“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang
menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata, “Sesungguhnya
aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Al Fushshilat: 33)
Bilamana
diri ini mengaku 'aku adalah seorang daie',
Orang yang
menyeru orang lain ke arah kebaikan,
Orang y
menjalankan amar makruf dan nahi mungkar,
Semestinya
punya rasa berat!,
Mampukah
aku buat semua ini?
Mampukah aku
melaksanakan apa y rasulullah laksanakan?
Mampukah aku
menyambung perjuangan rasulullah dan para sahabat?
Mampukah aku
untuk terus istiqamah?
Mampukah aku?
…………….
Berat.
Berat.
Berat.
Memang beban
dakwah ini bukan satu permainan,
Yang boleh
diambil bila-bila, sesuka hati,
Kerana bila
kita telah mengaku ingin bersama jalan dakwah ini,
Setiap hela
nafas ini harus kerana Dia semata-mata,
Haus kerana
dakwah ila Allah,
Harus kerana
agamaNYa,
………………...
Berat,
Berat,
Dan berat,
Bilamana kita
bukanlah orang yang paling layak untuk menasihati,
Bilamana kita
bukanlah orang yang paling banyak amalnya,
Bilamana kita
bukanlah orang yang mampu melaksanakan setiaaaaaaaaap kata-kata yang dilafazkan,
Bilamana kita
bukanlah orang yang kuat di saat diuji dengan pelbagai ujian,
Tapi kita
tetap perlu melaksanakannya,
Kerana kita
yakin dan percaya,
Bukan
dakwah yang perlukan kita,
Kita yang paling paling perlukan dakwah,
Bukan Allah
yang perlukan kita,
Tapi kitalah
yang paling paling perlukan Allah,
Dan kerana
kita yakin dan percaya,
Jalan yang
sudah dilalui ini ialah jalan yang terbaik,
Jalan
yang paling dekat menuju syurgaNya,
Jalan yang
paling dekat untuk mecapai cintaNya,
Dan di situlah
wujudnya ketabahan dalam diri.
Di situlah
wujudnya keyakinan diri,
Di
situlah wujudnya kekuatan,
Allahu Allah.
Allah
tahu kita mampu,
Sebab tu
Allah hadiahkan kita bermacam macam ujian dan mehnah,
Supaya kita
terus kuat! Dan kuat! Dan kuat!
Dan terus
melangkah tanpa menoleh ke belakang,
Ya Allah,
Izinkan
aku untuk terus bersama orang-orang yang menyeru kepadaMu,
Izinkan aku
untuk terus istiqamah di jalanmu ini,
Kurniakan apa yang terbaik buat diri dan agamaku,
Walau bermacam
ujian yang kau hadiahkan,
Tetapkan aku di jalan ini ya rabb,
Hingga ke
akhir nafasku.
Allah…






