Thursday, June 30, 2011

Berangkatlah kamu.

Salam mahabah buat pembaca.

Blog ini mungkin tidak akan di update selama 2 minggu.
Insya’Allah, akan berlepas ke Sydney, Aussie pada jam 5.55 p.m waktu nz dan kembali semula ke Auckland pada 14 Julai. J

Doakan kesejahteraan kami... ^_^

Keberangkatan ini bukan untuk bersuka ria, bukan untuk membuang masa, bukan juga untuk bersiar-siar tanpa hala dan tujunya.

Tapi keberangkatan ini kerana ingin mendapatkan redhaNya, kerana ingin membantu agamaNya, kerana sedar tanggungjawab diri sebagai pembawa agamaNya. We are the soldier of Allah.

Moga Allah redha dengan keberangkatan kami, moga niat ini dibersihkan sebersih-bersihnya.
Tajdid niat semula. Segala-galanya harus kerana Dia semata-mata. 

Moga Allah memberkati perjalanan kami, mempermudahkan urusan kami.  
Ameen. Ameen. Amen.


Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan ataupun merasa berat, dan dan berjihadlah dengan harta dan jiwa pada jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” 
(At Taubah, 9:41)


Hamasah.


Dalam dunia dakwah dan tarbiyah, one thing yang menyebabkan kita ‘keep on going’ untuk terus menerus bekerja ialah HAMASAH YANG MANTAP.

Hamasah adalah satu semangat yang boleh menuntun kita untuk terus tegar berdiri dan terus berlari di jalan ini. Hamasah yang tinggi boleh memastikan kita untuk terus teguh dan tetap pendirian untuk tidak berganjak walau sedikit dari pegangan kita dan terus menerus bersemangat memperjuangkan agamaNya. 

Hamasah itu sesungguhnya harus dilandasi dengan iman yang mendalam juga dihadirkan dengan kefahaman yang jelas dan nyata. Kefahaman tentang matlamat kita sebagai hambaNya yakni sebagai abid dan khalifah. Sekiranya matlamat itu tidak jelas, sungguh hamasah itu langsung tidak akan memberi apa-apa manfaat sebaliknya menyebabkan kita mudah futur yang akhirnya tersungkur di perjalanan. 


Sebab apa? Sebab bila matlamat itu jelas ia akan memandu setiap pergerakan kita dalam bekerja. Bekerja untuk mendapat redhaNya, untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang mukmin. Bukan bekerja untuk mendapatkan populariti, bukan untuk dikenali, bukan juga untuk dipuji-puji.

Islam itu bergerak.

Tak guna kalau kita semangat-semangat menyatakan islam itu akan menang, kitalah pejuang agama Allah, kitalah mujahid muda tapi tidak berusaha untuk melakukan sesuatu. Masih duduk berada di takuk lama melihat masyarakat sekeliling. Menanggung kesedihan memikirkan masalah umat, keadaan sekeliling kita. Hanya dengan melihat? Huh...


Adakah kita mengharapkan mereka untuk faham perasaan kita? Adakah kita menyangka dengan hanya berfikir dan bersedih mereka akan terus berubah? 
Bangun! Bangun! Bangun! Ini dunia realiti, islam itu takkan sampai kalau kita tak menggerakkannya.

Orang yang hidup untuk dirinya sendiri akan hidup seperti orang yang kerdil dan mati sebagai seorang yang kerdil. Tetapi orang yang hidup bagi orang lain akan hidup sebagi orang yang 'besar' dan mati sebagai orang yang besar juga
:: Syed Qutb ::

Perjuangan mereka.

Menyingkap kembali sejarah perjuangan para rasul, adakah mereka hanya duduk berdiam di rumah-rumah mereka sambil menadah tangan berdoa supaya Allah memberi petunjuk dan hidayah buat kaum-kaum mereka? Tidak dan sekali kali tidak! Mereka berusaha untuk mendekati kaum-kaum mereka, menyeru dan menyampaikan islam kepada kaum-kaum mereka.

