Thursday, January 27, 2011

Sibghah Allah. Celupan Allah.

Cik nana : Hari raya nie pakai baju kurung dengan tudunglah. Barulah Nampak baik sikit. Hahaa.

Cik nini : Amboi, raya je pakai tudung dengan baju kurang. Hari lain? Berhabuk baju kurung kau tue. Rambut pun dah berbelang-belang dah.

Cik nana : Alahai, name pun raya. Nak pegi solat raye lagi nanti. Kita kan orang islam.

Cik nini : ekh? Orang islam ke macam tue....

.........................................................................................

Saja saya mulakan bicara hari ini dengan sebuah dialog. Tidak diungkapkan oleh sesiapa. Hanya rekaan semata-mata. Namun tidak mustahil untuk ianya wujud.

Ya, jika kita kembali memandang masyarakat hari ini. Memandang ke arah diri saya sendiri. Memandang ke arah diri anda sendiri. Adakah kita sudah mengambil islam itu sepenuhnya. Atau hanya mengambilnya secara separuh sesedap rasa kita, mengikut mood kita?

"Sibgah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibgahnya dari sibghah Allah dan hanya kepadaNyalah Kami menyembah." (Al-Baqarah: 138)

Sibgah? Mungkin ada yang tertanya-tanya maksud sebenar sibgah di sini. Atau mungkin ada yang sudah lali dengan perkataan ini. Mungkin pernah menjadi bahan perbincangan semasa halaqah. Bagi yang masih tidak mengerti tidak mengapa kerana saya juga masih baru mengetahui maksud sebenar sibgah ini. J

Sibgah itu celupan. Celupan? Ya! Celupan. Sesungguhnya tiada celupan yang lebih baik berbanding celupan agama Allah.

Analogi mudah yang saya ingin bawakan,

Kalau contoh kita secebis kain, kemudian kita celup dalam air nila yang warnanya biru. Apa jadi pada kain tu? Warna biru! Pandai.. ;) mestilah dia jadi warna biru kan. jadi kita akan dapati seluruh kain itu menjadi warna biru hingga ke urat-urat kain tersebut.

Ok, situsi kedua kita ambil plastik kemudian celupkan ke dalam air nila tadi. Rasa-rasa plastik tu boleh mneyerap nila ke tak? Semestinya tak la kan. jadi plastik tersebut masih lagi tegar dengan sifatnya yang kalis air dan mengekalkan warna asalnya. Kalau plastik warna putih, putih la juga.

Dan itulah dia sibgah. Itulah dia celupan.

Haa? Macam tu je? Sabar belum habis lagi...J

Bagaimana dengan sibgah Allah?

Sesungguhnya sibgah Allah itu adalah yang paling sempurna dan tiada yang lebih baik berbanding celupan agama Allah. Tiada saduran amal kehidupan yang terbaik melainkan celupan Islam. Apabila kita mencelupkan diri kita ke dalam celupan Nya, kita akan menjadikan seluruh hidup kita hanya keranaNya semata-mata. Menjalankan segala perintahNya sebaiknya serta meninggalkan segala laranganNya. Itulah dia mukmin yang tercelup. Tercelup seperti tercelupnya kain ke dalam nila. Tika kita mencelupkan diri kita ke dalam acuan islam, seluruh darah, denyut nadi, tulang seta daging-daging dalam tubuh ini juga tercelup. (Boleh bayangkan ke??? huhu) Senang cerita, pabila kita tercelup ke dalam acuan islam, ia akan tersalur bersama darah, dan berdenyut bersama nadi kita hingga terserlah keislaman itu melalui akhlak kita.

Islam itu bukannya hanya wujud ketika hari jumaat. Hari ni je la kita pakai baju kurung, pakai baju melayu, pakai tudung. hari lain masih tak mengenakan pemakaian seorang muslim yang sebenar. Islam bukan hanya wujud tika menghadiri program-program agama. Ya, waktu dengar je rasa semanagt mahu berubah. Tapi sesudah selesai majlis masih berada dalam sikap yang lama.

Menurut ulama tafsir tersohor Imam al-Razi, Islam dinamakan sibghah Allah atau acuan Allah kerana berdasarkan dua sebab; iaitu pertama, seperti acuan, Islam itu mesti meresap dan bersebati hingga membekas ke lubuk hati yang paling jauh dan dalam. Kedua, seperti acuan juga, Islam itu mampu membentuk dan menjana manusia menjadi Muslim yang memiliki jatidiri, peribadi dan citranya yang khas kerana iman dan ketundukannya yang pemuh tulus ke hadrat Allah.

Apabila kita mengaku bahawa kita ini seorang muslim, seorang yang beragama Islam, seharusnya sandaran amalan dan matlamat kita melibatkan Dia semata-mata. Jadi mari kita renung ke dalam diri kita. Adakah kita sudah di celup ke dalam celupan ini? Atau kita di celup dengan celupan-celupan yang lain. Yakni masih mengambil islam sebahagian sahaja, dan sebahagian lagi kita tinggalkan? Adakah kita benar-benar mengaku yang Allah itu satu-satunya layak disembah. Tiada yang lain melainkan Dia. Atau kita masih menjadikan hawa nafsu kita sebagai tuhan dalam hati hingga menjadikan kita tunduk dan patuh padanya.

Islam itu.

Islam itu bersifat syamil. Yakni sifatnya menyeluruh. Islam itu bersifat kamil. Yakni sifatnya sempurna dan lengkap. Dan islam itu bersifat mutakammil. Yakni sifatnya saling melengkapi. Sesungguhnya ajaran Allah itu yang paling lengkap mencakupi seisi ruang lingkup kehidupan kita. Setiap denyut nadi, setiap hela nafas kita, setiap waktu, setiap ketika. Seharunya kita hidup sebagai seorang muslim (24/7). Bukan mengambil islam sesuka hati kita, sesedap rasa kita.

Tanpa acuan Allah ini, manusia akan mudah tertipu dek godaan dunia dan terpedaya dengan syaitan yang senantiasa menginta dan mengambil peluang menyesatkan kita. Oleh itu, marilah sama-sama kita berpegang dengan acuan Allah supaya diri terselamat dunia akhirat. Dan saya juga sedang mengingatkan diri ini yang kadangkala masih lagi alpa dan leka. Insya’Allah, semoga segala urusan kita keranaNya dipermudahkan. J




7 comments:

Sha-na.Szied said...

nice entry!! :) shukran ya okhti!|saya tetanye2 maksud sibghah tu..skng da paham..

millie said...

Saya juga berterima kasih pada penulis atas penjelasan ini. Wassalam

Unknown said...

Sibghahtullah [Budaya Amalah Cara Hidup Bersyariat]. Belajar, memahami, meyakini, memiliki dan mengamlkan kebenaran dan keselamatan hidup Islam. Mulakan dengan berakal fikiran waras dan berjiwa suci cenderung pada keselamatan hidup. Seterusnya membentuk indah peribadi diri Islam yang selamat lagi menyelamatkan.[Iaitu memiliki akal yang bijak berilmu kebenaran (mahir 12 ilmu Hakkul Yakin dan Ainul Yakin), jiwa yang mencintai keselamatan, nafsu yang berakhlah mulia, pancaindera yang terkawal (peka, cermat, teliti, waspada dan berhati-hati pada godaan syaitan), jasad tubuh badan yang bersih, kemas, rapi dan suci dari dosa maksiat kekufuran (ingkar dan derhaka) dan diri roh yang tenang, aman, tenteram dan sejahtera merindui untuk kembali pada Tuhan pencipta dirinya.

Unknown said...

syukran perkongsian! Allah bless you ukhti ❤

wendi said...

terima kasih. sangat berguna

Unknown said...

Alhamdulillah. Fahamlah saya. Terima kasih atas perkongsian

Unknown said...

Mohon share.tq😍