Saturday, December 3, 2011

Taujih Seorang HAMBA


Masa itu senantiasa berputar,
Dan takkan pernah berulang kembali,
Terasa seperti ingin kembali ke masa silam,
Memutihkan kembali hitam-hitamnya ceritara hidupku,
Mahu jadi seperti anak-anak kecil yang masih bersih dari noda dan dosa,
Mahu jadi seperti mereka yang sejak kecil sudah diberi kefahaman agama,
Mahu jadi seperti mereka yang seawal usia sudah kenal cinta Allah dan rasulNya,
Mahu jadi seperti mereka yang senantiasa terpelihara dari bahana dunia..

Sungguh,
Jika dihitung dosa dalam diri ini,
Takkan pernah cukup,
Betapa banyaknya noda yang menghitamkan hati,
Betapa jauhnya diri dengan Sang Pencipta suatu ketika dahulu,
Betapa beraninya diri mencabar kekuasaanNya,
Betapa angkuhnya diri mengingkari suruhanNya,
Seolah-olah akan hidup di dunia buat selamanya,
Terus lupa pada Yang Mencipta,
Telus alpa pada Yang Memberi,
Jauh sekali menjadi hamba yang bersyukur,
Jauh sekali menjadi hamba yang benar-benar telus dalam suruhanMu,

Allahu Allah,
Masihkah ada kesempatan buatku mendekati cintaMu?
Masihkah punya ruang untuk aku bersimpuh menagih kasihMu?
Masihkah punya kesempatan untuk aku membersihkan jiwaku?
Layakkah diri ini mendambakan syurgaMu?
Layakkah diri ini bertemu denganMu?
Untuk melihat wajahMu Ya Allah?

Namun di saat ini aku tetap yakin,

MaghfirahMu itu sentiasa ada,
Pintu keampunanMu itu sentiasa terbuka,
Taufiq dan hidayahMu sentiasa tersedia,
Dan kerana itu,
Aku masih teguh berdiri di jalan ini,
Terus tetap melangkah menuju keredhaanMu,

Terangilah diri ini dengan segala petunjuk jalanMu,
Hidupkanlah hati ini ya Rabb.. Ameeen~


.: Lilac [2Dec12-1.15a.m] :.

No comments: