Tuesday, May 31, 2011

Who are we?

"I am a traveler seeking the truth, 
A human searching for the meaning of humanity.
I am a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam.
I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims :
“Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He.
This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.”
This is who I am “
(Hassan al-Banna)



Who are you?
Yes, who are we?

Have we already submits our whole self entirely to Allah?

Have we already seeks the pleasure of Allah?

Have we already asks for His forgiveness?




" Whoever submits His whole self to Allah and is a doer of good,- He will get his reward with his Lord; on such shall be no fear, nor shall they grieve.
( Al Baqarah, 2:112 )

Sunday, May 29, 2011

Pilihan hidup


Hakikat kehidupan.
Kita diuji dengan pilihan.
Syariatullah diberi sebagai panduan untuk memilih pilihan yang paling tepat.


Untuk masuk syurga ada pilihan tak?
Nak ke syurga atau ke neraka?
TIDAK. Betul kah? Atau ada yang rasa nak melangkahkan kaki ke neraka? Sebab rasanya semua orang nakkan syurga Allah.  Sejahat mana pun diri mesti kesemuanya mahupun pengakhiran hidup yang baik. 
Pilihan terbesar yang paling utama dalam hidup ini ialah antara syurga dan neraka. Kalau neraka bukan pilihan maka apa lagi yang tinggal? Bukankah syurga.
Memang perkara syurga dan neraka ini satu perkara yang ghaib untuk dibicarakan. Di luar dari jangkaan kita. Sebab itu Allah menciptanNya begitu, untuk menguji sejauh mana tahap keimanan hamba-hambaNya dalam mempercayai kehidupan akhirat itu sendiri.
Kalaulah syurga dan neraka itu boleh dilihat dengan mata kasar kita, sudah pasti tiada seorang pun yang berani melakukan kejahatan. Sudah pasti orang-orang yang berdosa bertaubat. Dan mungkin akan hanya duduk di atas tikar sejadah 24/7 disebabkan oleh nikmat syurga yang tersangat besar. Tapi, hakikat sebenar kehidupan akhirat itu tidak terjangkau dengan kata-kata mahupun akal fikiran. Hanya iman yang mampu menilainya.
Dan jika dikatakan untuk masuk syurga itu tiada pilihan, maka jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga juga tiada pilihan. Setuju atau tidak?
Boleh kah kalau kita cakap nak masuk syurga Allah, tapi masih tidak melaksanakan tugas sebagai hambaNya? Masih melanggar perintah-perintahNya?
Adakah itu jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga? Berbuat sesuka hati kita kemudian mengaku untuk ke syurgaNya? Atau sedarkah kita sendiri yang mebina jalan menuju ke nerakaNya.

“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.” – (Al-Ahzaab (33) : 36)
Hanya satu jalan yang harus ditempuh untuk ke syurga yakni taat akan perintah Allah dan rasulNya. Jalan yang sama ditempuh oleh para rasul dan sahabat-sahabat baginda yang telah dijanjikan syurga.
Tiada jalan tengah yang wujud antara dua pilihan yang harus dipilih. Kalau benar syurga Allah itu matlamat di akhirnya, maka setiap inci kehidupan itu harus dipenuhi dengan jalan menujuNya. Walaupun hakikatnya banyak kepahitan yang harus ditempuhi, demi sebuah kehidupan yang hakiki segalanya perlukan pengorbanan yang tinggi. Kerana janji Allah itu pasti.
Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?
(Al Imran, 3:142 )
Moga kita diberi kekuatan dalam perjalanan mencari bekalan menuju ke jannahNya.  Insya’Allah.
Life is all about making the RIGHT CHOISE.

Thursday, May 26, 2011

M.U.S.L.M.A.H. ;)

Salam ‘alaik buat semua. Entri ini khas untuk mereka yang bergelar wanita atau perempuan, atau akhwat, atau muslimah atau apa-apa yang seangkatan denganya. ^_^  



Seorang insan bergelar wanita itu adalah fitnah pada dunia. Dan salah satu ujian terbesar buat kaum Adam ialah kehadirannya insan bergelar wanita.  

Kalau kita lihat dari sejarah yang lalu, pergaduhan pertama manusia yakni Qabil dan Habil kerana apa?? Bukan kerana harta, wang ringgit mahupun Dinar, bukan kerana pangkat dan jawatan, tetapi kerana SEORANG WANITA.

Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.
[Riwayat Al-Bukhari]

Maka takutlah kalian kepada dunia dan takutlah kalian kepada wanita.
[HR Muslim dari shahabat Abu Sa’id al Khudry]

Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya.
[HR. Muslim]

Hebatnya seorang manusia yang bergelar wanita ini sehingga dengan rosaknya seorang wanita di dunia, dia mampu mengheret 4 orang lelaki bersama-samanya ke dalam neraka.

1-AYAHnya
Apabila seorang bapa tidak mempedulikan kebajikan agama anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak pernah kisah tentang ilmu akhirat bagi anaknya. Tidak mengajar mahupun mencari orang untuk mengajarkan anaknya ilmu dan keperluan agama seperti menunaikan solat, berpuasa, mengaji al-quran dan sebagainya. Dia membiarkan sahaja anak2 perempuannya mendedahkan aurat dan tidak pula menegurnya. Maka, dia bakal diheret ke neraka oleh anaknya itu.

2-SUAMInya
Apabila seorang lelaki bergelar suami, perpindahan tanggungjawab daripada ayah si isteri kepada dirinya akan bermula. Jika dia tidak mempedulikan perlakuan isterinya seperti berhias bukan untuk dirinya, yakni untuk lelaki yang bukan mahram dan tidak halal baginya. Apabila isterinya mengingkari suruhan dan larangan Allah, tidak pula dia menegurnya. Sekalipun dia seorang ahli ibadah, dia tetap akan diheret ke neraka di akhirat kelak oleh isterinya yang tersayang itu.

3-ADIK-BERADIK LELAKInya
Apabila ayahnya sudah tiada, maka seorang perempuan itu dipertanggungjawabkan kepada adik-beradik lelakinya. Tanggungjawab menjaga maruah wanita telah beralih daripada bahu si ayah kepada si abang mahupun adik. Sekiranya mereka membiarkan sahaja adik-beradik perempuan mereka dalam kemungkaran, melencong dari ajaran Islam yang sebenar dan hanya mementingkan keluarga masing2 sahaja maka, mereka sebenarnya menempah tempat di neraka kerana turut bakal diheret ke neraka.

4-ANAK2 LELAKInya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya dalam perihal yang diharamkan dalam Islam. Tidak pula menyuruh ibunya mentaati Allah. Membiarkan si ibu mengumpat, mengata dan berbagai2 lagi kemungkaran yang dilakukan oleh si ibu, maka mereka juga tergolong dalam golongan yang bakal diheret ke neraka kelak.


Oleh itu kaum hawa sekalian, ayuh persiapkan diri. Jaga akhlak, jaga peribadi. Pegang erat agama itu kerana hanya denganNya akan menyelamatkan kita dari fitnah duniawi ini. Jom islah dan perbaiki diri bersama. J

“ Ya Allah. Selamatkan kami dari fitnah duniawi. Jadikan kami wanita solehah, yang mampu mengabdikan diri sepenuhnya kepadaMu. Tenggelamkanlah kami di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan kami daripada-Mu.”


Aspirasi Mujahidah

Alangkah indahnya kulihat,
Berjalan seorang muslimah,
Dengan wajah yang ditutupi niqab,
Dia berjalan dengan penuh tawadhu'.
Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang  tenang, yakin, berwibawa,
Penuh dengan semangat seorang mujahidah.


Di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa,
Bukan getaran nafsu dunia,
Tapi getaran keinsafan buat yang melihatnya,
Menjadikan diri untuk mengenali lebih ingin mengenali ALLAH.

Dia punya sekeping hati,
Yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa...
Ada seulas bibir yang merah bak delima,
Sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah...
Ada sepasang mata yang redup,
Yang cukup terjaga dari pandangan maksiat.
Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut
Sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH.



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab,“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….” 
(Riwayat al-Tabrani).


Muslimah solehah itu bidadari
Bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki
Tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi
Dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?
 [ Puisi Muslimah solehah itu bidadari : Hilal Asyraf ]

Comel! ^_^

Monday, May 23, 2011

Faham islam dengan HATI


BERGERAK dengan kefahaman.
BERUBAH dengan kefahaman.
BERKATA-KATA dengan kefahaman.
BERTINDAK dengan kefahaman.

