Tuesday, May 15, 2012

Kerana Aku Seorang DAIE


 “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata, “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” (Al Fushshilat: 33)


Bilamana diri ini mengaku 'aku adalah seorang daie',
Orang yang menyeru orang lain ke arah kebaikan,
Orang yang menjalankan amar makruf dan nahi mungkar,
Semestinya punya rasa berat!

Mampukah aku buat semua ini?
Mampukah aku melaksanakan apa yang dilaksanakan oleh rasulullah?
Mampukah aku menyambung perjuangan para sahabat?
Mampukah aku untuk terus istiqamah?
Mampukah aku?

…………….

Berat.
Berat.
Berat.

Memang beban dakwah ini bukan satu permainan,
Yang boleh diambil bila-bila, sesuka hati,
Kerana bila mana kita telah mengaku ingin bersama-sama di jalan dakwah ini,
Setiap hela nafas ini harus kerana Dia semata-mata,
Harus kerana dakwah ila Allah,
Harus kerana agamaNYa,

………………...

Berat,
Berat,
Dan berat,

Bilamana kita bukanlah orang yang paling layak untuk menasihati,
Bilamana kita bukanlah orang yang paling banyak amalnya,
Bilamana kita bukanlah orang yang mampu melaksanakan setiap kata-kata yang dilafazkan,
Bilamana kita bukanlah orang yang kuat di saat diuji dengan pelbagai ujian,
Tapi kita tetap perlu melaksanakannya,

Kerana kita yakin dan percaya,
Bukan dakwah yang perlukan kita,
Tapi kita yang paling paling perlukan dakwah,
Bukan Allah yang perlukan kita,
Tapi kitalah yang paling paling perlukan Allah,

Dan atas dasar keyakinan dan kepercayaan,
Jalan yang sudah dilalui ini ialah jalan yang terbaik,
Jalan yang paling dekat menuju syurgaNya,
Jalan yang paling dekat untuk mecapai cintaNya,

Dan di situlah wujudnya ketabahan,
Di situlah wujudnya keyakinan,
Di situlah wujudnya kekuatan,

Allahu Allah.

Allah tahu kita mampu,
Sebab itu Allah hadiahkan kita bermacam macam ujian dan mehnah,
Supaya kita terus kuat! Dan kuat! Dan kuat!
Dan terus melangkah tanpa menoleh ke belakang,
Kerana fitrah dakwah itu memang sifatnya susah dan payah.

Infiru khifafan wa tsiqalan!



Ya Allah,
Izinkan aku untuk terus bersama orang-orang yang menyeru kepadaMu,
Izinkan aku untuk terus istiqamah di jalanmu ini,
Kurniakan apa yang terbaik buat diri dan agamaku,
Walau bermacam ujian yang kau hadiahkan,
Tetapkan aku di jalan ini ya rabb,
Hingga ke akhir nafasku.
Allah…

No comments: