku yang diberi saya tertarik dengan tajuk HAKIKAT DUNIA. Rasa macam best je kalau nak diperbincangkan. Jadi dengan sebulat hati memilih tajuk ni. :) Ingin saya berkongsi apa yang kami bincangkan sepanjang pengisian. Hakikat dunia yang sebenar-benar lagi benarnya. Moga menjadi muhasabah buat diri saya dan diri anda.
Diriwayatkan, pada suatu hari ketika Rasulullah SAW melalui bangkai kambing. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah engkau lihat bangkai ini telah dihinakan oleh pemiliknya?” Mereka menjawab, “Jelas saja hina. Buanglah dia!” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Demi Zat yang aku dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya dunia lebih hina bagi Allah daripada bangkai kambing ini bagi pemiliknya. Kalau dunia di sisi Allah sebanding dengan sayap nyamuk, tidak akan seteguk air pun diberikan kepada orang kafir.”
Diriwayatkan dalam buku Az-Zudhu, Imam Ahmad menyebutkan, Umar bin Khatab berjalan melewati tempat sampah lalu berhenti di sana. Sepertinya ia prihatin pada sahabat2 dan mereka terganggu dengan bau tempat sampah itu. Umar bin Khatab berkata kepada mereka, ‘ Inilah dunia yang kalian buru!.’
Beginilah hakikat dunia yang sebenar dari sisi Allah dan RasulNya. Namun, melihat masyarakat kita hari ini masih lagi lalai dan leka. Terlampau asyik mengejar dunia tanpa rasa penat lelah hingga lupa matlamat sebenar kehidupan duniawi ini.
Kalau kita perhatikan sebenarnya, dunia yang kita duduki hari ini sangat penuh dengan satu ketidakpastian yang tak kan pernah pasti. Setiap dari kita tak kan pernah mengetahui apa yang akan menimpa mereka pada esok hari. Even, dalam masa beberapa minit atau jam kita ini pun masih tak mengetahui apakah nasib yang akan menimpa kita. Adakah selepas kita bangun dari tidur esok hari kita masih bias bernafas di dunia ini, adakah kita pasti yang kita masih ditetapkan iman, adakah? Dan adakah? Ya, hidup di dunia ini penuh dengan ketidakpastian.
Bagi saya sendiri di saat ini saya masih tertanya-tanya apa yang akan menimpa saya pada esok hari. Apakah saya mampu untuk menamatkan pengajian saya dengan cemerlang, adakah saya mampu mempertahankan agama yang saya pegang ini atau di satu saat saya akan futur dan kembali pada jahiliah yang dulu. Astaghfirullah. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha mengetahui apa yang tidak kami ketahui.
Namun, di saat Allah meletakkan ketidakpastian dalam diri kita. Dia seakan-akan memberikan satu sinar baru apabila dia menjanjikan kita syurga yang penuh dengan kepastian. Inilah dia alam akhirat. Satu alam dimana kita semua akan dibangkitkan dan dihisab mengikut pertimbangan amalan-amalan kita. Seperti yang Allah ceritakan dalam Al-Quran sendiri yang banyak sangat menceritakan keindahan-keindahan syurga. Tidak lupa juga keburukan dan penyiksaan dalam neraka itu sendiri. Ini semua adalah satu kepastian! kepastian yang benar-benar pasti! Inilah dia beza syurga Dunia dengan syurga Allah.
Sabda RasulAllah yang bermaksud :
“ Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir. “
( Hadis riwayat muslim )
Bagi mereka yang faham tujuan dihidupkan di muka bumi ini, bagi mereka yang benar-benar mengerti hakikat dunia yang sebenar, mereka akan sentiasa menjadikan dunia ini sebagai tempat perlumbaan berbuat kebaikan bagi menyediakan bekalan buat hari akhirat yang kekal abadi.
Tapi hakikat kita pada hari ini masih ramai lagi dalam kalangan kita yang lalai dan leka. Dunia yang dikejar-kejarkan melebihi dari akhirat, masih-masing masih tidak sedar akan persinggahan yang bersifat sementara ini. Masing-masih masih dilamun mimpi indah dengan perhiasan-perhiasan dunia.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud :
"Ketahuilah!, bahwa (yang dikatakan )kehidupan dunia itu tidak lain, melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bauan hidup yang bertujuan) bermegah-megah diantara kamu (dengan kelebihan , kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak(semua itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur), menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (kesuatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahwa) di akhirat ada azab yang (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia) dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah bahwa) kehidupan dunia ini tidak lain , hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya" ( Surah Al Hadid : 20 )
Secara logikalnya, akal boleh menerima akan hakikat dunia sebenar. Tiada apa yang kekal dan tugas kita sebagai seorang hamba perlu menyediakan bekal secukupnya. namun, persoalan sebenanya di sini, adakah kita benar-benar melaksanakan sebagaimana yang sewajarnya di laksanakan? Atau diri ini masih lagi hanyut dengan dunia, atau diri ini masih lagi sibuk mencari bekalan harta, dan pangkat demi masa depan yang masih belum pasti. Adakah kita boleh menjamain bahawa kita boleh hidup hingga 70-80 tahun di saat kita sibuk dengan mencari wang ringgit hingga lupa matlamat sebenar kita? Sewajarnya, biarlah kejaran itu kita bermatlamat. Kerana Dia semata-mata. Supaya segala penat lelah ini akan tidaklah sia-sia. Agama dan dunia ini seharusnya diselarikan.
Persoalan terakhir yang seharusnya difikirkan, ADAKAH KITA YAKIN YANG KITA AKAN DIHIDUPKAN KEMBALI ESOK? JIKA TIDAK, ADAKAH BEKALAN KITA SUDAH CUKUP UNTUK BERTEMU DENGANNYA? Ayuh, muhasabah diri. Merenung ke dalam diri. Diri saya mahupun diri anda, sedalam-dalamnya. Moga dunia ini kita sama-sama letakkanya di tangan kita supaya bisa untuk kita mengawalnya dan bukan diletakkan di hati hingga menjadi raja di dalam diri. Insya’Allah.
No comments:
Post a Comment