Salam ‘alayk, salam mahabah buat semua.
Kaifa halukunna?
Kaifa imanna?
Insya'Allah, moga-moga kita masih lagi terpelihara bersama rahmat dan keredaanNya.
Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah. Maha suci Allah yang masih membenarkan diri ini untuk menyambung kerjaya menulis yang tak seberapa ini semula.
Setelah sekian lame blog nie terbiarrrrrrr (*lebih kurang dalam 3bulan kot*) :D
Setelah sekian lame blog nie terbiarrrrrrr (*lebih kurang dalam 3bulan kot*) :D
Astagfrullah hal'azim...Astagfrullah hal'azim...Astagfrullah hal'azim. Terasa begitu banyak khilaf-khilaf diri yang masih belum diperbaiki. Gagal menguruskan masa dengan sebaiknya.
Terasa diri semakin hari semakin sibuk sejak ramadhan yang lalu, hingga dirasakan ada banyak perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan hingga menyebabkan ada juga perkara yang perlu dikorbankan.
Ya, bercerita perihal masa. Sudah msuk penghujung thaun dah otak masih ligat memikirkan nadi dakwah di Auckland untuk tahun hadapan.
Pemergian kakak-kakak yang akan BFG tahun ini menjadikan diri semakin risau adakah mampu diri ini untuk melaksanakan yang terbaik seperti mereka'. Tanggungjawab itu kini terletak di bahu pewaris-pewaris yang tinggal.

Siapa yang akan pergi mentajmi' adik-adik tahun depan?
Siapa yang akan memulakan muayasyah dengan adik-adik tahun depan?
Siapa yang akan handle program-program besar ISK? IPK? SH? SU?
Siapa yang akan memberi pengisisannya?
Siapa? Siapa yang akan bertanggungjawab?
Tak kan masih nak bergoyang kaki bersuka ria, masih menunggu untuk disuapkn makanan dan tak reti-reti lagi nak cari makanan dan makan sendri? (Analogi makan sebentar. :P )
Allahuakbar. Allah Maha Besar. Allah itu tahu kita mampu, Allah itu tak kan sengaja menguji hamba-hambaNya kalau bukan kerana Dia sayang akan kita..
Kadang terasa diri ini masih lagi lemah. Tarbiyah diri masih banyak lompong-lompong yang perlu diisi. Tsaqafah masih lagi kurang, ayat-ayat quran masih belum berlegar-legar di fikiran.
Mampukah kita melaksanakannya? Mampukah diri ini mendarah dagingkan dakwah itu sendiri?

“Nahnu du’aat qobla kulli syai’in”
Kita adalah du’at (pendakwah) sebelum apa-apa.
Allahu Allah.. Allahu Allah.. Allahu Allah.
Kurniakan diri ini kekuatan, kurniakan diri ini keteguhan iman, kurniakan diri hati yang cekal untuk meneruskan perjuangan ini.. Allahumma amin.
:: Kerana dakwah adalah cinta, dan cinta memerlukan segala-galanya darimu ::
2 comments:
insyaAllah, anda mampu menggalas amanah yang diberi.. amin.. gudluck k.. d^_^b
teruskan istiqomah menulis..anda berbakat!
Post a Comment