Sebab apa?
Semangat itu akan luntur kalau bukan dengan kefahaman..
Suara kencang itu akan hilang kalau bukan dengan kefahaman..
Tindak tanduk itu akan dilupakan kalau bukan dengan kefahaman..
Perubahan itu tidak akan kekal kalau bukan dengan kefahaman..

Nak faham guna apa?



HATI. Ya, faham dengan hati. Kenapa bukan faham dengan otak? Sebab setiap dari kita ada kepandaian yang berbeza. Zalimlah Allah, kalau otak yang digunakan untuk memahami. Mungkin ada di antara kita yang lambat faham disebabkan kurang tahap kepandaian. Tapi Allah anugerahkan kita sekeping hati, yang khasnya untuk diisi dengan cintaNya, supaya kita lebih dekat denganNya, supaya digunakan hati ini untuk memahami ayat-ayatnya juga memahami agamaNya.


“ ...Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya... “ (Al Ahzab, 33:4)


  “Siapa yang Allah kehendaki kebaikan yang besar baginya di akhirat, maka dia akan diberi faham tentang agama“

Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.
( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Buka mata hati untuk kenal islam. Sebab hati itu boleh buta sekiranya tidak dipelihara. Kayu ukurnya ialah ketika kita membuat dosa yang beterusan dan diri sendiri tidak menyedarinya ia adalah dosa. Di saat diri sudah tidak boleh memilih yang mana benar dan yang mana salah, mohonlah petunjuk supaya hati itu dihidupkan kembali.

“ Sesungguhnya seorang mukmin apabila ia melakukan dosa maka terjadilah satu bintik hitam di hatinya. Jika dia bertaubat dan berusaha membuangnya (bintik hitam tersebut) maka akan selamatlah hatinya. Kalau dosanya bertambah maka hatinya akan semakin terkunci “

Dari Umar Al Khattab, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :"Cap penutup hati tergantung di kaki arasy. Bila seseorang melanggar larangan Allah (menghalalkan yang diharamkan oleh Allah) maka Allah akan menutup hati mereka dengan cap penutup hati tersebut."

Bersihkan hati, bersihkan diri, dan kembali pada Dia yang Maha Memiliki. Sekiranya hati itu benar-benar mengenal Allah, benar-benar menjadi hambaNya, benar-benar takut padaNya, maka ia tidak akan pernah berani untuk melakukan dosa.
Semoga hati kita sama-sama dibersihkan sebersih-bersihnya supaya hati ini dapat memandu ke jalan yang sebenarnya.


Akhir kata, untuk faham islam harus guna HATI. Untuk guna HATI harus bersihkan HATI, Untuk bersihkan HATI harus tinggalkan Jahiliah dalam diri. Insya’Allah!


Selamat bermujahadah buat semua~ ^^



Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
( Surah Al ‘Araf, 7:179 )




" Ya ALLAH sinarilah HATI-HATI kami dengan cahaya hidayah-Mu sepertimana Engkau menyinari semestaMu..."

Sunday, May 22, 2011

Perjalanan kita

Study nombor satu, Islam dan dakwah tidak pernah jadi No. 2.
Kedua-duanya harus bergerak seiring!


Minggu ini banyak diuji dengan kekurangan masa. Selalu rasa diri tak cukup masa. Sedangkan 24 jam yang Allah bagi sama setiap detik dan saat untuk setiap orang. Tiada siapa pun yang pernah dirugikan. Cuma, kemana 24 jam dalam setiap hari kita itu dihabiskan?

Muhasabah diri, bila kita sudah menjejakkan kaki ke dalam dunia tarbiyah ini, banyak perkara yang perlu dikorbankan. Termasuklah pengorbanan masa sendiri. Masa itu kan milik Allah, kenapa rasa kedekut untuk duduk beriman sejenak, memikirkan kondisi iman dan terus membantu agamaNya?

