Monday, June 20, 2011

Pergantungan dengan Allah.

Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim.

Nampaknya laman sesawang ini sudah menjadi rumah usang yang semakin sunyi sepi. Mungkin disebabkan exam week yang menjadikan diri sendiri tidak punya masa yang cukup untuk mencoretkan sebarang perkongsian. Dan hari ini Alhamdulillah, Allah meminjamkan satu kekuatan untuk berkongsi segala yang tersirat dihati juga yang terdetik di fikiran mengenai pergantungan dengan Allah.

Tawakkal kepada Allah.



Tawakkal itu ialah mempercayakan diri kepada Allah dalam melaksanakan sesuatu rancangan yakni bersandarkan pada kekuatanNya serta berserah segala-galanya kepadaNya. Tawakkal itu harus beserta dengan keazaman dan ikhtiar yang merupakan sunatallah sebagai hambaNya. Dan segala natijah dan keputusannya harus kembali kepada Allah.

“Apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (azam) maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali-Imran: 159)

Namun, hati kecil kita kadangkala tidak dapat menerima hakikat apabila di uji. Di saat diri tidak mendapat apa yang di harapkan mula timbul rasa sedih yang teramat seolah-olah mnyalahkan takdir yang telah ditetapkan, seolah-olah berfikir bahawa tuhannya bertindak menzaliminya. Inikah yang dipanggil tawakkal?

Redhakan hatimu.

Sebelum bergantung kepada Allah harus belajar memujuk hati untuk sentiasa redha dengan apa yang akan terjadi. Belajar memujuk diri bahawa setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Sebab apa? Sebab ujian itu merupakan tarbiyah Allah buat hamba-hambaNya. Kalau bukan kerana ujian yang menimpa, kita takkan belajar erti hidup yang sebenar.

Husnuzon dengan Allah yakni bersangka baik denganNya. Sentiasa yakin dan percaya setiap takdir yang tersurat bukan bererti diri itu malang malah lebih bermakna di saat dapat membawa diri dekat kepadaNya. Dan selepas adanya redha barulah tawakkal atau pergantungan kepada Allah itu teguh.

Hanya kepada Dia tempat bergantung kerana setiap usaha yang kita lakukan tidak akan menjanjikan apa-apa natijah tanpa izin Allah.  Sama-sama melatih diri untuk  bergantung kepada Allah setiap masa dan ketika kerana segala yang bakal berlaku semuanya di luar jangkaan kita seperti dalam firmannya :

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
( Al lukman, 31:34 )

Manusia itu merancang dengan cita, tapi Allah menentukan dengan cintaNya. Di saat kita bergantung itu harus sama-sama berusaha dan ikhtiar sehabis baik dalam mencapai apa yang diinginkan. Dan sekiranya  diuji di pertengahan jalan, kembalilah kepada Dia yang memiliki lagi maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Laa hawala walaa quawwata illa billaah : “Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”


Astaghfirullah... Astaghfirullah...
Astaghfirullah hal azhim allazi la ilaha illallah
Aamin... Aamin... Aamin...

Ku bermohon pada Mu ya Allah
Tetapkanlah imanku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya solat serta ibadahku
Hidup dan matiku hanyalah untuk Mu
Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan Mu yang azab sengsara
La ilaha illallah... La ilaha illallah...
Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat
Aamin... Aamin... Aamin...

:: Tawakkal hanya kepada Allah ::

2 comments:

aina sakura said...

ske post kamoo..huhu

~SEORANG HAMBA~ said...

Alhamdulillah. jzkk aina.. ^^
moga trus istiqamah dlam kbaikan.. ;)))