Thursday, May 26, 2011

M.U.S.L.M.A.H. ;)

Salam ‘alaik buat semua. Entri ini khas untuk mereka yang bergelar wanita atau perempuan, atau akhwat, atau muslimah atau apa-apa yang seangkatan denganya. ^_^  



Seorang insan bergelar wanita itu adalah fitnah pada dunia. Dan salah satu ujian terbesar buat kaum Adam ialah kehadirannya insan bergelar wanita.  

Kalau kita lihat dari sejarah yang lalu, pergaduhan pertama manusia yakni Qabil dan Habil kerana apa?? Bukan kerana harta, wang ringgit mahupun Dinar, bukan kerana pangkat dan jawatan, tetapi kerana SEORANG WANITA.

Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita.
[Riwayat Al-Bukhari]

Maka takutlah kalian kepada dunia dan takutlah kalian kepada wanita.
[HR Muslim dari shahabat Abu Sa’id al Khudry]

Takutlah kepada (fitnah) dunia dan takutlah kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Isra’il dari wanitanya.
[HR. Muslim]

Hebatnya seorang manusia yang bergelar wanita ini sehingga dengan rosaknya seorang wanita di dunia, dia mampu mengheret 4 orang lelaki bersama-samanya ke dalam neraka.

1-AYAHnya
Apabila seorang bapa tidak mempedulikan kebajikan agama anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak pernah kisah tentang ilmu akhirat bagi anaknya. Tidak mengajar mahupun mencari orang untuk mengajarkan anaknya ilmu dan keperluan agama seperti menunaikan solat, berpuasa, mengaji al-quran dan sebagainya. Dia membiarkan sahaja anak2 perempuannya mendedahkan aurat dan tidak pula menegurnya. Maka, dia bakal diheret ke neraka oleh anaknya itu.

2-SUAMInya
Apabila seorang lelaki bergelar suami, perpindahan tanggungjawab daripada ayah si isteri kepada dirinya akan bermula. Jika dia tidak mempedulikan perlakuan isterinya seperti berhias bukan untuk dirinya, yakni untuk lelaki yang bukan mahram dan tidak halal baginya. Apabila isterinya mengingkari suruhan dan larangan Allah, tidak pula dia menegurnya. Sekalipun dia seorang ahli ibadah, dia tetap akan diheret ke neraka di akhirat kelak oleh isterinya yang tersayang itu.

3-ADIK-BERADIK LELAKInya
Apabila ayahnya sudah tiada, maka seorang perempuan itu dipertanggungjawabkan kepada adik-beradik lelakinya. Tanggungjawab menjaga maruah wanita telah beralih daripada bahu si ayah kepada si abang mahupun adik. Sekiranya mereka membiarkan sahaja adik-beradik perempuan mereka dalam kemungkaran, melencong dari ajaran Islam yang sebenar dan hanya mementingkan keluarga masing2 sahaja maka, mereka sebenarnya menempah tempat di neraka kerana turut bakal diheret ke neraka.

4-ANAK2 LELAKInya
Apabila seorang anak tidak menasihati ibunya dalam perihal yang diharamkan dalam Islam. Tidak pula menyuruh ibunya mentaati Allah. Membiarkan si ibu mengumpat, mengata dan berbagai2 lagi kemungkaran yang dilakukan oleh si ibu, maka mereka juga tergolong dalam golongan yang bakal diheret ke neraka kelak.


Oleh itu kaum hawa sekalian, ayuh persiapkan diri. Jaga akhlak, jaga peribadi. Pegang erat agama itu kerana hanya denganNya akan menyelamatkan kita dari fitnah duniawi ini. Jom islah dan perbaiki diri bersama. J

“ Ya Allah. Selamatkan kami dari fitnah duniawi. Jadikan kami wanita solehah, yang mampu mengabdikan diri sepenuhnya kepadaMu. Tenggelamkanlah kami di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan kami daripada-Mu.”


Aspirasi Mujahidah

Alangkah indahnya kulihat,
Berjalan seorang muslimah,
Dengan wajah yang ditutupi niqab,
Dia berjalan dengan penuh tawadhu'.
Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah yang  tenang, yakin, berwibawa,
Penuh dengan semangat seorang mujahidah.


Di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa,
Bukan getaran nafsu dunia,
Tapi getaran keinsafan buat yang melihatnya,
Menjadikan diri untuk mengenali lebih ingin mengenali ALLAH.

Dia punya sekeping hati,
Yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya dengan mengingati Yang Maha Esa...
Ada seulas bibir yang merah bak delima,
Sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah...
Ada sepasang mata yang redup,
Yang cukup terjaga dari pandangan maksiat.
Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya yang lembut
Sudah cukup untuk menarik hati-hati yang lalai dari mengingati ALLAH.



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab,“Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….” 
(Riwayat al-Tabrani).


Muslimah solehah itu bidadari
Bukan untuk dicari-cari atau dipuja lelaki
Tetapi nanti akan berhadapan dengan Ilahi
Dan apakah yang kamu wahai perempuan sudah laksanakan dalam kehidupan yang Kuberi?
 [ Puisi Muslimah solehah itu bidadari : Hilal Asyraf ]

Comel! ^_^

No comments: