Saturday, June 25, 2011

Hadirkan Allah di waktu senangmu.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yang masih menghidupkan lagi kita di atas muka bumiNya, yang masih memberi nikmat buat kita walau kadangkala kita tergelincir dari landasanNya. 
Astagfirullah hal ‘azim. Astagfirullah hal ‘azim. Astagfirullah hal ‘azim. 

Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan sedikit bebanan setelah berakhirnya exam saya semalam. Maka berakhirlah segala kepeningan dan kesengsaraan yang menghimpit jiwa.
Pheewwwww~ J

Moga Allah mengampunkan segala niat-niat yang tidak diluruskan sepanjang belajar. Sebab, bila mana kita terlampau sibuk dengan dunia tidak mustahil untuk kita lupa setting niat kita semula. Untuk siapa kita belajar? Diri sendiri? Orang lain? Atau kerana agama?

Ayuh perbetulkan niat kita semula. Harus lurus selurus lurusnya kerana Dia semata-mata.

Aktiviti selepas exam?

Pernah  terlintas di fikiran tentang aktiviti yang sesuai dilakukan selepas berakhirnya exam.

Tidur sepanjang masa sebagai alasan menggantikan tidur yang tidak cukup?

Menonton movie dan menghabiskan siri-siri Korean drama sebagai alasan untuk menghilangkan rasa bosan bercuti?

Main game sebagai alasan melepaskan tekanan selepas menghadap buku tanpa berhenti?

Online sepanjang hari?

Atau? Apa sahaja yang terlintas.

Menghabiskan masa begitu sahaja seolah-olah Allah itu tidak wujud sebagai pemerhati.
Seolah-olah malaikat itu tidak wujud di sisi sebagai pencatat setiap amalan.
Dari Abu Hurairah radhiyallâhu'anhu, dia berkata: 
“Rasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda, Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya".”

(Hadits hasan.Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan selainnya seperti itu).


Muhasabah diri.

Adakah kita lupa di saat diri berada dalam kesusahan tika diuji dengan susahnya belajar kepada siapa kita mengadu?
Adakah kita lupa kepada siapa kita minta untuk dipermudahkaan urusan sebelum menjawab peperiksaan?
Adakah kita lupa kepada siapa kita menangis memohon supaya diberi kefahaman dalam pembelajaran?
Adakah kita lupa kepada siapa kita memohon hajat supaya diberi keputusan yang cemerlang?

Allah itu wujud semasa exam sahajakah? 
Atau kita sendiri yang menghadirkan Dia di waktu susah sahaja?

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”
(Al-Baqarah, 2: 152).

Ujian kesenangan ini sungguh lebih sukar daripada ujian kesusahan itu sendiri. Sebab apa? Sebab bila mana diri itu diuji dengan kesenangan, kita mudah untuk lalai dan leka. Mudah untuk bertindak mengikut hawa nafsu sendri. Mudah untuk tergelincir dari jalanNya. Mudah sahaja untuk melanggar segala laranganNya. Kerana menghadirkan Allah di waktu kesenangan itu ujian yang tersangat berat berbanding mengingatinya di waktu kesusahan. Namun, diri harus segera bangun dan sedar. Jangan biarkannya terus hanyut dengan kelalaian yang di akhirnya akan memakan diri sendiri.
“ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) ”
(Surah As Syarh, 94:7)

Apabila kita mengaku diri itu seorang da’ie tiada kerehatan yang boleh diperoleh melainkan di syurga.  Harus bangun! Dan bangun! Dan terus bagun! 

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
( Al-Mudathir,74 :1-2)


Moga waktu-waktu kita diisi dengan perkara yang mendekatkan diri kita denganNya. Peringatan untuk diri sendiri yang seringkali lalai dan lupa dari mengingatiNya. Moga Allah sama-sama beri kita kekuatan untuk terus istiqamah di jalanNya.
Salam freedom selepas exam! ^^

2 comments:

nor amira said...

salam freedom,
salam istiqamah,
salam perjuangan,

seorang da’ie tiada kerehatan yang boleh diperoleh melainkan di syurga.

like this :)

~SEORANG HAMBA~ said...

Salam perjuangan juga ukhti amira!

" Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atauun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (At Taubah, 9:41)

moga sma2 kita istiqamah. insya'Allah~ ^_^