Lihat perjuangan dakwah Nabi Nuh. Berdakwah tanpa henti selama 950 tahun, walaupun kaumnya tetap menolak. Bukan setakat kaum, malah ahli keluarganya juga. Namun, semnagat jihad dan dakwah itu tidak pernah luntur. Kerana apa? Kerana mereka punya hamasah yang tinggi, punya matlamat yang sangat jelas. Mengajak orang untuk mengenal islam, mengenal siapa pencipta hanya untuk mendapatkan redhaNya, hanya untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemberi peringatan.

"Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong takbur dengan melampau.”
( Surah Nuh,71:6-7)

TAPI KITA? Baru orang menyindir sedikit dah rasa give up. Dah rasa lemah. Takut nak berubah sebab takutkan dengan kata-kata orang. Apakah? Macam mana kita nak sampaikan islam pada orang lain, nak mereka merasai kemanisan iman, kalau diri sendri yang tak merasainya dahulu. Pahitnya mujahadah untuk berubah itulah yang akan memberikan kemanisan iman buat kita. Semakin tinggi mujahadah kita, semakin banyak ujian yang kita lalui, semakin dekat kita dengan pencipta, semakin manis keimanan yang kita rasa.

Perkongsian hamasah dari insan yang kerdil.

Hamasah saya yang membuatkan diri ini bersemangat untuk bergerak dan bersedia untuk berubah ialah dengan kehadirannya sahabat-sahabat akhwat seperjuangan. Melihat orang lain membuat kerja untuk islam menyebabkan diri sendri rasa tertampar.

Apa sumbangan kau untuk deen ini? Takkan hanya ingin menjadi pemerhati tanpa berusaha menyumbang walau sedikit? Benar, islam itu memang akan menang. Tapi siapa yang akan menjadi batu-batu yang membangunkanya?

Anugerah Allah yang sangat besar, menganugerahkan mereka di sisi. Alhamdulillah, rasa syukur yang tak terhingga di saat Allah mempertemukan diri dengan mereka.

Buat semua yang sedang bekerja dan berjuang di jalan ini, kita tidak pernah keseorangan, kita ada mereka, kita punya ramai orang yang sedang bekerja di saat ini, dan yang paling utama kita ada Allah, sumber segala kekuatan di saat langkah mula melayu.

Kata-kata ini sungguh bukan di tujukan untuk saya tapi untuk semua yang sedang bekerja di jalan ini. Moga perkongsian kata-kata semangat ini dapat menjadi hamasah buat kita bersama untuk terus melangkah dan untuk terus bermujahadah! Insya’Allah. ^_^

Buat sahabat seperjuangan,
Jalan ini mungkin tidak mudah, tapi itu semua hanya keperitan yang sementara. Kerana syurga Allah yang kekal itu yang kita kejar. Moga kita dipertemukan denganNya bersama.

Allah takdirkan kita untuk berada di jalan ini. Allah tahu kita mampu dan Dia nak hadiahkan sesuatu yang paling best di sana nanti. Bersabarlah, kerana janji Allah itu pasti.

Teruskan perjuanganmu. Andai ada badai yang menimpamu, ingatlah Allah sentiasa bersama kita. Uhibbuki fillah.

Moga setiap langkah yang di ambil menjadi mujahadah untuk terus di jalan ini. Ikhlaskan hati dalam berjuang. Sayangilah perjuangan ini, supaya nanti ia dapat menjadi alasan untuk berhujah di hadapan Allah.

Semoga terus semangat, terus kuat. Jangan pernah give up sebab Allah kan ada. J

Kuatkan hubungan dengan Allah bila terasa lemah ye dik!

Kita bekerja kerana siapa? May Allah bless us. Jangan pernah jemu mencari cintaNya.

Yakinlah, bahawa jika apa yang kita lakukan untuk menolong agama Allah, nescaya Allah akan bantu kita. Jangan pernah putus asa dengan ujian-ujianNya, itu tanda Allah sayangkan awak. Kejarlah akhirat, nescaya dunia akan mengejarmu. You can do it dear!

Nothing is easy but no worries, Allah is always with you. Fighting!

Jomm weyh! Kita besama! JATUH? Xpe.. MENANGIS? Biasalah tu. Yang penting, BANGUN!!! ^^

Doaku buatmu, mawar deen berona merah muda penyejuk mata, moga Allah memudahkan jalanmu, menetapkan hatimu, menerbitkan rasa indah tawakkal dalam hatimu.

Awak kena kuat. Awak kena terus melangkah ke hadapan! Tak kira apa pandangan orang sekeliling awak kena kuat jugak dan terus kehadapan. Harus yakin dan percaya dengan janji-janji Allah. Memang jalan ini tak pernah mudah, tapi kerana syurga itu mahal dan tinggi nilaiannya, jangan pernah ragu. Minta Allah pandu hati awak setiap detik ke jalan yang di redhaiNya. Yakin dengan janji-janjiNya.

Jazakumullah khair buat semua akhwat yang mengenali dan dikenali. Moga ukhwah antara kita akan berkekalan. Moga kita sama-sama saling menguatkan, saling mengingatkan. Uhibbukum fillah. InsyaAllah..


“ Wahai tuhan kami, titipkanlah hamasah yang teguh dalam diri kami, kuatkan kami di saat langkah kami semakin lemah. Tetapkan iman kami untuk terus berada di jalanMu, teguhkan hati-hati kami untuk terus membantu agamaMu Ya Rabb.”


Saturday, June 25, 2011

Hadirkan Allah di waktu senangmu.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah yang masih menghidupkan lagi kita di atas muka bumiNya, yang masih memberi nikmat buat kita walau kadangkala kita tergelincir dari landasanNya. 
Astagfirullah hal ‘azim. Astagfirullah hal ‘azim. Astagfirullah hal ‘azim. 

Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan sedikit bebanan setelah berakhirnya exam saya semalam. Maka berakhirlah segala kepeningan dan kesengsaraan yang menghimpit jiwa.
Pheewwwww~ J

Moga Allah mengampunkan segala niat-niat yang tidak diluruskan sepanjang belajar. Sebab, bila mana kita terlampau sibuk dengan dunia tidak mustahil untuk kita lupa setting niat kita semula. Untuk siapa kita belajar? Diri sendiri? Orang lain? Atau kerana agama?

Ayuh perbetulkan niat kita semula. Harus lurus selurus lurusnya kerana Dia semata-mata.

Aktiviti selepas exam?

Pernah  terlintas di fikiran tentang aktiviti yang sesuai dilakukan selepas berakhirnya exam.

Tidur sepanjang masa sebagai alasan menggantikan tidur yang tidak cukup?

Menonton movie dan menghabiskan siri-siri Korean drama sebagai alasan untuk menghilangkan rasa bosan bercuti?

Main game sebagai alasan melepaskan tekanan selepas menghadap buku tanpa berhenti?

Online sepanjang hari?

Atau? Apa sahaja yang terlintas.

Menghabiskan masa begitu sahaja seolah-olah Allah itu tidak wujud sebagai pemerhati.
Seolah-olah malaikat itu tidak wujud di sisi sebagai pencatat setiap amalan.
Dari Abu Hurairah radhiyallâhu'anhu, dia berkata: 
“Rasûlullâh Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda, Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya".”

(Hadits hasan.Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan selainnya seperti itu).


Muhasabah diri.

Adakah kita lupa di saat diri berada dalam kesusahan tika diuji dengan susahnya belajar kepada siapa kita mengadu?
Adakah kita lupa kepada siapa kita minta untuk dipermudahkaan urusan sebelum menjawab peperiksaan?
Adakah kita lupa kepada siapa kita menangis memohon supaya diberi kefahaman dalam pembelajaran?
Adakah kita lupa kepada siapa kita memohon hajat supaya diberi keputusan yang cemerlang?

Allah itu wujud semasa exam sahajakah? 
Atau kita sendiri yang menghadirkan Dia di waktu susah sahaja?

“Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.”
(Al-Baqarah, 2: 152).

Ujian kesenangan ini sungguh lebih sukar daripada ujian kesusahan itu sendiri. Sebab apa? Sebab bila mana diri itu diuji dengan kesenangan, kita mudah untuk lalai dan leka. Mudah untuk bertindak mengikut hawa nafsu sendri. Mudah untuk tergelincir dari jalanNya. Mudah sahaja untuk melanggar segala laranganNya. Kerana menghadirkan Allah di waktu kesenangan itu ujian yang tersangat berat berbanding mengingatinya di waktu kesusahan. Namun, diri harus segera bangun dan sedar. Jangan biarkannya terus hanyut dengan kelalaian yang di akhirnya akan memakan diri sendiri.
“ Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain) ”
(Surah As Syarh, 94:7)

Apabila kita mengaku diri itu seorang da’ie tiada kerehatan yang boleh diperoleh melainkan di syurga.  Harus bangun! Dan bangun! Dan terus bagun! 

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
( Al-Mudathir,74 :1-2)


Moga waktu-waktu kita diisi dengan perkara yang mendekatkan diri kita denganNya. Peringatan untuk diri sendiri yang seringkali lalai dan lupa dari mengingatiNya. Moga Allah sama-sama beri kita kekuatan untuk terus istiqamah di jalanNya.
Salam freedom selepas exam! ^^

Monday, June 20, 2011

Pergantungan dengan Allah.

Dengan nama Allah Ar Rahman Ar Rahim.

Nampaknya laman sesawang ini sudah menjadi rumah usang yang semakin sunyi sepi. Mungkin disebabkan exam week yang menjadikan diri sendiri tidak punya masa yang cukup untuk mencoretkan sebarang perkongsian. Dan hari ini Alhamdulillah, Allah meminjamkan satu kekuatan untuk berkongsi segala yang tersirat dihati juga yang terdetik di fikiran mengenai pergantungan dengan Allah.

Tawakkal kepada Allah.



Tawakkal itu ialah mempercayakan diri kepada Allah dalam melaksanakan sesuatu rancangan yakni bersandarkan pada kekuatanNya serta berserah segala-galanya kepadaNya. Tawakkal itu harus beserta dengan keazaman dan ikhtiar yang merupakan sunatallah sebagai hambaNya. Dan segala natijah dan keputusannya harus kembali kepada Allah.

“Apabila engkau telah mempunyai ketetapan hati (azam) maka bertawakkallah kepada Allah.” (Ali-Imran: 159)

Namun, hati kecil kita kadangkala tidak dapat menerima hakikat apabila di uji. Di saat diri tidak mendapat apa yang di harapkan mula timbul rasa sedih yang teramat seolah-olah mnyalahkan takdir yang telah ditetapkan, seolah-olah berfikir bahawa tuhannya bertindak menzaliminya. Inikah yang dipanggil tawakkal?

Redhakan hatimu.

Sebelum bergantung kepada Allah harus belajar memujuk hati untuk sentiasa redha dengan apa yang akan terjadi. Belajar memujuk diri bahawa setiap yang berlaku pasti mempunyai hikmah disebaliknya. Sebab apa? Sebab ujian itu merupakan tarbiyah Allah buat hamba-hambaNya. Kalau bukan kerana ujian yang menimpa, kita takkan belajar erti hidup yang sebenar.

Husnuzon dengan Allah yakni bersangka baik denganNya. Sentiasa yakin dan percaya setiap takdir yang tersurat bukan bererti diri itu malang malah lebih bermakna di saat dapat membawa diri dekat kepadaNya. Dan selepas adanya redha barulah tawakkal atau pergantungan kepada Allah itu teguh.

Hanya kepada Dia tempat bergantung kerana setiap usaha yang kita lakukan tidak akan menjanjikan apa-apa natijah tanpa izin Allah.  Sama-sama melatih diri untuk  bergantung kepada Allah setiap masa dan ketika kerana segala yang bakal berlaku semuanya di luar jangkaan kita seperti dalam firmannya :

Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya.
( Al lukman, 31:34 )

Manusia itu merancang dengan cita, tapi Allah menentukan dengan cintaNya. Di saat kita bergantung itu harus sama-sama berusaha dan ikhtiar sehabis baik dalam mencapai apa yang diinginkan. Dan sekiranya  diuji di pertengahan jalan, kembalilah kepada Dia yang memiliki lagi maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Laa hawala walaa quawwata illa billaah : “Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”


Astaghfirullah... Astaghfirullah...
Astaghfirullah hal azhim allazi la ilaha illallah
Aamin... Aamin... Aamin...

Ku bermohon pada Mu ya Allah
Tetapkanlah imanku sentiasa pada Mu
Berserah pada Mu
Sesungguhnya solat serta ibadahku
Hidup dan matiku hanyalah untuk Mu
Ku bermohon pada Mu
Tiap detik ku mengharap kebaikan Mu
Lindungilah aku selamatkanlah
Dari seksaan Mu yang azab sengsara
La ilaha illallah... La ilaha illallah...
Ku bermohon pada Mu
Permudahkanlah segala urusan
Rahmatilah segala pemberian
Kurniakanlah aku dunia dan akhirat
Aamin... Aamin... Aamin...

:: Tawakkal hanya kepada Allah ::

Saturday, June 11, 2011

Tha'labah : Kisah Pemuda Bercita Syurga.


Pernahkah kita mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.
Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.
Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.
"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."
Rintihan Tha'labah
Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.
Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.
Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."
"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.
Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.
Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"
"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.
"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"
"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"
Cita-citanya hanya Syurga
"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"
"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "Wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."
Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.
Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.
Sahabat-sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"
Rasulullah menjawab, "Kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."
Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menghembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!
Muhasabah diri.
Adakah kita sudah cukup menyesal dengan dosa-dosa yang kita lakukan?
Adakah kita sedar dan segera bertaubat mendapatkan keampunanNya tatkala diri melakukan kesalahan?
Tidak  cukupkah azab-azab yang sudah Allah catatkkan dalam kitabNya sebagai peringatan untuk kita?
Atau diri yang masih lalai dan leka?
Astagfirullahal’azim. Astagfirullahal’azim. Astagfirullahal’azim.
Jangan biarkan hatimu keras, tatkala ia sudah tidak mampu membezakan antara dosa dan pahala.
Tepuk dada, tanyalah iman. Adakah kita seperti Tha’labah?

Sumber kisah Tha'labah : http://www.iluvislam.com/


Wednesday, June 8, 2011

Allah Knows. :)


* Exam MODE *

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."
( Al Baqarah, 2:286)

SELAMAT BERUSAHA SEMUA! SELAMAT BERMUJAHADAH! SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN! 

Mengejar impian itu memang memenatkan,
Kadangkala mengundang putus asa,
Hakikatnya yang penat itulah bakal memberikan pulangan yang berharga.
Insya'Allah. Usaha! Demi memburu cintaNya. 

 ~ Salam Imtihan. ;) ~

Saturday, June 4, 2011

Hidayah itu milik Allah.


ALLAH ITU MAHA ADIL. Itu fakta.
ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI. Itu fakta.
HIDAYAH ITU MILIK ALLAH. Itu fakta.

Sekadar perkongsian ringkas sekadar apa yang terlintas di fikiran. Selalu kita fikir bahawa hidayah itu milik Allah. Benar, memang hidayah itu milik Allah.

Dan bagi mereka yang masih berat untuk berubah, ini yang selalu di jadikan alasan.

‘  Hidayah Allah tak sampai lagi, macam mana nak berubah?. ‘

‘ Mungkin Allah lebih tahu yang aku masih belum sampai seru untuk berubah. ’

‘ Nak buat macam mana, Allah tak pilih aku dapat hidayah. Bukan aku tak nak berubah. ‘

Di saat ini diri sendiri yang harus dipersoalkan.

Benarkah kita betul-betul mahukan hidayah Allah itu?
Benarkah kita sanggup meninggalkan jahiliah-jahiliah kita demi meraih cintaNya?
Benarkah kita sanggup berkorban demi Dia semata-mata?
Benarkah kita sanggup menggadaikan keseronokan duniawi demi menggapai redhanya?
Benarkah?

Jika masih teragak-agak untuk mengorbankan kepentingan diri, bukan bersedia namanya.
Jika masih berbelah bagi, bukan bersedia namanya.
Jika masih tertanya-tanya kebenaran, bukan bersedia namanya.
Jika masih mencari-cari alasan, bukan bersedia namanya.

Sebab Allah lebih mengetahui hamba-hambaNya yang benar-benar ikhlas ingin mendapatkan cintaNya.  Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya yang mencari-cari sinar hidayah itu. Dia lebih mengetahui hamba-hambaNya yang sanggup berkorban demi meraih cintaNya. Dan Dia maha adil memberikannya pada yang benar-benar inginkan hidayah itu.  

Itu bukti Allah itu maha mengetahui. Allah itu maha adil. Hidayah itu milik Allah.


Step back and reflect! 
Kalau benar diri ingin berubah, bukan sekadar menunggu hidayah itu turun dari langit tanpa berusaha ke arahnya. Bukan sekadar memberi alasan seolah-olah hidayah itu muncul secara tiba-tiba. Kerana Allah hanya akan mengahadiahkan hidayahNya pada mereka yang benar-benar mencari dan sanggup berkorban keranaNya.

Sesungguhnya engkau ( Muhammad ) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.
(Al-Qasas 28:56).


Berusaha memperbaiki diri. Berusaha meninggalkan jahiliah yang mengotorkan hati.  Berusaha memohon pada Dia yang maha memiliki. Semoga hidayah Allah itu akan sampai ke dalam diri kita dengan izinNya, Insya’Allah.

Ya Allah, kurniakanlah kami petunjuk dan hidayahMu. Sesungguhnya aturanMu lebih baik dari aturan kami. Sesungguhnya Engkau maha mngetahui apa yang tidak kami ketahui. Kurniakan apa yang terbaik buat kami Ya Rabb. 

Friday, June 3, 2011

Engkau Ingin Berjuang?


Seorang pejuang itu,
Bukan dilihat dari yang paling keras teriakan takbirnya,
Bukan pula dari yang paling deras air matanya kala muhasabah,
Bukan pula dari yang paling menunjukkan kemarahan kala melihat Israel menyerang Palestin.

Karena,
Itu semua hanya sesaat.

Sesungguhnya keistiqomahan dalam berjuang,
Indikasi keimanan seorang pejuang.
Sabar menapaki hari-hari kerana mengharapkan redhaNya,
Yang selalu bermujahadah mengamalkan Al Qur’an.

Teguh pendiriannya.
Tak kenal lelah.
Tidak berhenti.

Hingga terminal akhirnya yakni, SYURGA.


20 Muwashofat Sang Pejuang

1.  Aqidahnya bersih (saliimul ‘aqiidah)
2.  Akhlaknya solid (Matiinul khuluqi)
3.  Ibadahnya benar (Shohiihul I’baadah)
4.  Tubuhnya sehat dan kuat (Qowiyyul jismi)
5.  Fikirannya intelek (Mutsaqqoful fikri)
6.  Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
7.  Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun ‘alal kasbi)
8.  Efisien dalam memanfaatkan waktu (Hariisun ‘alal waqti)
9.  Bermanfaat bagi orang lain (Naafi’un lighoirihi)
10.  Selalu menghindari perkara yang samar-samar (Ba’iidun ‘anisy syubuhat)
11.  Senantiasa menjaga dan memelihara lisan (Hifdzul lisaan)
12.  Selalu istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)
13.  Senantiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
14.  Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul ‘afwi)
15.  Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja’ah)
16.  Selalu yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil’amal)
17.  Rendah hati (Tawadhu’)
18.  Berpikir positif dan membangun (Al-fikru wal-bina’)
19.  Senantiasa siap menolong (Mutanaashirun lighoirihi)
20.  Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda’u ‘alal kuffar)



* Hayati bait-bait lirik lagu ini. Moga mampu menjadi kesedaran buat kita, insya'Allah *

Apakah yang kita perjuangkan?
KITA.
Bukan KAU, bukan AKU.. tapi KITA.
Tidak layak untuk menunding jari,
Malah tidak langsung mahu menunding.
Marilah kita fikir mengenai perjalanan kita dalam jalan ini.
Sejauh mana kita serius dalam jalan ini?
Sudah cukupkah usaha kita dalam perjuangan ini?
Sudah cukupkah?

Muhasabah diri...
Apa sebenarnya yang hendak kita perjuangkan?

* MOod muhasabah diri *