“Berinfaqlah wahai anak Adam, niscaya engkau akan diberi balasan/gantinya.” 
(HR.Bukhari dan Muslim)

“Dan Apa saja yang kamu infaqkan, niscaya Dia (Allah) akan menggantinya.”
(QS. Saba’: 39)

Ya, masa kita sebagai orang yang dalam tarbiyah memang berbeza dengan orang-orang biasa. Di saat hujung minggu mereka boleh duduk bersenang-lenang, boleh duduk mengulang kaji pelajaran, boleh keluar berjalan-jalan, dan masa kita pula? Terus sibuk dengan meghadirkan diri ke pengisian dan program-program.  

Kepenatan kita dalam seharian takkan pernah sama dengan kepenatan mereka. Namun, diri harus benar-benar yakin dan percaya jika Allah adalah matlamat sebenar, teruskanlah langkah. Mohon padaNya dengan penuh harap untuk dibekalkan kekuatan di sepanjang perjalanan.


Sesungguhnya perjalanan dai’e itu sangat panjang dan melelahkan. Ketika itu, orang lalai akan hairan melihat dai’e menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya, “Sampai bilakah kau akan melelahkan diri? Dijawab dengan pasti oleh dai’e tersebut, “Sesungguhnya aku mengharapkan pengistirehatan (syurga).”
- Al-Fawaid Ibnu Qayyim -

Moga Allah mengurniakan keberkatan waktu buat kita bersama... Insya’Allah.

Wednesday, May 18, 2011

Apa khabar IMAN kita?


Deria orang beriman, adalah keimanannya.
Deria utama untuk mengesan kebaikan dan keburukan.
Deria utama untuk menggerakkan segala pancaindera tunduk dan taat kepada Allah.
Tidak beroperasinya keimanan, bermakna lumpuhlah seorang mukmin.
Yang di akhirnya bakal memberikan kekalahan abadi di akhirat.. 

“Apa khabar iman kita?”

Maka jawablah dengan amalan...



“ Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, teguhkanlah hati kami pada agamaMu dan ketaatan padaMu..."

Credit to :  Hilal Asyraf 


Monday, May 16, 2011

Selamat Hari MUROBBI.


Sempena hari guru yang disambut hari ini, tergerak untuk menulis berkenaan hari guru. Tambahan buat diri yang bakal bergelar guru, sebuah artikel yang ingin mengingatkan diri kembali tanggungjawab sebenar ketika bergelar seorang guru.

“ Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal shaleh dan berkata, “ Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (QS. 41 : 33 )

Saya lebih senang untuk menggunakan perkataan murabbi bagi menggantikan term guru. Sesungguhnya seorang murabbi itu bukan hanya bertindak sebagai guru, malahan juga bertindak sebagai qiyadah ( pemimpin ), walid ( orang tua ), dan shohabah ( sahabat ) bagi mad’unya.

Siapa yang rasa dia layak menjadi murabbi?

Menjadi pencorak masa hadapan generasi akan datang?

Menjadi qudwah untuk mereka contohi?

Tiada siapa yang yakin dia benar-benar layak. Ya, tidak ada manusia yang begitu sempurna untuk menjadi murabbi. Namun persoalannya apa yang kita inginkan sebagai bekalan untuk balik kepada Allah SWT? Setiap kelemahan diri itu perlu diperbaiki demi menjalankan tanggungjawab menyebarkan kefahaman islam.

Melihat kembali zaman persekolahan saya, teringat bagaimana kita banyak dipermainkan oleh agenda-agenda barat. Sistem sekularisme yang diterapkan sudah cukup untuk menutup mata kita yang belajar sekadar untuk peperiksaan dan bukan untuk kefahaman. Tidak menyedari peri penting setiap isi kandungan pelajaran.

Saya berani jamin, siapa yang masih ingat peristiwa pembukaan mekah?

Siapa yang masih ingat isi-isi perjanjian aqabah?

Siapa yang masih ingat perjalan dakwah rasulullah menyampaikan islam?

Kesemuanya pernah dipelajari dahulu, namun kita belajar sekadar untuk menjawab peperiksaan. Bukan untuk difahami. Sedangkan kesemuanya berkait rapat dengan agama kita sendiri. Islam ketika itu ibarat minyak dan kita ibarat air. Ada pemisah di antaranya. Islam itu seolah-olah tersangat jauh dan asing dengan kita.

Sebab apa? Sebab hati itu tidak dididik untuk memahaminya. Di saat akidah masih lagi lemah, di saat pegangan masih lagi kabur, di saat Al-quran masih lagi jauh, bagaimana mata hati ingin terbuka memahami setiap apa yang dipelajari.  Tahniah buat warga barat yang telah berjaya mengaburi mata-mata kami.

