Wednesday, February 9, 2011

J.A.U.H

Alhamdulillah, hari ini rasa terpanggil untuk update blog. Mungkin disebabkan final exam yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Saya semakin hari jadi semakin sibuk.

Bila semakin sibuk diri boleh jadi semakin lupa. Bila diri semakin lupa rohaniah jadi kosong dan tak terisi. Bila rohaniah tak terisi iman saya lemah. Ya, iman saya sedang lemah sekarang. Sedang berusaha untuk meningkatkan himmah dalam diri supaya kembali bersemangat, iman ini kembali teguh dan kaki ini terus kuat melangkah.

Mungkin hati ini tidak merasa ikhlas ketika beramal dan bercampur dengan rasa-rasa yang lain hingga merosakkan amalan tersebut,

Mungkin diri ini tidak menghadirkan Dia di sisi di setiap saat, ketika dan setiap hela nafas yang diberi,

Mungkin diri ini terlampau bersegera dalam amalan fardhi hingga tak mampu untuk menghayatinya,

Mungkin diri ini terlampau mengejar kuantiti amal fardhi yang tanpa berusaha meningkatkan kualitinya,

Mungkin diri ini masih lupa akan nikmat-nikmat yang dikurniakanNya,

Sesungguhnya terasa seperti sudah lama air mata ini tidak menitis tatkala membaca ayat-ayat cintaNya,

Terasa seperti sudah lama tubuh ini tidak bergetar tatkala mendengar azab nerakaNya,

Seperti sudah lama bulu roma ini tidak menegak tatkala mendengar namaNya.

Ya Allah, teguhkan iman dalam diri ini, Tuntun aku ya Rabb...



Monday, February 7, 2011

bicara SEORANG HAMBA.

SEORANG HAMBA ITU senantiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.

SEORANG HAMBA ITU senantiasa sedar dirinya sentiasa layak untuk diuji

SEORANG HAMBA ITU senantiasa sedar lahirnya semata-mata hanya untukNya.

Kerna kita hanyalah SEORANG HAMBA,

Yang tak pernah memiliki apa-apa,

Justeru hancurkan RASA MEMILIKI!

Ayuh bernafas dalam jiwa SEORANG HAMBA.


Source : Bercinta Sampai ke Syurga-Ustaz Hasrizal

Sunday, February 6, 2011

Fitnah FACEBOOK!!


Facebook Fitnah & Bala Akhir Zaman - Dr Abdul Basit Abdul Rahman

Ketika Facebook telah marak ditengah masyarakat, dimana media ini banyak sekali digunakan untuk hal-hal yang sia-sia, termasuk dalam post
status, jarang sekali ada status yang benar-benar penting seperti hal ilmu dan ibadah, tetapi yang lebih banyak dijumpai adalah post status yang sia-sia dan tiada gunanya, contohnya; gosip, sekadar bergurau, dsb, sungguh sangat memprihatinkan dikalangan para pemuda hampir setiap harinya menghabiskan waktunya hanya untuk bersenda gurau dan bermain-main di media ini.

Banyak dijumpai status yang menimbulkan datangnya komen-komen nakal. Adakah kita tergolong dlm meneruskan perjuangan Rasulullah SAW ini, jika hanya duduk manis didepan media syaitan yang seakan-akan menipu mereka dengan berbagai kecanggihannya yang ada.

Seperti inikah para generasi muda yang inginkan syurga….??

Sungguh waktu luang mereka telah banyak terbuang
sia-sia, waktu dimana seharusnya mereka boleh gunakan untuk berdakwah, memberikan inspirasi, dan menghasilkan berbagai karya untuk merubah peradaban dunia, tetapi apa yg kita lihat hanya untuk sesuatu perbuatan yang tiada nilainya…

Kemanakah jati diri mereka sebagai seorang
muslim sejati pejuang dan penegak Syariat Allah…??

Rasulullah SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang kebanyakan orang terlupa darinya yaitu kesihatan dan waktu lapang”. (HR. Al Bukhori)

Ini adalah peringatan Rasulullah bagi siapa saja yang suka mensia-siakan waktu, kita nak jawab apa nanti jika maut telah datang menjemput, tapi kita dalam keadaan sedang melalaikan perintah Allah SWT,sibuk komen benda sia2,chating... Bagaimana wajah kita nanti diakhirat…..??
Sesungguhnya telah ada keterangan nyata bagi anda….

Allah SWT berfirman;
“Dan orang-orang yang membangkang kepada Tuhannya, memperoleh azab jahannam. Dan itulah seburuk-buruk
tempat kembali.”
(QS. Al Mulk:6)

“Apabila mereka dilemparkan kedalamnya mereka mendengar suara neraka yang mengerikan, sedang neraka
itu membara.”
(QS. Al Mulk:7)


“Hampir-hampir neraka itu terpecah-pecah lantaran marah, setiap kali dilemparkan kedalamnya sekumpulan(orang-orang yang membangkang), penjaga-penjaga(neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kalian (didunia) seorang pemberi peringatan…??”
(QS. Al Mulk:8)

“Mereka menjawab: “benar ada, sesungguhnya telah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, tetapi kami mendustakan(nya), dan kami katakan: “Allah tidak menurunkan sesuatu pun, kamu tidak lain hanyalah didalam kesesatan yang besar.”
(QS. Al Mulk: 9)

“Dan mereka(orang-orang yang membangkang) berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan(peringatan itu) niscaya kami tidaklah termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala.”
(QS. Al Mulk: 10)

“Mereka mengakui dosa mereka, maka kebinasaanlah bagi penghuni neraka yang menyala-nyala.”
(QS. Al Mulk: 11)

Semoga ini bisa menjadi peringatan kepada diri sendiri dan semua..Tegakkanlah Islam dalam diri nescaya islam akan tertegak di daerah kita.


SOURCE : from FB. jzzk untuk penulisnya. Semoga bermanfaat buat kita. i'Allah. :)

Saturday, February 5, 2011

Duhai Hati

Duhai hati,

Jangan pernah kau kering,

Jangan pernah kau tandus,

Jangan pernah kau gersang.

Kerna aku tak kan pernah mahu kembali ke masa silamku.


Duhai hati,

Jangan pernah ke kiri dan ke kanan,

Jangan pernah ke depan dan kebelakang,

Jangan pernah berganjak walau sedikit,

Tetaplah engkau di jalan ini,

Walau pahit yang kau hadapi,

Tetaplah engkau demi syurgaNya.


Duhai hati,

Tetaplah sujud padaNya

Ingatlah engkau segala nikmat-nikmatNya,

Syukurlah engkau segala pemberianNya,

Redhalah engkau atas segala kehendakNya,

Jadilah sebaik-baik hati duhai hati.


Ya rabb!

Kurniakan daku sekeping hati,

Yang senantiasa mengingatiMu,

Yang ikhlas berdiri di jalanMu,

Yang sanggup berjuang demi agamaMu.


Kuatkan aku Ya Allah...

Kuatkan aku..

Kuatkan aku.. Duhai hati.....

Thursday, February 3, 2011

Musab Ibn Umair (RA)

*Sebelum baca kisahnya jum tengok video nie dulu. Sangat menyentuh perasaan. Moga bermanfaat buat kita. I'A*

Sepanjang menulis blog ini tak pernah lagi saya kongsikan kisah-kisah para sahabat. Dan hari terpanggil untuk pick satu kisah di zaman RasulAllah. Kalau kita selami kisah-kisah para sahabat kadang-kadang kita akan rasa bersemangat kan? Perjuangan mereka dalam menegakkan islam itu sendiri. Kehebatan mereka di zaman jahiliah dan selepas mereka kenal islam. Kalau nak dibandingkan dengan kita memang tak kan terbanding kot. Walaupun sudah bergelar islam sejak dilahirkan tapi hakikat islam itu ialah ‘ I ’ bukan ‘ i ‘. J Islam hanya pada nama, pada IC bukan islam yang sebenar-benar islam.

Kisah hari ini ialah tentang MUS’AB BIN UMAIR. Mungkin ada yang kenal dan mungkin juga ada yang tak kenal. Kalau dalam usrah rasenya kakak usrah saya banyak kali jugak menceritakan kisah Mus’ab ini. Tapi bile next usrah nak suruh revise balik terus lupa. Hehe. ‘Apa eh? Apa eh? Macam kenal nama tu.’ Haha. Mintak maaf kakak usrah terpaksa melayan kerenah kami ni. Insya’Allah, lepas share dalam blog ni saya akan cuba sedaya upaya untuk ingat. Sebab kisahnya sangat menarik dan moga dapat menjadi pedoman buat kita bersama. J

Mus’ab Bin Umair adalah sahabat Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam yang sangat berjasa dan menjadi teladan kepada umat Islam sepanjang zaman. Sebelum memeluk Islam, dia berperawakan lemah lembut, suka berpakaian kemas, mahal dan indah. Malah dia selalu bersaing dengan kawan-kawannya untuk berpakaian sedemikian. Keadaan dirinya yang mewah dan rupanya yang kacak menyebabkan Mus’ab menjadi kegilaan gadis di Makkah. Mereka sentiasa berangan-angan untuk menjadi isterinya.

Mus’ab sebenarnya adalah anak yang paling disayangi ibunya berbanding adik adiknya yang lain. Apa sahaja permintaannya tidak pernah ditolak. Oleh itu tidaklah mengherankan apabila ibunya begitu marah selepas mendapat tahu Mus’ab telah menganut Islam. Ibunya telah mengurung dan menyiksa Mus’ab selama beberapa hari dengan harapan dia akan meninggalkan Islam. Tindakan ibunya tidak sedikit pun menimbulkan rasa takut pada Mus’ab, sebaliknya dia tidak jemu-jemu membujuk ibunya memeluk Islam kerana sayang pada ibunya. Mus’ab membuat pelbagai usaha tetapi semua tindakannya hanya menambahkan lagi kemarahan dan kebencian ibunya.

Pada suatu hari Mus’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesu. Dia pun menanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala bahwa dia tidak akan makan dan minum sehingga Mus’ab meninggalkan Islamnya. Mendengar jawaban ibunya, Mus’ab berkata kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Mendengar jawaban Mus’ab yang begitu tegas dan berani, ibunya pun mengusir Mus’ab dari rumah, maka Tinggallah Mus’ab bersama-sama Rasulullah dan sahabat-sahabat yang sangat daif ketika itu. Untuk meneruskan kehidupannya, Mus’ab berusaha sendiri bekerja mencari nafkah dengan menjual kayu api. Apabila sampai berita ini kepada ibunya, dia merasa amat marah dan malu kerana kebangsawanannya telah dicemari oleh sikap Mus’ab. Adik-beradik Mus’ab juga sering menemui dan memujuknya supaya kembali menyembah berhala. Tetapi Mus’ab tetap mempertahankan keimanannya.

Sewaktu ancaman dan seksaan kaum Quraisy ke atas kaum Muslim menjadi-jadi, Rasulullah telah mengarahkan supaya sebahagian sahabat berhijrah ke Habysah. Mus’ab turut bersama-sama rombongan tersebut. Sekembalinya dari Habsyah, keadaan beliau semakin berubah. Kurus kering dan berpakaian compang-camping lantaran penyiksaan Quraisy ke atasnya. Keadaan itu menimbulkan rasa sedih di dalam hati Rasulullah. Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:, “Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah ditengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Apabila ibu Mus’ab mendapat tahu mengenai kepulangannya, dia memujuk anaknya supaya kembali kepada berhala. Dia mengutuskan adik Mus’ab yang bernama Al-Rum untuk memujuknya. Namun Mus’ab tetap dengan pendiriannya. Bagaimanapun tanpa pengetahuan ibunya, Al-Rum juga sudah memeluk Islam tetapi dia merahsiakannya. Mus’ab, adalah orang pertama diutus oleh Nabi ke Madinah untuk berdakwah. Hasil dakwahnya, pada tahun tersebut 12 orang Madinah Masuk Islam dan bertemu dengan Nabi di Musim Haji untuk mengikat janji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 1). Pada tahun berikutnya 70 lagi orang Madinah masuk Islam dan datang ke Mekah di musim Haji untuk berjanji setia dengan Nabi (Perjanjian A’qabah 2). Kejayaan cemerlangnya inilah, pembuka jalan kepada Nabi dan para sahabat untuk berhijrah ke Madinah.

Sewaktu terjadi peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda. Keadaannya digambarkan dengan kata-kata yang sangat masyhur:

"Apabila ditarik kainnya ke atas, bahagian kakinya terbuka. Apabila ditarik kainnya ke bawah, kepalanya terbuka. Akhirnya, kain itu digunakan untuk menutup bahagian kepalanya dan kakinya ditutup dengan daun-daun kayu."

Demikian kisah kekuatan peribadi seorang hamba Allah dalam mempertahankankebenaran dan kesucian Islam. Beliau jugalah merupakan pemuda dakwah yangpertama mengetuk setiap pintu rumah di Madinah sebelum berlakunya hijrah.

Kisahnya mempamerkan usaha dan pengorbanannya yang tinggi untuk menegakkan kebenaran. Semua itu adalah hasil proses tarbiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah.

Mus’ab telah menjadi saksi kepada kita akan ketegasan mempertahankan aqidah yang tidak berbelah bagi terhadap Islam sekalipun teruji antara kasih sayang kepada ibunya dengan keimanan. Mus’ab lebih mengutamakan kehidupan Islam yang serba sederhana berbanding darjat dan kehidupan serba mewah. Dia telah menghabiskan umurnya untuk Islam, meninggalkan kehebatan dunia, berhijrah zahir dan batin untuk mengambil kehebatan ukhrawi yang sejati sebagai bekalan akhirat.

Sungguh jika diselami kisah Musa’ab b Umair ini banyak yang boleh kita pelajari. Kesangguppanya beliau meninggalkan harta benda, pangkat, darjat juga keluarganya semata-mata untuk menegakkan islam. Mari kita sama-sama mengambil ibrah di sebalik kisahnya. Insya’Allah~


Kisah ini saya ambil dari sini. ;)

~Wahai Diri~


Wahai diri,

Lahirmu kerna satu tujuan,

Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan,

Kemanisan dunia tidakkan berkekalan,

Jangan sampai kau tersesat di hujung jalan.


Wahai diri,

Hari-harimu berlalu tanpa kau sedar,

Bulan dan tahun silih berganti,

Kehidupan semakin menjauhi,

Kematian pula datang mendekati.


Wahai diri,

Alam dan makhluk sukar mengasihimu,

Masa turut terus meninggalkanmu,

Manusia tidak akan selamanya bersamamu,

Yang pasti hanya Allah bisa menemanimu.


Wahai diri,

Mengapa wujud takbur dan berbangga

Sedang kau hanya satu lagi ciptaan Nya,

Yang tiada upaya, lemah tak berdaya,


Wahai diri,

Mengapa masih kau ingkar,

Berani suruhan dan laranganNya kau langhgar,

Kau nahi yang mungkar, kau amar yang makruf,

Sungguh berani kuasaNya kau cabar,

Mujur Tuhanmu Maha Bersabar.


Wahai diri,

Mengapa biar dirimu terleka,

Yakinlah kau akan satu perkara,

Setiap amal pasti akan dibalasNya.

Maka kembalilah ke jalan yang sepatutnya.


Wahai diri,

Buanglah ego dan sombongmu,

Mintalah keampunan dari tuhan Mu

Andai selamat yang kau mahu.

Di hari yang dahsyat dan tak menentu.


Wahai tuhan,

Terimalah ampunanku ini~