Tuesday, September 11, 2012

Kerana TARBIYAH Ini Sifatnya MENGUBAH.


Apa bezanya tarbiyah kita ini dengan ceramah?
Kenapa perlu susah-susah berusrah? Tak cukup ke pergi mesjid, dengar ceramah?
Tak pun dengar je halaqah dan usrah di TV9, tak boleh ke?
Kenapa kena pergi program, dauroh, mukhayyam, jaulah, rehlah, mabit segala?
Kenapa???
Kenapa bersusah-susah?


(senyum) :)

Lihat surah al-balad ayat 4.
Allah menciptakan manusia, hakikatnya dalam sentiasa dalam keadaan susah payah.
Kalau dia tidak bersusah untuk perkara kebaikan, maka dia tetap akan bersusah tetapi untuk keburukan..perkara-perkara yang bathil.

Maka, oh..biar saja aku bersusah-susah untuk perkara baik ini kan?
Moga-moga pahala dan kebaikannya juga untuk kamu yang sentiasa di hati ini.
Terima kasih kerana memahami
Dan sentiasa mendukungku
Ku mengharap restumu dan doa agar aku terus bersusah-susah begini.

Kerana aku kerap kali memikirkan
Karya apakah yang layaknya dipersembahkan buat Tuhan
Dan aku mengharapkan andai tamat tempohku berada di bumi
Aku bisa pulang menghadap Ilahi
Dengan senyuman di wajahmu
Kerana anakmu ialah seorang pejuang.

Lalu andainya masih ada yang bertanya,
Apa istimewanya tarbiyah yang didukung ini?
Mahu saja aku berkata begini
Kerana tarbiyah ini
Sifatnya mengubah!

Aku yang dahulu begitu dan begitu
Kini begini dan begini
Ah, bagaimana itu?
Aku begini kerana tarbiyah ini
Hadiah indah titipan Ilahi
Agar aku bisa bertemu dengan-Nya kelak
Dalam keadaan suci dan terpuji.

Kerana tarbiyah ini sifatnya mengubah
Maka aku di sini pada hari ini
Bukan lagi seperti aku di sana pada hari semalam
Dan betapa indahnya perubahan ini
Kerana didorong atas rasa cinta
Mahu mempersembahkan diri terbaik buat Pencipta


Bukan atas paksaan
Bukan ikut-ikutan
Bukan perasan-perasan.

Tentunya,
Aku harus bersyukur atas nikmat tak terhingga ini
Dan syukur ini dikembalikan dengan susah-payah buat umat
Walau tidak terbalas kurniaan Ilahi yang Maha Hebat
Tapi cukup menjadi tanda mensyukuri atas segala nikmat.


Oh Tuhan.
Biar aku terus tsabat
Berada dalam nikmat ini
Dan menunjukkan kesyukuranku
Dengan terus bersusah-susah untuk umat.


Umat yang tenat,
Nah, aku bawakan tarbiyah sebagai ubat...
Kerana tarbiyah, sifatnya mengubah!
Moga ia bisa mengubah
Segala sakit menjadi nikmat
Segala derita menjadi cinta
Segala sengsara menjadi bahagia.


Ayuh,
Ambil ubat ini wahai umat...
Dan kita bakal bahagia kelak..
Pasti, dengan izin Allah! 






-Kakak yang sentiasa menyayangimu-




Mood : merindui murabbi.. :(