Sunday, January 23, 2011

KE ARAH MEMBENTUK INDIVIDU MUSLIM.

Istilah INDIVIDU MUSLIM muncul apabila kita membincangkan berkenaan perjuangan untuk mengembalikan Islam sebagai perlembagaan dalam kehidupan. Maka hendak merealisasikan perkara itu, perlulah kita jalankan satu strategi jangka panjang, yang dinamakan takwin fardhil muslim. Takwin Fardhil Muslim bermaksud - Pembentukan Individu Muslim yang perlu digerakkan dalam setiap peringkat berikut:

Persoalan : “ Kenapa perlu bina diri untuk jadi individu muslim? Tak boleh ke jadi orang biasa-biasa je? Nanti kena cop ekstrem pulak.” Mungkin ada dalam kalangan kita yang terfikir, buat nak susah-susah buat senmua ni. Nak jadi baik konon. Ahhh!

Memetik kata-kata murrobbi saya : sebab kita semua nak masuk syurga Allah. Sangat padat dan ringkas namun punyai 1001 makna. Ya, benar! Sebab kita semua nak masuk syurga Allah, nak berjumpa dengan Allah. Pencipta bumi, pencipta alam, pencipta KITA. Kalau nak masuk syurga Allah perlulah laksanakan apa yang Allah suruh. Jauhkan diri dari apa yang Allah larang. Syurga nie bukan macam kita masuk panggung wayang beli ticket then terus dapat. BUKAN! Syurga Allah itu mahal. Hanya mereka yang benar-benar layak akan masuk dalam syurganya.

Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud,

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? ( Surah Al Imran 3:142 )

INDIVIDU MUSLIM menjadi isu yang paling besar kerana ia merupakan antara marhalah yang wujud di dalam perjalanan merealisasikan terbinanya Islam sebagai daulah yang mentadbir alam ini yang juga merupakan asas dalam mencapai empayar islam supaya di akhirnya islam mampu menjadi ustaziatul alam.

INDIVIDU MUSLIM dilihat sebagai batu bata yang paling bawah dan paling ‘core’ dalam membina Daulah islamiyah itu tadi. Merupakan satu peringkat penting dalam strategi untuk melihat kembalinya Islam diambil sebagai perlembagaan hidup. Sebelum fikir nak bina baitul muslim mesti bentuk INDIVIDU MUSLIM dalam diri terlebih dahulu. Sebelum fikir nak bina daulah islamiyah, mesti menjadi INDIVIDU MUSLIM dahulu. Di sini jelas menunjukkan kepentingan IM itu dalam jiwa-jiwa setiap umat dalam menegakkan semula islam di muka bumi.

As Syahid Imam Hassan Al-Banna telah menggariskn beberapa sifat yang perlu dimiliki oleh seorang individu dalam memenuhi kerangka sebgai seorg muslim yang benar-benar beramal dengan Islam

1) Salimul aqidah [ akidah yang sejahtera ]

2) Sahihul ibadah [ ibadah yang sahih ]

3) Mantinnul khuluq [ akhlak yang mantap ]

4) Qadirun ‘alal kasbi [ mampu berdikari ]

5) Mussaqaful fikri [ luas pengetahuan ]

6) Qawiyul jism [ sihat tubuh badan ]

7) Mujahidun li nafsi [ melawan nafsu ]

8) Munadzam fi syu’unihi [ tersusun jadualnya ]

9) Haritsun ‘ala waqtihi [ sangat menjaga masa ]

10) Nafi’un li ghairihi [ bermanfaat untuk orang lain ]

Ayuh! kita cuba penuhi 10 muwasaffat tarbiyah ini~

No comments: