Wahai diri,
Lahirmu kerna satu tujuan,
Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan,
Kemanisan dunia tidakkan berkekalan,
Jangan sampai kau tersesat di hujung jalan.
Wahai diri,
Hari-harimu berlalu tanpa kau sedar,
Bulan dan tahun silih berganti,
Kehidupan semakin menjauhi,
Kematian pula datang mendekati.
Wahai diri,
Alam dan makhluk sukar mengasihimu,
Masa turut terus meninggalkanmu,
Manusia tidak akan selamanya bersamamu,
Yang pasti hanya Allah bisa menemanimu.
Wahai diri,
Mengapa wujud takbur dan berbangga
Sedang kau hanya satu lagi ciptaan Nya,
Yang tiada upaya, lemah tak berdaya,
Wahai diri,
Mengapa masih kau ingkar,
Berani suruhan dan laranganNya kau langhgar,
Kau nahi yang mungkar, kau amar yang makruf,
Sungguh berani kuasaNya kau cabar,
Mujur Tuhanmu Maha Bersabar.
Wahai diri,
Mengapa biar dirimu terleka,
Yakinlah kau akan satu perkara,
Setiap amal pasti akan dibalasNya.
Maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya.
Wahai diri,
Buanglah ego dan sombongmu,
Mintalah keampunan dari tuhan Mu
Andai selamat yang kau mahu.
Di hari yang dahsyat dan tak menentu.
Wahai tuhan,
Terimalah ampunanku ini~
No comments:
Post a Comment