Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda;
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
"Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".
Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi s.a.w. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah s.w.t. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah s.w.t. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"
Nabi Muhammad s.a.w. kita menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".
[Riwayat Abu Daud dan disahihkan oleh al-Alban]
Penyakit wahan? Ya, cintakan dunia dan takutkan mati. Realiti umat masa kini, umat islam yang sangat lemah. Lebih mengejar dunia hingga akhirat di tinggalkan. Mengejar dunia seakan-akan akan hidup selama-lamanya. Meninggalkan akhirat seakan-akan diri tidak dibangkit untuk dihisab.
Dan adakah kita termasuk dalam golongan ini?
Adakah hiburan lebih digemari dari mentadabur ayat-ayatNya?
Adakah wang ringgit lebih dikejari dari keikhlasan keranaNya?
Adakah pangkat dan darjat lebih disukai dari keredhaan dariNya?
No comments:
Post a Comment