Wednesday, April 13, 2011

Cerita Hati KITA~Jaulah Autumn

Pengalaman yang tersangat indah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Pengalaman berjaulah bersama adik-adik, kakak-kakak, sahabat-sahabat sempena ester break. Moga perjalanan ini mendekatkan lagi kita dengan pencipta dan merapatkan lagi ukhwah sesama kita.


Allah mempertemukan kita,
Mempertemukan aku dan engkau.
Bukan tali persaudaraan yang menyatukan kita,
Bukan harta benda yang merapatkan kita,
Bukan paras rupa yang menghilangkan jurang antara kita, 
Persahabatan ini kita dibina atas dasar keimanan.
Hati-hati kita dipautkan bertunjangkan kepercayaan terhadapNya,
Kerana hanya iman yang mampu menjadi bekal kita menghadapNya,

Kita akan saling melengkapi menjadi hamba yang diredhaiNya,
Supaya nanti kita akan bersama-sama berpimpinan tangan menuju jannahNya.
Moga ukhwah yang terbina antara kita akan berkekekalan hingga akhir hayat.
Moga Allah tetap menyatukan hati-hati kita,
Moga Allah sentiasa menetapkan iman kita dijalanNya,
Sayang kalian fillah!!!!


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (satu masa dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.
[‘Ali Imran 3:103]

Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (orang-orang yang beriman itu). Kalaulah engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[al-Anfal 8:63]


  Bila yang tertulis untukku,
Adalah yang terbaik untukmu,
Kan ku jadikan kau kenangan yang terindah dalam hidupku,
Namun, takkan mudah bagiku,
Meninggalkan jejak hidupku,
Yang telah terukir abadi,
Sebagai KENANGAN TERINDAH!!!!
~UHIBBUKUM FILLAH~



" Ukhwah itu bukan terletak pada kata-kata manis atau pertemuan, tetapi terletak pada sejauh mana ingatanmu terhadapnya dalam dakapan doamu " 
(Imam Ghazali)

" Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ” Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naunganNya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab: Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” 
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

:. Ukhwah Fillah Mengharum Jannah .:

No comments: