Tuesday, October 18, 2011

Qul, Amantu Billahi, Tsummastaqim.. ;)

* Moga iman kita sntiasa segar bak bunga sakura d Domain skrg.. ;) *
ISTIQAMAH!
Bila disebut tentang istiqamah,
Seolah kita dihantui.
Bila disebut tentang istiqamah,
Seolah jantung berdegup kencang.
Kerana susahnya untuk menjamin diri sendiri untuk terus istiqamah.
Kerana hati manusia ini memang sifatnya sentiasa berbolak-balik.
Iman yang sentiasa turun dan naik.
Dugaan dan cabaran takkan pernah henti berkunjung.
Dunia ini bukan seindah yang kita impikan.
Istiqamah juga bukan sesenang yang kita impikan.
Memerlukan pengorbanan yang tinggi !
Memerlukan azam dan himmah yang kuat !
Memerlukan matlamat yang jelas !
Bagaimana Rasulullah istiqamah?,
Bagaimana para sahabat juga istiqamah?,
Bagaimana para dua’t agung yang juga istiqamah?,
Begitulah keistiqamahan kita sewajarnya
Istiqamah yang ada pada dirimu sekarang,
Bentuk dengan penuh tarbiyyah dan sifat-sifat yang mulia,
Bentuk dengan acuan iman dan taqwa,
Dipadukan dengan matlamat yang jelas,
Agar istiqamah itu terus subur dan berkembang ,
Menjadi haruman untuk diri kita sendiri dan rakan seperjuangan sekeliling.
Istiqamah atau tidak,
Bergantung pada diri sendiri,
Jalan ini memang sentiasa memerlukan hati-hati yang terus istiqamah,
Jika bukan kita, maka orang lain bakal menggantikannya..

" Katakanlah 'Amantubillah' (Aku beriman kepada Allah), dan beristiqamahlah (berusaha tetap  berada dijalan-Nya)."
( HR Muslim )

Tuesday, September 27, 2011

Kaifa halukunna? ^^

Salam ‘alayk, salam mahabah buat semua.

Kaifa halukunna?
Kaifa imanna?
Insya'Allah, moga-moga kita masih lagi terpelihara bersama rahmat dan keredaanNya.

Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah. Maha suci Allah yang masih membenarkan diri ini untuk menyambung kerjaya menulis yang tak seberapa ini semula.
Setelah sekian lame blog nie terbiarrrrrrr (*lebih kurang dalam 3bulan kot*) :D

Astagfrullah hal'azim...Astagfrullah hal'azim...Astagfrullah hal'azim. Terasa begitu banyak khilaf-khilaf diri yang masih belum diperbaiki. Gagal menguruskan masa dengan sebaiknya.
Terasa diri semakin hari  semakin sibuk sejak ramadhan yang lalu, hingga dirasakan ada banyak perkara yang lebih penting yang perlu diutamakan hingga menyebabkan ada juga perkara yang perlu dikorbankan.

Ya, bercerita perihal masa. Sudah msuk penghujung thaun dah otak masih ligat memikirkan nadi dakwah di Auckland untuk tahun hadapan.
Pemergian kakak-kakak yang akan BFG tahun ini menjadikan diri semakin risau adakah mampu diri ini untuk melaksanakan yang terbaik seperti mereka'. Tanggungjawab itu kini terletak di bahu pewaris-pewaris yang tinggal.

Siapa yang akan pergi mentajmi' adik-adik tahun depan?
Siapa yang akan memulakan muayasyah dengan adik-adik tahun depan?
Siapa yang akan handle program-program besar ISK? IPK? SH? SU?
Siapa yang akan memberi pengisisannya?
Siapa? Siapa yang akan bertanggungjawab?
Tak kan masih nak bergoyang kaki bersuka ria, masih menunggu untuk disuapkn makanan dan tak reti-reti lagi nak cari makanan dan makan sendri? (Analogi makan sebentar. :P )

Allahuakbar. Allah Maha Besar. Allah itu tahu kita mampu, Allah itu tak kan sengaja menguji hamba-hambaNya kalau bukan kerana Dia sayang akan kita..
Kadang terasa diri ini masih lagi lemah. Tarbiyah diri masih banyak lompong-lompong yang perlu diisi. Tsaqafah masih lagi kurang, ayat-ayat quran masih belum berlegar-legar di fikiran.
Mampukah kita melaksanakannya? Mampukah diri ini mendarah dagingkan dakwah itu sendiri?

