Sunday, January 9, 2011

Coretan Hati

Aku hanya insan biasa,

Seorang insan yang sedang berusaha menjadi hamba kepada-Nya,

Bukan hamba kepada duniawi yang sifatnya hanya untuk sementara,

Bukan hamba kepada hawa nafsu yang keindahannya membawa kepada kehancuran diri,

Aku hanya insan yang mahu hidup dan matiku hanya kerana-Nya.

Seorang insan yang masih menagihkan redha-Nya,

Seorang insan yang menagihkan cinta-Nya,

Ya Allah,

Bantu aku untuk memperkukuh agamaku,

Bantu aku untuk memperbaiki duniaku demi akhiratku,

Bantu aku memperbaiki akhlakku,

Bantu aku meneguhkan imanku ya Rabb..



No comments: