Sunday, March 27, 2011

10 sahabat yang dijanjikan SYURGA

Entri hari ni sekadar informasi yang di kopi dan di pasta. :) Mungkin sudah ramai yang tahu siapa di antara sahabat-sahabat rasulullah yang dijanjikan syurga. Sekadar revision buat kita bersama. Moga peribadi dan semangat mereka dalam memperjuangkn islam menjadi pendorong dan buat kita.^_^


Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dengan mereka dan mereka redha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
(Qs At-Taubah : 100)
 
Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.
( Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban )

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran :

“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  
(Surah At-Taubah ayat ke-40)

Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga. Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Khatab ra.
( Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil )

Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. 
Dijamin kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
( Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu )

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. , Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya.
Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “ Setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan “. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.
( Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah )

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Saidina Ali adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. 
Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan beliau telah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
( Shahid Yang Hidup )

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah. Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa “ Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga.” Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “ Setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair."

6. Zubair Bin Awaan
 ( Perajurit Allah Pengiring Rasulullah )

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.” Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “ Setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair “.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas  
( Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah )

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. “ Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “ Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
( Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih )

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Orang Yang Berniaga Dengan Allah )

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “ Barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“ Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di Baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
( Orang Kepercayaan Ummat Ini )

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “ Setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah.” Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin. 




credit to : http://www.dakwatuna.com/

Saturday, March 26, 2011

Kalau benar atas IMAN


Kalau benar atas iman,
Pasti kau sanggup berkorban,
Kalau benar atas iman,
Pasti kau kekal bertahan,
Kalau benar atas iman,
Pasti kau jumpa keikhlasan,
Kalau benar atas iman,
Pasti kau mampu mengucup erti pengorbanan.
:: Sinergi-Hilal Asyraf ::

Mood memberi semangat pada diri. Allah sedang berbicara, berbicara dengan diri ini tentang erti pengorbanan. Moga diberi kekuatan dariNya~

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Surah  Muhammad, 47 : 7 )

 

Friday, March 25, 2011

Antara Dosa dan Kebaikan ( Hadis 27-Arba'in )

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. 

( Hadith Riwayat Muslim )

Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu."

Pengisian usrah saya minggu ini. Alhamdulillah, sedikit peringatan buat diri. Memang benar, setiap kali kita buat dosa mesti hati kita resah gelisah, tak senang duduk. Yela, dah buat salah mesti rasa bersalah. Dan hadith ni merupakan hadits pertama yang sangat terkesan dengan diri saya ketika mula-mula join halaqah. Di saat diri masih bergelumang dengan jahiliah. Memang tepat-tepat kena kat batang hidung. Huhu. Dan Alhamdulillah, Allah yang menghadiahkan rasa kesedaran dalam diri.

Tapi mungkin juga ada dalam kalangan kita yang tak pernah rasa bersalah bila buat salah. Ekh? Complicated ke ayat. Senang cerita, mungkin ada dalam kalangan kita yang bangga menghebahkan dosa yang dilakukan. Bangga menayangkan maksiat yang dilakukan. Mungkin kerana jiwa itu kering. Tidak dibasahkan dengan ayat-ayat Allah. Jiwa yang tidak diisi dengan rasa cinta padaNya. Lebih diisi dengan perkara yang terus membuatkan diri lalai dan leka dariNya. 
Dan tugas kita yang faham ialah membantu mereka supaya mereka keluar dari jahiliah tersebut. Bantu mereka supaya bersama-sama dengan kita merasai kemanisan iman itu. Beratkan tugas ni? Amanah yang Allah pikulkan untuk kita. Moga bersama-sama diberi kekuatan dan dipermudahakan jalannya.



:: Once kita rasa hati kita bergetar, jiwa kita tak tenang, 
JUST STEP BACK AND REFLECT! ::

Bercerita tentang kebaikan. Definisi baik. Baik tu apa? Mungkin banyak ayat-ayat skema exam akan keluar dari mulut kita tentang definisi baik ni. Tak perlu la nak hurai sebab semua dah tau baik tu macam mana kan? Dan mencari kebaikan itu adalah fitrah setiap manusia. Setiap dari kita memang Allah dah tetapkan untuk suka pada kebaikan. Even, dalam agama lain pun masing-masing menginginkan kebaikan buat agama mereka.

Firman Allah yang bermaksud :

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ( Islam ); sesuai dengan fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui 
( Surah Ar-Rum, 30:30 )


Fitrah kita kan? Suka kebaikan. So, let’s return back to our fitrah. :) 

TIPS Menggagalkan Halaqah

Sharing oleh seorang sister semasa daurah. Moga bermanfaat buat kita bersama. Kalau rasa nak gagalkan halaqah silalah mencuba. Huhu. Tapi bagi kita yang faham, bagi kita sangat sayangkan agama kita pasti akan cuba mengelak untuk melakukan perkara-perkara ini. insya’Allah~

Tips menggagalkan halaqah

  •        Datang lambat ke usrah dan tak tepati masa
  •        Tidak membuat persediaan.
  •        Tidak menghargai ahli usrah yang membuat perkongsian atau melakukan tugasan
  •        Jadikan halaqah suatu benda yang membosankan/ sebagai benda yang rutin/ tidak bervariasi hingga semua ahli menjadi jemu.
  •        Tidak mengambil tahu tentang masalah ahli-ahli usrah.
  •        Jangan bersilaturrahim dengan ahli usrah di luar halaqah.
  •        Usrah sekadar medan untuk seseorang bercakap. Tidak mempraktikkan apa yang diperkatakan.
  •        Tidak menanamkan kepentingan amal diskusi.
  •        Tidak mengambil tahu tentang kehadiran ahli usrah ke program atau halaqah.
Reflect diri, actually ada je di antara list ni yang terkadang kita buat tanpa kita sedari. Mungkin bukan kita, tapi saya tapi mungkin juga anda? ^_^ 
Contoh paling ringkas, datang lewat ke halaqah. Dan saya sedang mencuba untuk menjaga masa sendiri supaya tak merugikan masa orang lain. Be punctual! Harus disiplin pada diri sendiri. Tapi biasala, janji melayu. Cakap pukul 9, 9.30 baru start. Haha. Satu ayat yang sangat common. Tapi kita bukan nak orang melayu. Kita semua orang islam dan dalam islam tak pernah ada istilah-istilah macam tu. So? Ask yourself. Berusaha! Jangan jadikan diri kita penyumbang kegagalan halaqah. Insya’Allah~


Penyakit wahan



Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

[Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Alban]

Penyakit wahan? Ya, cintakan dunia dan takutkan mati. Realiti umat masa kini, umat islam yang sangat lemah. Lebih mengejar dunia hingga akhirat di tinggalkan. Mengejar dunia seakan-akan akan hidup selama-lamanya. Meninggalkan akhirat seakan-akan diri tidak dibangkit untuk dihisab.
Dan adakah kita termasuk dalam golongan ini?
Adakah hiburan lebih digemari dari mentadabur ayat-ayatNya?
Adakah wang ringgit lebih dikejari dari keikhlasan keranaNya?
Adakah pangkat dan darjat lebih disukai dari keredhaan dariNya?

:: Mood muhasabah diri…. ::





Thursday, March 24, 2011

I need a shoulder to lean.


A really nice song. Hidup kita takkan pernah selalunya indah. Ada saat yang kita akan berada di atas. Dan adakala kita berada di bawah. Terus memohon padanya untuk diberi kekuatan meneruskan perjalanan hidup yang kadangkala tak seindah kata. ~He is always by your side~

Most times I’m the most strong I’m the rock the spot you get support from
Mostly cope with hopes that’s been rolled on
And when you’re low you know that you can hold on me
In a heartbeat I can be there the fears and tears you cry I’m by your side so dry your eyes
And let me provide peace of mind in time I know you’ll be fine
And if it’s heartbreak I can take some off your plate replace the lies and hate with smiles of faith
You fall deep I could fall with you. The dark is a familiar place you’re lost I can help you escape
It was my fate (pain) so that I can relate
Now when I can’t even stand I can handle the weight
I’ll be your shoulder for as long as I can but where’s the shoulder for my shoulder when I can’t

I will be the one you can count on the most
When the road is dark you know I’ll bare the load
You never see the days when I fall down to my knees
None of you will know that sometimes I need a shoulder to lean on

Sometimes it’s really hard to be this invincible figure you figure me to be
Cause I can feel the pain and when I’m cut I bleed mostly inside but lord knows I cry
I don’t lie I just keep it bottled inside I meet your eyes with a smile
and you think I’m lion but I’m alive cause I can feel like you can feel with emotions
still though it don’t show it’s real.
Conceal when my heart cries fall apart in the dark at the spot where my thoughts lie
I thought I was as strong as they come, I thought I was numb
my thoughts send my heart over run as I wonder
Can I make it through and is the one coming soon that’s gonna hold me console me
Or was this something meant to be and a shoulder for a shoulder wasn’t meant for me 

I will be the one you can count on the most
When the road is dark you know I’ll bare the load
You never see the days when I fall down to my knees
None of you will know that sometimes I need a shoulder to lean on


Kadang-kadang kita rasa diri kita sangat kuat. Sangat bersemangat. Kita mampu menjadi penghibur buat mereka yang sedang berlara.
Tapi kadang-kadang kita diuji. Satu saat yang kita rasa diri sangat lemah, lemah dan terus lemah.
Terasa perjalanan hidup begitu panjang. Di tambah dengan ujian-ujian yang menimpa diri. 
Kecewa, sedih, hampa..
"al imanu yazidu wa yankuz..."
Kita memerlukan mereka untuk kembali menguatkan kita. Kita memerlukan Dia untuk mengembalikan himmah kita. Jangan biarkan imanmu lemah begitu sahaja. Bangun dari lenamu~

Sunday, March 20, 2011

Cukuplah Allah Bagi Kami.

Opick_Music.Religi_Kembali Pada Allah.mp3

"Hasbunallah wa nikmal wakil"



“Cukuplah Allah bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”

"Hasbunallah wa nikmal wakil",
Diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS tatkala dia dilemparkan ke dalam api oleh Namrud sehingga api itu tiba2 menjadi dingin dan tidak menghancurkan Ibrahim. 

"Hasbunallah wa nikmal wakil'',
Diucapkan oleh Nabi Muhammad SAW saat perang Uhud, kemudian Allah pun menolongnya.

Laut itu bersifat menenggelamkan, dan api bersifat membakar. Namun dengan izin Allah, air laut itu akan berubah sifatnya menjadi kering, dan api akan berubah sifatnya menjadi dingin, disebabkan: "Hasbunallah wa nikmal wakil"

 "... Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)."
Al-Imran [173]

" ... dan cukuplah Allah sebagai Pengawas (akan segala yang kamu lakukan)."
An-Nisa [6]

 " Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman."
Anfaal [62]

 " Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman."
Anfaal [64]

 " Dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata: Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, demikian juga RasulNya; sesungguhnya kami sentiasa berharap kepada Allah." 
At-Taubah [59]

Sekadar coretan ringkas, cukuplah Allah bagi kita kerana hanya Dialah sebaik-baik pelindung. Renung-renugkan dan selamat beramal~ ^^


Source : '566 Kata-kata Hikmah: Jadilah Orang Yang Paling Bahagia' - Dr. 'Aid Bin Abdullah Al-Qarni 

Saturday, March 19, 2011

Teguran Allah buat RasulNya.


“ Ya Allah. Besarnya ujianmu ini ya Allah. Aku tak sanggup bergelumang dengan jahiliah ini lagi. Aku mahu berubah ya Allah. Aku mahu berubah.”

Doa Aisyah di akhiri dengan tangisan keinsafan, betapa di saat itu dia berasa sangat lemah. Dirinya memerlukan kekuatan. Dia mahu berubah. Berubah kembali ke pada Dia.

*******
Aisyah : Assalamualaikum K.siti, akak sehat ke?
K.siti : Alhamdulillah, akak sehat Aisyah.
Aisyah : Akak, boleh tak saya nak jumpa akak petang nie? Saya ada benda nak cakap dengan akak,. Harap akak sudi. Saya perlukan seseorang untuk bercerita.
K.siti : Minta maaf Aisyah, akak ada banyak assignment yang perlu dihantar esok. Minta maaf tak boleh la..
Aisyah : Oh, tak pe.........

Dan di saat ini air mata Aisyah kembali bercucuran. Betapa di saat dia memerlukan seseorang di sisinya untuk menemaninya, menjadi bahu menahan tangisannya bagi memulihkan semangatnya, tidak mampu untuk menemaninya.

*******

Sekadar ringkasan cerita pendek sebagai gambaran berkenaan tajuk entri hari ini. ( Minta maaf sekiranya cerita kurang menarik. :P )
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ilahi yang masih menghidupkan kita di muka bumi ini. yang masih terus menerus memerikan nikmat kepada kita walau diri seringkali alpa dan leka dari ajaran dan suruhanNya. Dan hanya nikmat IMAN dan ISLAM yang paling berharga dan tinggi nilainya ini kita masih mampu bernafas dalam jiwa seorang hamba. Hamba yang hidup dan matinya hanya kerana Allah semata-mata.

Sedikit perkongsian buat diri saya dan pembaca tentang tafsir surah ‘abasa. Surah ini menjadi tajuk pengisian usrah saya pada minggu ini. Satu surah yang bagi saya amat menarik dan dapat dikait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang penyampai agamaNya. J

Saya mulakan dengan terjemahan surah ‘Abasa. Kita perhatikan satu persatu ayat-ayat cinta Allah ini.

TERJEMAHAN

1. Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,

2. Karena Telah datang seorang buta kepadanya

3. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),

4. Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

5. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup

6. Maka kamu melayaninya.

7. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).

8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

9. Sedang ia takut kepada (Allah),

10. Maka kamu mengabaikannya.

11. Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan,

12. Maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya,

13. Di dalam kitab-kitab yang dimuliakan

14. Yang ditinggikan lagi disucikan,

15. Di tangan para penulis (malaikat),

16. Yang mulia lagi berbakti.

17. Binasalah manusia; alangkah amat sangat kekafirannya?

18. Dari apakah Allah menciptakannya?

19. Dari setetes mani, Allah menciptakannya lalu menentukannya

20. Kemudian dia memudahkan jalannya

21. Kemudian dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur,

22. Kemudian bila dia menghendaki, dia membangkitkannya kembali.

23. Sekali-kali jangan; manusia itu belum melaksanakan apa yang diperintahkan Allah kepadanya,

Secara keseluruhannya, surah ini termasuk kelompok surah Makkiyah. Ayatnya ada empat puluh dua dan diturunkan setelah surah An Najm. Surah ini diturunkan sehubungan dengan peristiwa seorang yang buta yang bernama Abdullah bin Ummi Maktum anak paman Siti Khadijah. Beliau termasuk di antara sahabat-sahabat Muhajirin yang pertama memeluk Islam dan ketika Nabi saw melaksanakan jihad dan meninggalkan kota Madinah, beliau ini sering ditunjuk oleh Nabi saw untuk menjadi sesepuh kota Madinah mengimami salat dan juga sering melakukan azan seperti Bilal. 

Peristiwa ini terjadi di Mekah yaitu ketika Nabi saw sedang sibuk-sibuknya melaksanakan seruan dakwah Islam kepada pembesar Quraisy. Beliau dengan sungguh-sungguh mengajak mereka masuk Islam dengan harapan bahawa jika mereka telah memeluk agama Islam, niscaya akan membawa pengaruh besar pada orang-orang bawahannya, karena di antara pembesar Quraisy yang sedang dihadapi itu terdapat 'Utbah dan Syaibah dua putranya Rabi'ah, Abu Jahal bin Hisyam, 'Abbas bin Abdul Mutalib, Umaiyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mugirah. Besar sekali keinginan Nabi untuk mengislamkan mereka itu karena melihat kedudukan dan pengaruh mereka kepada orang-orang bawahannya. 

Ketika beliau sedang sibuk menghadapi pembesar-pembesar Quraisy itu tiba-tiba datanglah Abdullah bin Ummi Maktum lalu menyela pembicaraan itu dengan ucapannya:

 "Ya Rasulullah, coba bacakan dan ajarkan kepadaku apa-apa yang telah diwahyukan oleh Allah kepadamu".

Ucapannya itu diulangi beberapa kali sedang ia tidak mengetahui bahawa Nabi saw sedang sibuk menghadapi pembesar-pembesar Quraisy itu. Nabi saw, merasa kurang senang terhadap perbuatan Abdullah bin Ummi Maktum itu yang seolah-olah menganggu beliau dalam kelancaran tablignya, sehingga beliau memperlihatkan muka masam dan berpaling dari padanya. Lalu Allah SWT menyampaikan teguran kepada Nabi-Nya yang bersikap demikian itu terhadap Abdullah bin Ummi Maktum.

Oleh karena bermuka masam dan memalingkan muka dari orang buta itu bisa menimbulkan perasaan tidak enak dalam hati orang-orang fakir miskin, padahal Nabi saw diperintahkan oleh Allah supaya bersikap ramah-tamah terhadap mereka. 

Abdullah bin Ummi Maktum itu adalah seorang yang bersih dan cerdas hatinya. Bila ia mendengarkan hikmah ia dapat memeliharanya dan membersihkan diri dari kebusukan kemusyrikan. Adapun pembesar-pembesar Quraisy itu sebahagian besar dari mereka adalah orang-orang yang kaya dan angkuh dan tidak sepatutnya Nabi saw terlalu serius menghadapi mereka untuk diislamkan karena tugas Nabi saw hanya sekadar menyampaikan risalah dan soal pemberian petunjuk itu semata-mata berada di bawah kekuasaan Allah.

Kekuatan manusia itu harus dipandang dari segi kecerdasan pikirannya dan keteguhan hatinya dan kesediaannya untuk menerima dan melaksanakan kebenaran. Adapun harta, Kedudukan dan pengaruh pimpinan itu, semuanya adalah tidak tetap kadang-kadang ada, kadang-kadang lenyap sehingga tidak dapat diandalkan dan Nabi sendiri setelah turun ayat ini selalu menghormati Abdullah bin Ummi Maktum dan sering memuliakan kedudukannya dengan sabda Nabi saw: "Selamat datang kepada orang yang menyebabkan aku ditegur oleh Allah". Beliau sering bertanya: Barangkali Abdullah bin Ummi Maktum mempunyai keperluan apa saja beliau sanggup menunaikannya.


Begitu tergamam saya apabila membaca terjemahan surah ini. betapa ingin menunjukkan bahawa pentingnya peranan seorang dai’e yang harus punya hati yang sensitif. Harus sensitif dengan keadaan sekeliling juga bersikap sensitif dengan masyarakat sekeliling. Mungkin ada kalanya kita tidak perasan mereka-mereka yang kita temui setiap hari membuntukan sesuatu bagi mengisi jiwa mereka, memerlukan sesuatu untuk mengingatkan mereka, menghendaki sesuatu untuk meneguhkan iman mereka. Dan boleh jadi kita tidak sedar akan kondisi tersebut dan membiarkannya berlalu begitu sahaja.

Ya, hanya dengan jiwa yang sensitif kita mampu mengetahui keperluan mereka. Jiwa yang senantiasa memikirkan masyarakat sekelilingnya. Jiwa yang sanggup untuk mengorbankan kepentingan diri demi kepentingan orang lain. Seperti kisah pendek di atas, moga mampu dijadikan iktibar buat kita bersama sebagai seorang yang mengaku menjadi pembawa agamaNya. Mungkin masih ramai lagi mereka yang di luar sana, yang masih tercari-cari hala tuju hidup mereka. Dan peranan kita yang sudah berada dalam tarbiyah ini, seharusnya terus dan terus menyeru mereka, mendekati mereka, menyentuh jiwa mereka dan menyampaikan kebenaran kepada mereka.


Seorang dai'e itu harus sanggup untuk mengorbankan kepentingan diri demi kepentingan orang lain., demi kepentingan agamaNya. Jari yang menulis ini sesungguhnya punya amanah yang besar untuk melaksanakannya. Moga Allah memandu hati-hati kita dan terus memberi kekuatan buat kita. Insya’Allah~