Alhamdulilllah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang hingga hari ini masih diberi nikmat iman dan islam. Yang hingga hari ini masih ditetapkan iman untuk terus berada di jalan ini. Mungkin sudah tiba masanya untuk aku pula ‘memberi’ setelah sekian lama ‘menerima’ dari orang lain. Seorang dai’e itu tidak boleh manja. Perjuangan dalam menegakkan islam memerlukan seseorang yang kuat dan cekal juga mampu berdikari dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Insya’Allah,. Sama-sama berusaha yuk!
Aku tidak punya apa-apa pengalaman dalam menulis. Tapi setelah sekian lame menjadi ‘blog walking’ akhirnya Allah mengilhamkan padaku untuk membina blog sendiri dalam usaha meningkatkan kefahaman dalam diri ini.
Kenapa husnul khotimah?
Mungkin ada yang tertanya kenapa dinamakn blog ini husnul khotimah. Kalau tiada yang bertanya pun tidak mengapa. Masih mahu aku mengulas.. ;)
First thing first. Definisi husnul khotimah ini sendri. Husnul khotimah bermaksud pengakhiran yang baik. Siapa pun yang hidup di dunia ini mahu hidupnya diakhiri dengan pengakhiran yang baik. Namun, husnul khotimah termasuk dalam rahsia bagi manusia dan hanya Allah yang maha mengetahui. Jadi sebagai hambanya yang lemah kita hanya mampu berharap dan berdoa agar diberi kekuatan untuk terus istiqamah dan berada dalam kebaikan sehingga roh berpisah dari jasad demi memperoleh husnul khotimah.
Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal saleh . Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiat kepada Allah. Oleh itu, hari-hari kita seharusnya dipenuhi dengan amal ibadah dan amal yang soleh kerana sesungguhnya kita tidak mengetahui bilakah kita akan dipanggil menghadapNya.
Alangkah ruginya diri ini jika di pertengahan kita kalah dengan hawa nafsu sendiri. Memang benar iman manusia ini ada turun da nada naiknya. al imanu yazidu wa yankus. Namun kita harus yakin dan percaya ini merupakan satu ujian dariNya untuk menguji tahap keimanan kita. Tetap tsabat di jalaNya. Tetap teguh pendirian hanya kepadaNya. Terus mujahadah melawan hawa nafsu. Insya’Allah, Allah akan sentiasa mengingati kita di saat kita mengingatiNya.
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”
No comments:
Post a Comment