Sunday, January 30, 2011

Akhwatkah aku??


''Aku ikut halaqah"
"Aku join usrah"
"Aku mendapat belaian tarbiah"
"Aku adalah akhwat!"

Mengapa bangga menyebut dirimu sebagai seorang akhwat?
Padahal kelakuanmu tak ubah seperti sampah,
Malas solat tahajud,
Solat wajib pun kau malas kerjakan,
Apatah lagi solat jemaah?
Ah, cuma mimpi,

Apatah lagi membaca surat cintaNya
Novel, cerpen atau komik lebih mengujakan,
Asyik dan menghiburkan,
Daripada membekalkan diri dengan buku-buku islami,

Benarkah kau sudah ditarbiah?
Kalau dengan lawan jenis, tidak terjaga muamalatnya
Matamu meliar, hatimu, ah, entah di mana..??

Dalam berdakwah, engkau memilih,
Menumpu pada yang lebih membawa kenikmatan,
Padahal dakwahlah yang harus digerakkan,

Dalam berdakwah, engkau memilih,
Lebih nikmat bertaushiyah dengan lawan jenis
Lagi-lagi dengan dalih dakwah
Padahal ramai rakan sejenismu
Lebih perlukan pada bimbinganmu

Bukanlah seorang akhwat, orang yang tidak menjaga lisannya,
Bukan juga yang tidak menjaga pandangan dan hatinya,
Dari yang diharamkan Allah,
Bukan juga orang yang begitu mudah mengeluh,
Padahal ia mempunyai Allah sebagai Pembelanya,

Apakah, engkau mengaku layak digelar seorang AKHWAT?
Sedang akhlaqmu tak seperti seperti dalam firman-firmanNya?

Benarkah engkau seorang akhwat?
Tapi engkau sungguh malas ber'dating' denganNya di malam hari?

Sekali lagi, kutanya kepadamu, AKHWAT kah dirimu?
Padahal amalanmu begitu ternoda dengan tujuan duniawi,
Engkau beramal untuk mengharapkan pujian dan balasan manusia,
Tidakkah malu berbuat begitu, wahai yang mengaku dirinya AKHWAT?

Apa yang kau lakukan saat ini?
Tika orang lain penuh keringat kerana berdakwah,
Dan lainnya letih mencegah mungkar,

Apa yang kau sudah buat?
Menjadi pengulas dakwah,
Atau turut laju menderu bersama aliran dakwah?

Lalu, wahai orang yang mengaku dirinya sebagai AKHWAT..
Di mana telah engkau buangkan hatimu untukNya?

Hei, bangkitlah! Bangunlah!
Sebelum ajal menjemputmu buat selamanya wahai akhwat..




2 comments:

nor amira said...

peringatan utk diri. sedang melalui proses tarbiyah. tapi kadang2 ada juga tersungkur. semoga diri ni dpt istiqamah dalam segala amalan. :(

~SEORANG HAMBA~ said...

insya'Allah ukhti. kekuatan itu milik Allah. moga same-same kita mmohon pdaNya. :)