" Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari tuhanmu dan mendapat syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa "
Tuesday, May 10, 2011
Monday, May 9, 2011
Mutaba'ah amal
Solat jemaah hari ni macam mana?
Solat sunat Dhuha? Solat sunat rawatib?
Qiyam minggu ni macam mana?
Hari ini berapa kali kita beristighfar?
Bacaan al-quraan dah meningkat atau belum?
Ayat-ayat hafazan?
Puasa sunat?
Infaq?
Ziarah kita bagaimana?
Berapa jam kita ‘study’ hari ini?
Buku fikrah apa yang kita dah bedah minggu ini?
Senarai checklist of mutaba’ah amal.
Mutaba’ah amal?
Kata mutaaba’ah berasal dari kata taaba’a. Kata ini memiliki beberapa pengertian. Di antaranya, tatabba’a (mengikuti) dan raaqaba’ (mengawasi). Dengan demikian, kata mutaaba’ah bererti pengikutan dan pengawasan. Yang dimaksud dengan mutaaba’ah sebenarnya adalah mengikuti dan mengawasi sebuah program agar berjalan sesuai dengan yang direncanakan.
Mutaba’ah amal merupakan satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberatkan dalam diri kita untuk meningkatkan kefahaman dalam islam, dan mendekatkan lagi diri pada pencipta. Walau sesibuk mana pun hari-hari kita harus berusaha menyusun masa sebaiknya supaya mutaba'ah amal kita dapt berjalan dengan baik.
Bukan perkara yang mudah tapi tak mustahil
Bukan perkara yang mudah tapi tak mustahil
Nak hafal satu juzu' 30?
Nak solat jemaah setiap waktu?
Nak bangun qiyam setiap hari?
Nak pergi berziarah rumah sahabat?
Nak puasa setiap minggu?
Memang saya akui bukan satu perkara yang mudah untuk kita lakukan semuanya. Namun, tidak mustahil sekiranya ada usaha ke arahnya. Pada mulanya kita rasa agak sukar dan terpaksa, namun dengan keterpaksaan itu percayalah akan ada sinar yang menanti yang lama kelamaan semuanya akan menjadi kebiasaan.
Kalau rasa agak kekok, mulakan dengan membaca sehelai muka al-quran setiap hari, bangun qiyam paling kurang seminggu sekali dan bilamana kita merasai diri kita sudah mampu untuk konsisten tambahkan kuanti setiap amalan di samping menjaga kualitinya. Tidak salah untuk mulakan dengan sedikit, yang penting haruslah konsistent.
Nak solat jemaah setiap waktu?
Nak bangun qiyam setiap hari?
Nak pergi berziarah rumah sahabat?
Nak puasa setiap minggu?
Memang saya akui bukan satu perkara yang mudah untuk kita lakukan semuanya. Namun, tidak mustahil sekiranya ada usaha ke arahnya. Pada mulanya kita rasa agak sukar dan terpaksa, namun dengan keterpaksaan itu percayalah akan ada sinar yang menanti yang lama kelamaan semuanya akan menjadi kebiasaan.
Kalau rasa agak kekok, mulakan dengan membaca sehelai muka al-quran setiap hari, bangun qiyam paling kurang seminggu sekali dan bilamana kita merasai diri kita sudah mampu untuk konsisten tambahkan kuanti setiap amalan di samping menjaga kualitinya. Tidak salah untuk mulakan dengan sedikit, yang penting haruslah konsistent.
Dari hadits yang diriwayatkan oleh Muslim (1/421-422 dan 2/382) dan Al Bukhari di dalam Al Adabul Mufrad (hal 157)
Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini berpuasa?”
Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.”
Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menziarahi orang mati.”
Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.”
Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?”
Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.”
Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bertanya, “Siapa di antara kalian yang hari ini menjenguk orang sakit?”
Abu Bakar radhiyallahu ‘anh menjawab, “Saya.”
Rasulullah shallaahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Tidak berkumpul hal-hal ini di dalam diri seseorang kecuali dia akan masuk surga.”
Hadith ini jelas menunjukkan betapa para sahabat dulu sangat-sangat menjaga mutaba’ah amal mereka. Walaupun mereka sibuk memikirkan masalah-masalh peperangan dan kemesalahatan umat ketika itu, mereka masih tidak lupa untuk menjaga hubungan mereka dengan Allah. Bagaimana pula dengan kita? Sudah cukupkan kita menjaga mutaba'ah amal kita di saat kita sedang bersenang lenang dan punya banyak masa-masa terluang?
Saya ingin bawakan sebuah kisah yang berlaku ketika peperangan di Gaza pada akhir Disember 2008 yang lalu, seseorang telah bertanya pada Penasihat Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya :
Bagaimana para ibu di Palestin mendidik anak-anak mereka menjadi kader dakwah di Gaza?
Lantas, jawab penasihat itu :
Kita mempunyai program di pelbagai sekolah. Pada musim sejuk, kami menghafal kitabullah selama dua bulan dan melakukan peperiksaan.
Kita mempunyai program di pelbagai sekolah. Pada musim sejuk, kami menghafal kitabullah selama dua bulan dan melakukan peperiksaan.
Tidak diizinkan sesiapa jua menyertai program ini kecuali mereka yang mempunyai akhlak yang baik dan terpilih.
Mereka menghafal Quran dari pagi hingga ke malam hari. Mereka tidak berhubungan dengan kehidupan lain.
Dan ada juga yang tidak pulang ke rumah sampai satu minggu. Kita menyediakan makanan untuk mereka. Setelah mereka berhasil menghafal Al-Quran, kami berikan mereka penghargaan.
Jika ada 5000 orang menghafal Quran dalam dua bulan di dalam program ini, masih ada warga lain yang menghafal Al-Quran di luar sana. Jumlah 5000 itu adalah yang hafal seluruh Al Quran.
Yang lain, ada yang menghafal separuh atau dua pertiga Quran. Dan insyaAllah, jumlah penghafal Al Quran menjadi 10000 orang .
Warga Gaza sangat bersemangat mengikuti program ini. Mereka bersedihbila anak-anak mereka tidak dapat menyertainya. Kerana itu mereka mendorong anak-anak mereka untuk menghafal Quran.
Hal itu berlangsung walaupun dalam blockade, seperti tak ada suasana yang mengganggu mereka. Mereka tak terpengaruh diblockade bahkan dalam situasi perang sekalipun. Proses penghafalan Al Quran terus berlanjutan!
Misalnya, di akhir bulan lalu, sejumlah pemuda melakukan penghafalan Al Quran. Malah, semua karyawan media turut sama dalam aktiviti penghafalan. Meskipun mereka menderita, tetapi mereka tidak terpengaruh dengan keadaan di Gaza.
Siapapun yang berkunjung ke Gaza akan melihat ada suasana masyarakat yang tak ada di tempat lain.
Rahsia kemenangan dan kejayaan warga-warga Palestin. Ya, kadang-kadang kita mengaku yang kita ingin berjihad di jalanNya, ingin membawa agamanya, ingin menjadi batu-batu yang menegakkan agamanNya, tapi kita lupa untuk memperbaiki hubungan kita dengan Allah. Kita lupa untuk bertaubat padaNya setiap masa dan ketika, kita lupa untuk bangun bersujud di tengah malam bertemu denganNya. Kita sibuk memikirkan masalah orang lain sedangkan hubungan kita dengan Allah masih belum lengkap dan kita abaikan.
Hakikatnya, hubungan inilah yang seharusnya kita titik beratkan. Sekiranya hubungan dengan Allah itu terjaga, insya’Allah hubungan sesama manusia itu terjaga juga. Sebab apa? Sebab bila iman dalam hati kita sudah kukuh, setiap penilaian, keputusan, pelakuan kita berdasarkan iman dalam diri.
“Iman itu bukanlah angan-angan dan bukan pula perhiasan tetapi Iman itu adalah sesuatu yang menetap di dalam hati dan dibenarkan dengan amalan.”
Semoga kita sama-sama kita memantapkan lagi mutaba’ah amal kita. Kalau kita tak muhasabah diri kita siapa lagi yang dapat tolong diri kita? Berusaha menjaga hubungan kita dengan Allah. Usaha! J
:: MUTABAAH AMAL INI BUKAN SATU BEBANAN MALAH SATU KEPERLUAN ::
Friday, May 6, 2011
Carilah HATIMU kembali.
Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim.
Wahai diri yang sering alpa dan leka,
Sudahkah kau buka setiap pagimu dengan rasa syukur?
Tatkala Dia telah menghidupkan dikau dari kematian yang sebentar?
Sudahkah kau memohon perlindungan dari hasutan-hasutan syaitan dari Nya?
Sudahkah kau membasuh fikiran, pendengaran dan penglihatanmu dari cela dan dosa?
Sudahkah kau meminta diberi kekutan dan kesabaran dalam sujudmu dihadapanNya?
Wahai hati yang sentiasa berbolak-balik,
Tidak ada jalan lain buat diri yang lalai dan leka kecuali dengan bangun dan bermujahadah,
Hati ini boleh berkarat, dan pencucinya ialah Al-Quran,
Hati ini boleh berkarat dan pencucinya ialah berzikir,
Hati ini boleh berkarat dan pencucinya ialah mengingati Allah.
Wahai hati yang mendambakan ketenangan,
Tidak mengapa sekiranya hatimu terganggu oleh kerenah manusia dan mainan rasa,
Namun, ubatilah dengan segera mencapai kitabNya Al-Quran,
Bacalah! Kerana di situ letaknya hakikat menjana kekuatan jiwa.
Carilah hatimu kembali,
Walau terasa diri diselubingi selimut dosa dan kemelut alpa,
Jangan sekali-kali berputus asa.
Kerana Dia tidak pernah menutup pintu keampunannya,
Selagi matahari masih memancarkan cahayanya,
Pohonlah ampunan darinya,
Pohonlah ampunan darinya,
Selagi ada harapan, selagi itulah ada perjuangan.
Wahai diri,
Jangan mendaki puncak hanya untuk meninggikan tempat jatuh,
Jangan memburu fatamorgana hanya untuk ditipu olehnya,
Jangan jadi seperti anjing rakus yang memburu bangkai dunia,
Dan sesungguhnya sebaik-baik bekalan sebagai pengembara adalah bekalan takwa,
Sebaik-baik pelindung adalah perlindungan Al-Quran.
Wahai orang yang bermujahadah,
Tidak mengapa sekiranya engkau tidak sampai di penghujung jalan.
Cukup sekadar kau telah menempuh jalan yang sama,
Kerana ketenangan dan kebahagiaan itu bukan hanya terletak di hujung jalan,
Bahkan di sepanjang perjalanan itu, Jalan mujahadah itu susah tapi indah,
Carilah hatimu kembali, dan tatkala kau menemuinya peliharah ia sebaiknya.
:: Mood-mencari hati yang hilang. L Moga diberi kekuatan untuk terus bermujahadah di jalanNya ::
Muslim VS Atheist
Entri hari ini berdasarkan forum yang saya hadiri semalam. Forum di antara Islam, Kristian dan Atheist. Alhamdulillah, hidup di bumi kiwi ini banyak membuka mata untuk lebih belajar tentang pegangan dan kepercayaan orang lain. Walaupun hakikatnya, kita menyedari bahawa pegangan mereka bukanlah pegangan yang sebenar-benarnya.
Mungkin entri ini lebih kepada fahaman atheist yakni golongan yang tidak mengakui atau mempercayai kewujudan pencipta. Jika dilihat orang-orang yang tidak mempercayai kewujudan tuhan. Bagaimana kehidupan mereka? Masih dalam kekeliruan. Hidup berdasarkan fakta-fakta sains semata-mata. Akal tidak dapat menerima wujudnya pencipta di setiap apa yang ada di alam semesta ini.
Siapa yang mencipta langit dan bumi? Siapa yang mencipta bumi dan matahari? Siapa yang menciptakan manusia? Siapa yang mewujudkan gravity di atas bumi? Siapa yang mencipta siang dan malam? Siapa? Dan siapa?
Albert Einstein, tokoh relativity terkenal, memetik kata-katanya,
"I see a pattern, but my imagination cannot picture the maker of that pattern. I see a clock, but I cannot envision the clockmaker. The human mind is unable to conceive of the four dimensions, so how can it conceive of a God, before whom a thousand years and a thousand dimensions are as one?"
(The Expanded Quotable Einstein, Princeton University Press, 2000 p. 208). (dipetik daripada www.spaceandmotion.com)
Albert Einstein, tokoh Physics yang tidak asing lagi bagi kita, bagaimana beliau tidak percaya akan kewujudan tuhan di saat beliau yang banyak menemui teori-teori sains. Mengikut logik akal kita sendiri pun, setiap apa yang ada di atas muka bumi ini pasti ada pembuatnya. Teramatlah mustahil untuk setiap benda itu tercipta dengan sendirinya. Mungkin bagi mereka selagi mana mereka tidak melihat kewujudan tuhan di depan mata, selagi itu mereka tidak akan mempercayai kewujudan pencipta itu.
Berbeza dengan kita sebagai seorang muslim, sebagai seorang yang mempercayai kewujudan Allah sebagai pencipta alam semesta, setiap apa yang ada di atas muka bumi ini sudah pasti tidak akan terwujud tanpa pencipta. Dan beriman kepada Allah yakni mempercayai kewujudan Allah itu merupakan rukun iman yang paling utama yakni tunjang kepada akidah kita. Biarpun kita tidak dapat melihatNya di hadapan mata kita, namun kita masih mampu untuk merasakan ciptaanNya.
Dari kaca mata islam itu sendiri, penciptaan alam semesta ini bukanlah satu perkara yang sia-sia, sebaliknya mempunyai tujuan yakni lebih mengenali pencipta dan sebagai bukti kewujudan Allah.
“Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui.”
[Surah Yunus : 5]
“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa′at di sisi Allah tanpa izinNya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
[Surah AlBaqarah : 255]
“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.”
[Surah Yaa Siin : 40]
Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas `Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.”
[Surah Ar Ra’d : 2]
“(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.”
[Surah Ali Imran : 191]
Teori Big Bang
Golongan Athiest sangat-sangat membanggakan teori Big Bang di mana bagi mereka alam semesta ini wujud melalui teori ini dan setiap makhluk di atas muka bumi ini tercipta daripada partikel-partikel akibat Big Bang. Teori Big Bang menunjukkan semua benda alam semesta pada awalnya adalah satu wujud, dan kemudian terpisah-pisah. Kenyataan ini yang dikemukan teori Big Bang, sekali lagi telah dinyatakan dalam Al Quran empat belas abad yang lalu saat manusia memiliki kemampuan terbatas tentang alam semesta :
“Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya pada langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya”
(Surah Al Anbiyaa’ : 30)
Dari sudut Islam tidak menolak kewujudan Big Bang ini, Bahkan teori ini sudah tersurat dalam Al-Quran sejak awal dahulu yakni kita yakin dan percaya Big Bang ini tidak akan berlakunya dengan sendirinya tanpa ada pencipta di sebaliknya.
Muhasabah diri,
Kasihan tak kalau kita lihat orang-orang yang masih mencari-cari kebenaran dan pegangan? Jawapan saya, mestilah kasihan. Di saat umur mereka yang sudah lanjut, masih lagi tidak mendapat pencerahan tentang kebenaran. Namun harus kita sedar bahawa hati ini dipegang oleh Allah dan hanya Dia yang berkuasa untuk membuka hati-hati mereka menerima petunjuk dariNya.
Sesungghnya nikmat iman dan islam yang kita terima hari ini merupakan hadiah yang terbesar dan sangat-sangat berharga. Dan, seharusnya ada rasa syukur ke hadrat Allah di saat kita masih menjadi golongan-golongan terpilih untuk mengenal islam. Biarpun islam kita pada mulanya hanyalah islam yang diwarisi yakni islam berdasarkan ibu bapa kita, namun apabila kita sudah mula faham harus ada kesedaran pada diri untuk lebih menghargai agama ini. Iman itu sesungguhnya tidak dapat diwarisi namun harus dicari sendiri.
Kita sudah diberi peluang untuk mengenal Allah, pencipta kita, pencipta seluruh alam berbanding mereka di luar sana yang masih terkapai kapai tenggelam dalam kekeliruan dan hidup bergantung pada fakta-fakta sains. Moga ditetapkan hati untuk terus berada di jalan ini dan moga kita sama-sama menunjukkan qudwah hasanah untuk menyeru mereka ke dalam islam. Insya'Allah~
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!!!
Sunday, May 1, 2011
(Al Ahzab, 33:35)
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak,
Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.
( Al Ahzab, 33:35 )
Friday, April 29, 2011
Baitul Muslim.. :)
Alhamdulillah, malam ni rasa terpanggil untuk buka blog saifulislam dan tiba-tiba tertarik dengan entri Forum Baitul Muslim. Memang seronok kalau bincang bab-bab kahwin ni. Lagi-lagi kalau masuk perihal cinta. Betul tak? ;)
Baru-baru ni pun saya banyak mendengar berita orang yang hendak berkahwin. Sahabat-sahabat yang umurnya labih kurang saya, sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Waah! Excited bagi pihak mereka termasuklah perkahwinan Prince William ( The Royal Wedding ) Hehe. ;p Walaupun hakikatnya diri ini masih muda dan semestinya belum bersedia untuk membina sebuah keluarga. ^_^
Tapi perihal baitul muslim bukanlah kisah cinta sebuah perkahwinan yang biasa. Bukan hanya berkenaan hubungan antara dua insan lelaki dan perempuan yang disatukan. Tapi baitul muslim yang sebenar harusnya lebih dari sekadar hubungan antara dua insan. Sebelum membina baitul muslim, setiap individu itu harus menjadi individu muslim. Dan menjadi individu muslim itu bukan setakat pandai baca quran, solat tak pernah tinggal. Tidak dan sekali-kali tidak. Seorang individu harus berusaha memenuhi muwasafat-muwasafat tarbiyah sebelum bergelar individu muslim. Perihal individu muslim ini sangat perlu dititik beratkan kerana tanpa individu muslim, batitul muslim itu tidak akan berlangsung.
Peranan seorang wanita apabila bergelar isteri adalah menjadi pendokong pada gerakan dakwah si suami. Ini yang dipanggil ‘baitul dakwah’. Di saat si suami futur atau lemah, dia bisa penjadi pembakar semangat buat suaminya. Dan kalau kedua-duannya tidak punya himmah yang tinggi, jika kedua-duanya tidak berusaha menjadi individu muslim yang cemerlang, jika kedua-duanya masih tidak jelas dengan fikrah islamiyah, dan jika masing-masing mengharapakan pasangannya untuk diri berubah, bagaimana hendak membina sebuah keluarga muslim? Bagaimana ingin membina sebuah keluarga yang boleh menjadi contoh buat masyarakat. Titik kawalan itu sesungguhnya berada dalam diri kita.
Usaha tertinggi! Lebih menjadi dari mencari. Ya, kalau ingin mendapat pasangan yang sempurna agamanya, harus menyempurnakan agama diri sendiri dahulu. Jika ingin mendapat pasangan yang menjaga dirinya, harus menjaga diri sendiri dahulu, jika ingin mendapat pasangan yang boleh membimbing keluarga ke arah keredhaanNya, harus bimbing diri sendiri dahulu ke arah redhaNya.
Ask yourself? Dah bersediakah kita membina keluarga muslim, kalau ikhtilat masih tidak di jaga, kalau diri masih belum terurus, kalau suruhanNya masih belum kita penuhi, kalau diri masih lalai dengan hal-hal duniawi?
Jangan biar diri terus menerus memanjangkan angan-angan, membina keluarga muslim tanpa punya usaha ke arahnya. Ingat, kita harus lebih MENJADI dari MENCARI dan sebaik-baik perancangan itu ialah perancangan Allah. ' Kita merancang dengan cita, tapi Allah menentukan dengan CINTANYA '. Sama-sama berusaha memperbaiki diri ke arah redhaNya. Insya’allah~ J
Untuk 'full version of the forum'. Credit to http://saifulislam.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)