“Nahnu du’aat qobla kulli syai’in”

Kita adalah du’at (pendakwah) sebelum apa-apa.
 
Kita adalah du’at sebelum kita seorang doktor. Kita adalah du’at terlebih dahulu sebelum kita seorang guru. Kita adalah du’at sebelum kita seorang engineer.

Allahu Allah.. Allahu Allah.. Allahu Allah.
Kurniakan diri ini kekuatan, kurniakan diri ini keteguhan iman, kurniakan diri hati yang cekal untuk meneruskan perjuangan ini.. Allahumma amin.


:: Kerana dakwah adalah cinta, dan cinta memerlukan segala-galanya darimu ::





Thursday, July 28, 2011

Memecut untuk trofi RAMADHAN!


Tinggal 3 hari lagi sebelum tetamu Allah yang dinanti-nanti datang menjengah.
11 bulan yang sudah kita lalui akhirnya Allah mempertemukan kita dengan Ramadhannya kembali. Insya’allah, walau masih berbaki 3 hari mudah-mudahan kita sama-sama dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan ini.

Persoalannya, sudah cukupkah persiapan kita menghadapi bulan ini?

Bagaimana dengan qiyam? Dah practise bangun malam?

Bacaan quran dah improve ke belum?

Juzu' amma? Dah berapa surah yang dihafal?

Solat-solat sunat? Sunat Dhuha? Sunat Rawwatib? Sunat Wudhuk?

Istighfar dan selawat dah practise?

Mungkin ada yang sedang dalam proses mempertingkatkan ibadah masing-masing, dan mungkin ada juga yang baru tersedar Ramadhan ini perlukan latihan dan stamina. Betul. Tak kan nak tunggu hari pertama ramadhan baru nak start semua?  

Masih berbaki 3 hari untuk kita praktis lagi. Usaha menambah amal ibadah kita sebelum tibanya Ramadhan. 

Sungguh Ramadhan ini benar-benar memerlukan kekuatan, memerlukan stamina, memerlukan mujahadah yang sangat besar. Untuk kita terus menerus mengisi 30 hari dalam sebulan itu. Yang mempunyai hanya 4 minggu, 30 hari, dan 720 jam itu dengan segala kebaikan bagi menggapai keredhaanNya. Dan yang paling utama untuk mendapat piala ‘takwa’. 


3 hari yang berbaki moga sama-sama kita melatih diri. Memperbanyakkan amal ibadah.
Sama-samalah kita membina stamina supaya kala Ramadhan tiba kita bersedia untuk memecut dan memaksimumkan setiap amalan kita! 
GANBAROU! Insya’Allah... J


Allahumma Balighna ya ramadhan.

“ Ya ALLAH, sampaikan kepada aku dengan Ramadan "




Monday, July 25, 2011

Kita punya tujuan yang sama.


“ Usrah kau ‘under’ apa? ”

“ Usrah aku dengan _______So far aku rasa selesa la..”

“Usrah dyorank tak best la! Baek ikut yang nie lagi best!’’

………………………….…PENING……………………………………

Mungkin diri ini bukan orang yang layak untuk berbicara tentang isu ini. Tapi sekadar luahan hati yang sungguh ingin mengingatkan diri sendiri dan mereka  yang juga dalam kekeliruan. Kekeliruan?

Alhamdulillah, Allah tidak menguji saya dengan dilema memilih ‘persatuan’ ini. Mungkin kerana diri sendiri punya sifat yang malas mengambil tahu dan memikirkan masalah-masalah yang dirasakan akan memberatkan kepala sendiri. Malas berfikir perkara yang rasanya tak punya kaitan dengan hidup.  Tapi Allah mentarbiyah dengan memberikan sahabat sekeliling yang sedang bertarung dengan dilema. Dilema memilih ‘persatuan’. Dilema ingin berbai’ah dengan siapa. Dilema ingin menjaga hati orang lain. Dilema, Dilema, dan Dilema.

Memang setiap dari kita yang ditarbiyah punya hak dan pilihan sendiri untuk memilih jalan mereka. Punya hak untuk menetapkan dengan siapa mereka akan bersama meneruskan tugas dakwah ini. Tapi walau berbezanya kita, di akhirnya kita punya satu matlamat yang sama. Biar cara kita berbeza, kita tetap ingin menegakkan kalimah Allah., kita tetap ingin membina ustaziatul alam di akhirnya nanti.

“ Akak tau awak tak suka berfikir masalah-masalah ni. Tapi awak kena sedar, masalah mereka masalah kita jugak. Satu hari nanti awak tetap kena berfikir dan memilih…’’

Hanya quote yang diutarakan oleh seorang akhwat yang insya’Allah mengenali diri ini. Dan saya sendiri sedar keperluan untuk mengenal setiap ‘persatuan’ yang wujud, mendalami cara mereka bekerja kerana itu hak mereka untuk orang dikenali terlebih dahulu sebelum orang membuat pilihan.

Tapi isunya sekarang, dakwah kita bukan lagi dakwah secara sirriyah (sembunyi), tapi dakwah secara jahriyah (terbuka). Orang sudah mula mengenali siapa kita sebelum mengenal tarbiyah? Orang sudah mula berfikir ingin masuk ‘persatuan’ yang mana. Sedangkan pemilihan itu seharusnya tidak didahulukan sebelum tarbiyah diri. Kefahaman Ad Deen itu harus diutamakan dan didahulukan. supaya kita sama-sama sedar dan jelas untuk apa dia perlu berbaiah, untuk apa dia perlu bergerak dengan ‘persatuan’ untuk apa dan untuk apa? Sekiranya semuanya tidak jelas, mereka tidak layak untuk memilih.

Sedang diri sendiri masih merangkak dalam tarbiyah, bagaimana ingin memikirkan tentang isu yang besar yakni memilih ‘persatuan’.  Bagaimana ingin berfikir untuk bekerja sedang kefahamn itu masih tidak sampai. Jangan kerana terlampau sibuk melayan dilemma, tarbiyah sendiri semakin kebelakang. Jangan kerana terlampau risau menjaga hati orang lain, diri sendiri yang semakin kering.

Entri ini sungguh sekadar peringatan untuk diri sekiranya satu hari nanti ada yang ‘menyunting’ untuk bersama ‘mereka’ saya sudah jelas dan faham sebelum bertindak membuat keputusan. Insya’Allah. Moga Allah kuatkan hati ini, memandu hati ini…


Pesan buat adik,
Kutiplah sebanyak-banyak ilmu dan kefahaman dari mereka. Seberapa banyak liqa’ yang disertai biar kesemuanya digunakan sepenuhnya. Jangan pernah berasa gundah kerana percayalah Allah yang menyusunnya begitu. Supaya kita dapat belajar dan belajar dari ramai orang. Supaya kita dapat faham dan faham islam itu dengan lebih mendalam. Walau apa yang terjadi jangan pernah mengabaikan tarbiyah diri untuk terus kehadapan. Insya’Allah.

Pesan buat sahabat,
Walau apa yang terjadi kita tetap bersahabat, kita tetap berukhwah kerana Allah. Jangan kerana kita tak sehaluan ukhwah kita semakin pudar, semakin tinggal kenangan. Biar berbeza cara kita, tapi tujuan kita tetap sama. Walau secara jujur hati ini masih berat untuk menerima. Namun, segalanya telah tertulis untuk kita. Terus kuat wahai sahabat…

Moga Allah tetap menyatukan hati-hati kita bersama.


“... dan (Allah سبحانه و تعالى ) Dia-lah Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
(QS Al-Anfaal,63)

Saturday, July 23, 2011

Dia menentukan dengan cintaNya.


Perkongsian sekadar muhasabah untuk mengingatkan diri yang diuji.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Di saat Allah masih mahu memberi ujian buat diri untuk mengingatkan hakikat sebagai hamba kepadaNya. Yang sememangnya layak untuk diuji. Dan seharusnya tidak mempersoalkan mengapa dan mengapa sesuatu itu berlaku. Mengapa kehendak ini tidak dituruti. Mengapa permintaan itu tidak dipenuhi?

Seorang hamba yang tidak layak merasakan seolah-olah Allah itu bertindak zalim. Seolah-olah Allah itu tidak melihat usaha yang dilakukan. Seolah-olah Allah itu sengaja memberikan kesusahan. Sedang diri berpenat lelah melakukan segala-galanya. Di mana salahnya? Di mana silapnya?

" Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al Baqarah,2:155) "


Step back and reflect! Silapnya ada pada diri sendiri. Silap kerana tidak memandang ujian sebagai anugerah dari Allah. Silap kerana tidak redha dengan ketentuan yang Allah tetapkan. Silap kerana masih mempersoalkan qada’ dan qadarNya. Silap kerana tidak bersangka baik denganNya. Silap kerana tidak bersyukur dengan nikmat-nikmat yang selama ini diperoleh.

 “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl,18).

Renung ke dalam diri sedalam-dalamnya. Sungguh setiap ujian yang diberi bukan kerana Dia bersifat zalim, bukan kerana Dia mahu menyiksa, bukan kerana Dia membenci, bukan juga kerana Dia tidak mengerti isi hati hamba-hambaNya. Tapi atas dasar kasih sayangNya. Atas dasar kerinduanNya.  Demi sebuah cinta yang tidak mahu hamba-hambanya lalai sekiranya permintaan itu dipenuhi. Demi sebuah cinta yang tidak mahu hamba-hambaNya terus menerus menjauh dariNya. Demi sebuah cinta yang  maha mengetahui hamba itu masih belum cukup bersedia untuk dipenuhi permintaannya. Dan demi sebuah cinta yang merindui rintihan hamba-hambaNya.

Iktibar kisah Nabi Yusuf.

Allah memberikan kita sebuah kisah di dalam al-quran. Kisan Nabi yusuf hidupnya punya pasang dan surut. Satu persatu ujian yang datang menimpanya, dari ujian kurniaan yang besar kepada kehinaan darjat kemuliaannya, dari rasa aman dan bahagia kepada rasa keperitan dan kesedihan. Bermula dengan kisah Nabi yusuf yang dipisahkan dengan ayahnya, dijauhkan dari kesenangan hidup, dikerah menjadi hamba yang tak punya kebebasan, difitnah, dipenjara. Dan kemudia barulah diberikan jawatan dan kesenangan hidup.

Tapi adakah Nabi yusuf itu mengeluh tatkalan Allah mengujinya dengan ujian yang amat dahsyat? Adakah dia mempersoalkan mengapa dia diperlakukan sebegitu sedang diri tidak melakukan kesalahan? 

Malah apakah yang diperkatakan oleh Nabi Yusuf kepada Allah?
‘………..Dan sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikannya kenyataan. Sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepadaku, ketika Dia membebaskan aku dari penjara  dan ketika membawa kamu dari dusun,…..” ( Surah Yusuf, 12:100)

Subhanallah. Selepas ditinggalkan seorang diri, dirampas segala kesenangan dan kebebasan hidup, dihina, difitnah, hidup dengan penuh kerendahhan di dalam penjara. Ternyata segalanya tak pernah berbekas di hatinya. Terus redha dengan apa yang Allah tetapkan untuknya, dan selepas semuanya berlaku Nabi Yusuf mengaku bahawa, ‘Tuhanku telah berbuat baik kepadaku…“

Ya Allah, siapalah kita jika hendak dibandingkan dengan golongan-golongan terdahulu yang diuji? Besar sangatkah ujian yang kita terima?


Dia yang mencipta ujian dan Dia yang memujuk dengan caraNya sendiri. Ujian itu satu anugerah. Ujian ini satu tarbiyah. Ujian ini satu hadiah terindah. Moga Allah menetapkan hati ini untuk redha dengan segala yang ditetapkan buat diri. Moga Allah memberi diri ini kekuatan untuk tidak mengeluh di saat keinginan tidak dipenuhi. Kerana Dia menentukan segala-galanya dengan cintaNya.   

Wednesday, July 20, 2011

Jangan Tanyakan Aku : La Tas'aluni


 Jangan tanyakan aku tentang hidupku,
Ia adalah sebuah rahsia kehidupan,
Ia adalah anugerah,
Ia adalah ujian,
Ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita,
Aku telah menjualkannya kepada Allah,
Kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk.

Dan jalan hidupku adalah,
Al-Qur’an, pedang, dan ujian,
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya,
Para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka,
Maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya.

Sedangkan penghujung perjalananku adalah,
Apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya,
Keuntungan dengan kemenangan nyata,
Atau kesyahidan dan keabadian,
Jika engkau telah berada di muka bumi,
Dan engkau tahu umurmu terbatas,
Maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk,
Jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu.
:: La Tas'aluni - Muhammad al-Husayyan ::