Friday, March 25, 2011

Antara Dosa dan Kebaikan ( Hadis 27-Arba'in )

Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui manusia mengenainya. 

( Hadith Riwayat Muslim )

Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus menfatwakan sesuatu."

Pengisian usrah saya minggu ini. Alhamdulillah, sedikit peringatan buat diri. Memang benar, setiap kali kita buat dosa mesti hati kita resah gelisah, tak senang duduk. Yela, dah buat salah mesti rasa bersalah. Dan hadith ni merupakan hadits pertama yang sangat terkesan dengan diri saya ketika mula-mula join halaqah. Di saat diri masih bergelumang dengan jahiliah. Memang tepat-tepat kena kat batang hidung. Huhu. Dan Alhamdulillah, Allah yang menghadiahkan rasa kesedaran dalam diri.

Tapi mungkin juga ada dalam kalangan kita yang tak pernah rasa bersalah bila buat salah. Ekh? Complicated ke ayat. Senang cerita, mungkin ada dalam kalangan kita yang bangga menghebahkan dosa yang dilakukan. Bangga menayangkan maksiat yang dilakukan. Mungkin kerana jiwa itu kering. Tidak dibasahkan dengan ayat-ayat Allah. Jiwa yang tidak diisi dengan rasa cinta padaNya. Lebih diisi dengan perkara yang terus membuatkan diri lalai dan leka dariNya. 
Dan tugas kita yang faham ialah membantu mereka supaya mereka keluar dari jahiliah tersebut. Bantu mereka supaya bersama-sama dengan kita merasai kemanisan iman itu. Beratkan tugas ni? Amanah yang Allah pikulkan untuk kita. Moga bersama-sama diberi kekuatan dan dipermudahakan jalannya.



:: Once kita rasa hati kita bergetar, jiwa kita tak tenang, 
JUST STEP BACK AND REFLECT! ::

Bercerita tentang kebaikan. Definisi baik. Baik tu apa? Mungkin banyak ayat-ayat skema exam akan keluar dari mulut kita tentang definisi baik ni. Tak perlu la nak hurai sebab semua dah tau baik tu macam mana kan? Dan mencari kebaikan itu adalah fitrah setiap manusia. Setiap dari kita memang Allah dah tetapkan untuk suka pada kebaikan. Even, dalam agama lain pun masing-masing menginginkan kebaikan buat agama mereka.

Firman Allah yang bermaksud :

Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ( Islam ); sesuai dengan fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui 
( Surah Ar-Rum, 30:30 )


Fitrah kita kan? Suka kebaikan. So, let’s return back to our fitrah. :) 

1 comment:

SubhanALLAH said...

Subhanallah. sangat bermanfaat