Setiap dari kita seharusnya dididik dan dijelaskan dengan matlamat hidup yang sebenar. Supaya setiap apa yang dipelajari mampu difahami dengan mata hati dan kemudiannya menjadi pembakar semangat untuk bergerak membangunkan islam itu sendiri. Supaya islam itu benar-benar meresap ke dalam diri kita dan sama-sama bergerak sebagai ad-deen yakni cara hidup kita yang sebenar dan bukan lagi sesuatu asing. Insya’Allah. Sama-sama berusaha menjadi golongan yang bermanfaat buat orang lain.


Buat bakal-bakal guru, sama-sama berusaha menjadi guru dan murabbi yg terbaik untuk ummat. ^_^

Akhir kata, katakan TIDAK pada sekularisme! 

Thursday, May 12, 2011

Penghulu segala HARI


Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abu Hurairah RA yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Imam Al-Ghazzali pernah berkata bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk agama Islam pada zaman Saidina Abu Bakar RA) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan “Selamat, selamat hari yang baik”.

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Majah, daripada Salman Al-Farisi RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya:

“Wahai Salman, adakah engkau tahu apakah itu hari Jumaat?”
 Lalu saya menjawab, “Allah dan RasulNya sahaja yang mengetahui.”Baginda menerangkan, “Hari itu ialah hari yang Allah himpunkan manusia, seseorang itu apabila berwudhu' dengan baik, kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, maka ia menjadi kaffarah (penghapus dosa) kepadanya di antara Jumaat itu dan Jumaat berikutnya, iaitu selama dia tidak melakukan dosa besar.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani)

JUMAAT
 adalah hari paling mulia serta mempunyai banyak fadhilatnya untuk direnungi. Kitab As-Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat. Antara peristiwa itu ialah perkahwinan diantara Nabi Adam AS dengan Hawa; Nabi Yusuf AS dengan Zulaikha: Nabi Musa AS dengan Shafura binti Syuaib AS; Rasulullah SAW dengan Khadijah; Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah RA binti Abu Bakar RA serta Ali KW bin Abi Thalib dengan Fatimah az-Zahara RA binti Muhammad SAW.

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadith Riwayat Muslim.)

Dalam hadith lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdhal daripada hari Jumaat.”

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mu'min apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” 
(Hadith Riwayat Tirmizi.)

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapat ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.”
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu”
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.”
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Rasulullah SAW juga bersabda: 

“Barangsiapa yang dapat menunaikan solat Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yang mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya”.



IBADAH SUNNAH HARI JUMAAT

Perjalan ke masjid 
Adalah sunnah mengambil jalan yang jauh tetapi apabila pulang sunnah diambil jalan yang dekat.
(Imam Al-Ghazzali.)

Bersedekah 
Suatu amalan yang sangat mulia yang mendatangkan pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Apatahlagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Berselawat 
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Banyakkanlah berselawat ke atasku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.”

Berpakaian cantik dan bersih 
Digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang bersih dan berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah SWT. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi. 

Ibnu Masu'd berkata:

“Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.”

Imam Muslim meriwayatkan di dalam sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesiapa berwudhu' lalu memperelokkan wudhu'nya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.”

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” 
(Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
Sesiapa yang berwudhu' pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.”  
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud dan Termizi)

Semoga kita sama-sama mengambil barakah dari hari Jumaat ini. Betapa kasihnya Allah terhadap kita memberikan 'sebaik-baik hari' yang punya bermacam keistimewaan untuk hamba-hambaNya beramal. Dont take for granted! Jangan biar jumaat kita berlalu begitu sahaja tanpa berusaha meningkat amal ibadah. Moga Jumaat kita lebih baik dari jumaat-jumaat yang sebelumnya. Insya'Allah~ :



No one is promised tomorrow, 
No one is promised today.

No one will be able to breathe,
if life keeps going on this way.
So we need to live for the outcome of beauty; because beauty is only skin deep
We need to believe in our future,
we need to be able to dream.
So live for the moment,
live on the edge,
live to make life your show.
Because if the safe are still safe,
and the scared remain scared...
Well how will we ever know?